14.10.09

Asal usul perkataan TOKYU?

Sapa pernah duk Penang atau orang Penang atau pernah kawan dengan orang Penang dan pernah meminati orang Penang terutamanya orang - orang HOTZ macam Kak Janz pastinya tahu apa itu TOKYU?

Di Penang kalau hang tak tau apa itu TOKYU, sila pergi ke Sungai Penang, area Jelutong, lompat ke dasar sungai untuk 5 saat. Dan kembali ke darat semula. Sila lakukan perkara ini pada jam 5.00 petang pada musim cuti sekolah.

Dan untuk pelajar-pelajar USM!! Kalau ampa dah graduate dengan satu ijazah 3 tahun, tak tau apa itu TOKYU.........IJAZAH AMPA TIDAK LAKU!! OK!!!

Ampa tak tau ka TOKYU tu apa?

Tokyu ialah kicap u olls! Kat Penang, orang panggil kicap...TOKYU.....

Dari dulu, aku selalu duk terpikiak dari mana datangnya perkataan TOKYU ini dalam vocabulari orang Penang. Mengapa TOKYU? Mengapa tidak TOK I, TOK MEREKA dan FERI TOK MOTHER?

Satu hari, setelah membuat penyelidikan menyeluruh tanpa menghabiskan kesemua wang geran RU, aku telah berjaya mendapat jawapan bagi salasilah perkataan ini!!


Dalam bahasa Jepun, SHOYU is TOKYU!

Macam nak sama kan?

Ini menunjukkan bahawa, orang Penang telah menggunakan istilah TOKYU iaitu SHOYU sejak zaman penjajahan JEPUN dulu.

Meletops!!

3 comments:

  1. manager aku org penang..masa tgh lunch,aku makan nasi..ada lauk kicap la..pastu manager aku tanya,mana hang beli nasi dengan tokyu..

    aku blur...aku kata la...tok i ada kat kg...

    pastu baru la dia tunjuk nasi aku ngan kicap tu..ni la TOKYU!

    aku punya la konpident kata tok aku kat kg...hahaha

    ReplyDelete
  2. uiks..ooo..ingatkan eja camnih..tongyu..haha.dulu selalu dengaq arwah tok wan sebut sebab dia ja yg selalu guna vocabulary yg mantops gitu.la ni xda sapa dah nak sebut tongyu nih..sob3X..:(
    teremosi lak pulakkk

    ReplyDelete
  3. oh
    tokyu ka,,
    awat saye ingat toyyu..
    hehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...