21.10.09

Cintailah Bentuk Badan Mu Walau Apa Juga Bentuknya

U olls. Ramai yang nak tau sangat pasai macam mana aku buleh terkurus ni?? Aduhs. Haruslah aku terasa macam terpaksa menjadi riak seketika. Tapi apa pun, aku sebenarnya tak kisah nak kongsi rahsia nak cantik ni dengan semua orang. Buat apa nak rahsia rahsia. Benda baik elok di kongsi bersama.

Sebab aku tau, ada ramai geng pukaki ku yang jenis sangat DENGKI ok!! Dia kalau ada apa-apa produk yang baik dan bermutu untuk dipakai dan mencantikkan diri sendiri, tidak mahu dia mengkongsikannya dengan orang ramai.
Chole Marshall, gadis plus size pertama yang menjadi finalist Miss England 2008!!
Ini adalah kerana mereka sangatlah takut kalau rahsia kecantikan ini dikongsi bersama orang ramai...maka semua orang menjadi cantik dan mereka tidak boleh menerima hakikat kalau ada kawan-kawan mereka yang menjadi lebih cantik dari mereka.
Christina Schmidt
Plus Size Model asal Kanada tapi now duk New York!!
Bercakap pasai macam mana aku bagi kurang berat badan ni. Aku nak bagitau berapa kilo aku dah hilang. AHAHAHAHAH.....

Aku ada satu penimpang berpuaka dan bersaka kat rumah ni. Memang dia rosak. Tapi aku guna jugak. Sebab dia mempunyai skala dia sendiri. Masa zaman kegemilangan aku membelon...bila aku naik penimbang tu...90kg!! Pas seminggu aku menjandaz...aku timbang...80kg...

Now....bila aku naik penimbang puaka tu....75kg!!!

Memang penimbang tu berpuaka......

HAHAHAHAHA

Okay? Macammana aku jadi kurus? Aku tak lalu makan. Kadang-kadang dua hari sekali baru makan solid food. Masa bulan puasa lagi la teruk. Orang tengah frust menungging katanya, makan tak kenyang mandi tak basah u olls.

Kadang-kadang Cakcing paksa aku makan beberapa suap nasik bila pas waktu berbuka. Kalau tak aku tegok air and terus tidur.

But now, since aku pun dah sihat walafiat. Aku dah tak amalkan skip meals macam tu. Aku pun dah mula makan macam biasa. Cuma selera pondan aku dah tak macam dulu. Aku lebih kepada selera puteri raja. Kata golongan bangsawan kan??

Whitney Thompson the first PLUS SIZE model yang menang "America's Next Top Model"

Okaylah u olls.....dah dah...Aku tak mau la nak cita lebih lebih sangat pasai gemok kurus ni. Sebab aku pun tak tau la sampai bila aku buleh kurus ni. Satgi tengok aku terjatuh cinta dengan anak tauke Restoran Kassim Mustafa ka? Tiap tiap malam dia duk mai antak nasik minyak bungkus kat rumah aku. Haruslah aku merembeskan lemak-lemak di perut ku itu agar nampak lebih cantik apabila memakai sari!!

Apa jua size badan kita, bukan itulah pengukur kebahagiaan kita yang sebenar!! Terus terang aku cakap. Gemuk ke kurus ke....selagi hang rasa hang tak menyusahkan orang lain? Masih menjadi diri hang sendiri? Masih disayangi dan menyayangi orang-orang terpenting dalam hidup hang? Bukankah itu lebih penting daripada size badan.

Diri yang sihat bermula dari hati yang sihat.

Aku harap semua orang JANGAN OBSES DENGAN NAK JADI KURUS ok!! Kerana GEMOK adalah lebih HOTZZ ok!!

Jumie Samsudin the first top plus size model from Malaysia.
[verver u ollss. Mochtar and Abang Nan tolong jawab please]
ps/ Kak Tina SMS i maki i kata "U BADAN MACAM JANDA ANAK LIMA.....BLA BLA BLA BLA (malas nak baca. Sebab tak faham bahasa anjing. I kan Bangsawan. TERUS DELETE) Kak Tina biarlah badan ku bak janda anak lima, tapi harus diingat, bontot besar ku ini menjadi rebutan jejantanz kaya budi bahasa dan berhati mulia. U olls amik la air ludahan ku itu....harus ke nak verver menunjukkan SMS ludahan itu kepada KAK JANZZZ???

Bye u olls!! CINTAI BENTUK BADAN MU WALAU APA JUGA BENTUKNYA!!!

10 comments:

  1. ehhh jumie,nape kak tina tu dok maki maki u? dia tak sedar diri ke??dah la dasar perampas...aku benci perampasssss....i teringin jer tgk muka dia!!!!

    ReplyDelete
  2. I SOKONG 100% STATEMENT PUAKA U OLLSSS NI KAK JANZZZ!!!! memang betul, size badan x penting, yg penting yakin lah pada diri sendiri dgn kelebihan yg ada.. besaq cane pun kalau pandai bergaya, cantekkkkk.... kurus pun kalau selekeh, xdak guna jugakkk... am i rite??

    ReplyDelete
  3. laa...haha...sama la sikit2 ngan aku aritu...entah apape je awek baru ex aku maki kat aku. tak sedo diri tu rampas ex aku...

    tapi takpe. ex aku pun 2x5 ngong. aku malas nak layan orang2 ngong. skang ni aku tatau ape citer tapi ex aku tu pantang tengok aku on ym, mesti nak tegur tanye khabo.

    weh...apsal blog aku takde dalam listing ang? add balikkk~~!!!!

    http://cuteaslina.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. jumie ~ baru 1st time nak leave komen.. hahaha.. slalu baca jer.. maklumler.. silent reader yg admire jumie dari jauh ja.. kikiki... betul2.. saiz badan bukan pengukur kebahagian.. tapi kagum jer jumie pandai pilih baju lawa2 belaka.. nak kene pi nichii gak pasni.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. ek eleeee.. poyo tahap sawan babi itu kak tina! suka suki pukaki dia nak kata kat u olss kak janzz!!
    memang dasar puaka lahanat!!!

    i olss.. sukaaa stetmen kak ju-are tu ok!! i agree!! sbb i olss.. dah mkn q-she!! nak tek besaq mcm ampa jugakkk!!! hahahhahahah!!!

    ReplyDelete
  6. U olls semua. Jangan hangin-hangin k. Aku macma kesian la kat Kak Tina, dia mengharapkan aku menggilai lelaki ludahan itu. Namun hakikat, haruslah aku merembes air mata lagi? Dulu memang aku menangis kerana kecewa. Tetapi kerana aku buduh dan tuli.

    Kini aku telah melihat dunia...dan dunia telah melihat aku!!

    AHAHAHAHA...U OLLS....NANTIKAN CERITA CERITA JEJANTANS DALAM SENARAI YANG CUBA MENGURAT AKAK K!!

    ReplyDelete
  7. AKU SANGAT SUKA POST INI....TIDAKK!!! TERAMAT SUKA!!!!

    ReplyDelete
  8. adeh..sapa kak tina tu..??
    nama da la tin-a..
    sadin tin cap A one tol la..
    hahaha..
    pe pun kak jumie ni mmg daboOm la!
    penulisan blog kak jumie kali pun makin best! hehe..
    semoga kak jumie makin malatopp!


    regards,
    -supporter a.k.a silent reader-

    ReplyDelete
  9. Jangan taksub nak kurus sangat, bila lapar makan, bila kenyang jangan makan. betul cakap jumie.. makan selang 2, 3 hari. tak mati kalau tak makan sehari. yang penting sehari 3 botol air puteh harus di minum.

    ReplyDelete
  10. After two years, finally akak dapat tengok Kak Tina. Mengapalah harus Kak Tina memaki akak begini.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...