12.10.09

Hanna dah paraben!!

Dalam bahasa Bawean, paraben bermaksud anak dara / girlfriend!! Anak menakan aku, Hanna Mashita adalah anak perempuan sulong kepada abang aku, Budie sekarang tanpa aku sedar dah pun 7 tahun.....dah paraben la....

Nama dia kalau sebut laju-laju macam nama Jepun kan? Hannamashita!!

Nama ni ada sejarahnya. Masa Hanna dilahirkan, semua orang excited. Sebab dia adalah cucu perempuan. Semua nak suggest nak bagi nama kat dia. Dan cadangan nama-nama untuk dia adalah seperti berikut.

Kak Ede : Siti Hajar
Sanita : Yasmin
Farhan : Ayu
Julie : Sabrina
Jumie : Hanna Mashita
Pakwa : Umairah

Oleh itu, Abang Budie sebagai bapak yang juga sangat excited dengan anak pertamanya, ingin berkongsi kegembiraan ini dengan membuat keputusan agar dia akan membuat undi bagi memilih nama anak perempuan pertamanya ini.

So, semua nama-nama yang dicadangkan itu. Telah ditulis atas kertas-kertas kecik. Dan dilipat-lipat. Pastu dia balingg......and dia cabut.

Cabutan pertama. HANNA MASHITA (Mok)

Wah.....nama yang i olls bagi! Kami semua ingat lagi masa tu. Kami buat undian di rumah. Semua orang berdebar nama cadangan sapakah yang akan ditercabut oleh Abang Budie.

Pastu dia baling lagi sekali, pastu kali kedua keluar nama AYU (Farhan).

Wah...competition u olls.

Pastu....last sekali Abang Budie baling tinggi. Pastu dia kata "OK...aku cabut kertas yang paling dekat dengan aku!!" So abang Budie amik kertas yang paling dekat dengan betisnya. Masa tu kami semua duduk bersila.

"Hanna Mashita dari MOK!!"

Wah.......itulah kisahnya bagaimana kami mendapat nama untuk Hanna Mashita.

Today she is already 7 years old! Wah......................cepatnya masa berlalu u olls! Kami semua buat simple birthday part just kami adik beradik and some kids anak kepada sepupu kami yang memang kawan rapat dengan Hanna. Ibu Qiena masak laksa. Best u ollls. Depa semua called aku suruh mai awai..

"Nih....hang mai awai. Pesiang ikan and perisi tulang dia!!" kata Abang Budie.

"Aku janda...aku tak buleh buat kerja lagi," kata aku selamba. Sejak akhir-akhir ini, aku suka guna alasan ini untuk mengelak daripada membuat kerja! HAHAHAHAHA.

Okay u ols. Apa pun yang penting. Aku sampai jugak bersama sebuh kek daripada Resepi Rahsia. Meletops kan aku? Prihatin kepada keperluan semasa.

So lepas potong kek, makan-makan, lepak bersama keluarga, gelak-gelak, and makan lagi, kami semua pun balik lah. So, bila aku dah balik. Aku pun check la camera aku ni. biasalah. Aku akan mengupload picture itu ini dari camera dan memasukkannya ke dalam Facebook. Hah!! Ampa dah buat Facebook tak? Dah add aku tak? Jangan baca ja blog aku ni....add Facebook aku ok!!

Sememangnya, aku selalu bagi anak-anak buah aku bermain dengan camera aku. So, masa aku duk sembang-sembang apa semua. Aku pun tak tau la apa ja gambar yang budak-budak ni amik. Sebab depa duk main dalam bilik depa. Alangkah terkejutnya aku, apabila aku ternampak gambar ini.

Wah......anak menakan aku dah pandai main POSE POSE manja ni! Pandainya depa. Aku macam nak menangis tengok gambar ni! Hanna..hang dah anak dara. Hang dah paraben. Aku nak menangiss.....wehs....pasni dia dah masuk sekolah menengah.Dia pun ada Facebook. Amik SPM. Abih sekolah. Kerja part time. Masuk universiti...kerja.....kawen.....TIDAK!!

AKU MACAM NAK MENANGIS......Hanna....tolong jangan besak.......tolong lahh...jadilah kecik sampai bila-bila! Nanti kalau hang besak, adik-adik hang pun akan ikut sama! Masa tu mok akan jadi lebih kertu la!

ps/ aku semakin tua

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...