8.10.09

Jumie's Open House on Sabtu, 17th October 2009 @ Istana Singgah Kampung Baru Air Itam, Penang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dengan segala hormatnya, sebagai memberkati bulan Syawal yang mulia ini saya ingin menjemput semua kawan-kawan yang menjadi pembaca setia jumiejumie.blogspot.com, di USM, Putrajaya, Penang dan semuanya yang banyak bagi support kepada saya selama ini. Alhamdulillah, umur kita masih panjang dan rezeki yang ada kita kongsi bersama. Di samping menyambut kemeriahan Syawal yang ada sebulan lagi ni.....saya juga buat open house ni untuk kenduri doa selamat la. Alhamdulillah, rezeki meniaga tahun ni amat baik dan kerja kat USM pun dapat Anugerah Khidmat Cemerlang kan? Ha...ni la i olls nak belanja semua ni!!


Oleh itu, marilah kita ramai-ramai memeriahkan Jumie's Open House pada butiran seperti berikut :

Aktiviti :
Makan-makan

(Nasik Hujan Panaih : Ayam Goreng : Dalca : Daging Masak : Nasik Impit : Ketupat 3 segi: Kuih Raya : Kuah Kacang)
Karaoke bersama DJ Anuar

Joget Lambak

Saya tak letak alamat rumah saya kat sini u olls. Sorrilah...bahaya kan? Nanti ada pulak orang-orang yang dengki dengan aku datang letak bungkusan kain mayat kat depan rumah aku kan? Astaghfirullah. Tak baik tau main sihir-sihir ni. Menyekutukan Allah.

Oleh itu, untuk semua yang sudi hadir dan mempunyai kelapangan. Saya mohon kerjasama u olls semua untuk contact i kat HP. SMS. Email. atau YM. Bagitau nak mai bila...pukul berapa..berapa orang...k?!!

Thanks for all the support. Marilah kita semua bersuka suki di hari raya ini!!!!

Sekian, bye u olls!

Mai jangan tak mai noh!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...