26.10.09

Pertama Mendating Sejak Menjanda

U olls. Jangan jeles. Akhirnya pertama kali i olls telah kuar dating sejak menjanda. Aku dah dah abih edah ke? Ada aku kesahhhh!!!~~

Actually taklah officially dating pun. He was a long lost friend. We used to date back in high school. Masa zaman hiphop TOO PHAT u olls. Kami berkenalan dalam GIG. Sungguh lawaks. Then dia migrate pi duduk kat UAE for 4 tahun. Aku nickname dia En. Joe. 4 years later, he's back in Penang.

Ini saja test test amik gambar dalam toilet before kami p tengok wayang!! Aku dah semelimmim kan?

Mula-mula macam malas nak pi tau. Rasa macam nak tergelak pun ada. Tapi bila dah banyak kali mengkata TIDAK kat En. Joe ini, akhirnya aku pun terpaksa mengkata YES. Hati kawan kena la jaga u olls. Tak baik tau asyik reject jer u olls!! Ala...aku pun saja la duk buat gedik jual-jual mahal kan mulernya?? Padahal dalam hati...MEREMBESSSS!!

Kami kuak mentengok wayang. Mula-mula we olls gi beli tiket wayang. Then, sementara nak tunggu wayang setat, we olls makan ciskek and kopi at Kofibin. Kitorang beli citer "The Ugly Truth". Macam best la jugak. En. Joe meminati cerita romantik komedi. Kan selalu kalau dating dengan jejantanz, depa suka sangat mentengok gambak-gambak pelik yang lebih bunyi sound effect daripada dialog!!

Then pas tengok wayang, kami pun pergi melepak minum minum!! Sembang-sembang. Gelak-gelak. Mengingat zaman-zaman dulu dulu we olls. Then dia tanya kat i olls,

"Jumie, hang ingat tak apa movie kita tengok masa first dating dulu?"

BLUR.....Aduhs.......haruslah! Mana aku ingat. Aku pun pose pose manja macam buat patah-patah pinggang Azs Glenn.

"Tengok...hang tak ingat. Aku ingat lagi...kita tengok Pirates of Carribean," kata En. Joe sambil tersenyum senyum seksi. Haruskah En. Joe?? Janganlah goda i olls. I olls ni janda dalam edah ok!!

U olls nak tengok gambar En. Joe? Ehkk...mana boleh! Nanti u olls zeless plaks!! HAHAHAHAHAHAH. Tapi takpa, En. Joe yang supporting telah sudi membuat beberapa post khas untuk jumiejumie.blogspot.com.


Pas membalik dari mentengok wayang itu, En. Joe pun SMS kat i olls.

"Amacam? Best tak dating dengan aku? Nanti hang nak dating dengan aku lagi tak?"

Lantas aku pun menjawab dengan seikhlasnya "BEST!! Memang nak kuak dating lagi...tapi tak mau la dengan hang lagi. Nak kuak dengan orang-orang lain plaks!!," STATEMENT JALANGSSS U OLLSSS!!!

Okaylah u olls! LIVE must Go On! Thanks En. Joe kerana sudi mengajak i olls berdating. U are a good friend. Yes, pas ni i olls lebih yakin nak dating dengan orang lain ok!!

Sekian, sapa berminat nak berdating dengan saya boleh emailkan permohonan anda bersama surat sokongan yang berkenaan.

ps/ Happy live aku sekarang kan? Haruskah nak merembes dan meratap En. Duda lagi? Tu yang Kak Tina bengkak lubang dubur tu!! Dia yang amik laki aku, pastu dia yang verver berdrama PROPA suruh aku kembali pada En. Duda. Dia ingat aku BA WAU DAL WAU HA macam dia kot? We olls bangsawan ok. We olls dah ludah.....terus belah!! U olls golongan petani!! Memanglah hidup ampa bergantung pada air ludah we olls! Kelas Kak Maria!!

3 comments:

  1. amboi hang. ambik kau sebijik kat kak tina! nape la aku xpenah ckp camtuh kan kat kat tina exbf aku.haha. tp mmg betul pn. sekali dah ludah watpe nk jilat balik!! (eh, tetibe plaks perasaan aku nih.hua3)

    ReplyDelete
  2. weh..kenapa muke en. joe tidak di paparkan?? wah2 kawan aku ni..cinta sudah berputik yaaaa.....

    ReplyDelete
  3. EIN : I OLLLS!! KEEP THE SPIRIT UP!! TAKPA....MASIH TAK TERLAMBAT NAK P MAKI KAK TINA ANG!!!

    BABY WIFY : SEBAB NANTI KALAU TERTUNJUK MUKA DIA MAKA DIA TAK LAKU LA UNTUK MENGURAT ORANG LAIN NANTI...JATUH SAHAM DIA! AHAHAHAHA...SEBAB DIA JADI BELEN AKAK!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...