14.10.09

Segmen Baru Siri Telecerita Jumie Samsudin

Atas sambutan yang amat mengkagumkan daripada kaum para pembaca, ramai yang bagi respon suruh aku ceritakan drama frust cinta aku ini dalam bentuk novel atau cerpen. Wah....kelas kak maria!! Aku pun tiap-tiap hari duk verver la pikiak jalan cerita macam mana nak buat ehk?

Seronot jugak menulis cerpen atau novel ini. Apatah lagi ianya sebahagian daripada pengalaman dan jalan hidup kita sendiri yang telah diolah untuk tatapan dan pengajaran semua.

Oleh itu u ollls...aku nekad. Jari jemari ku yang tidak berkuku cantik ini tiba-tiba getis nak merakam drama-drama sedih dan pasrah lantaran kisah cinta ku yang dimusnahkan oleh Encik Duda. Rentetan kisah aku ini memang enak kalau disulam dengan pelbagai verver Kak Maria yang gila glamor macam aku! Wah.....aku eksaited sangat ni!! Boleh la nak tokok tambah macam-macam sehingga aku rasa macam betui betui jadi ni!!

Oleh itu, aku nak mintak bantuan u olls semua untuk bagi cadangan tajuk terbaik untuk telecerita ini yang akan aku paparkan pada setiap hari Isnin, 9.30 am di belog ini!!


Kalau project ini berjaya...mungkin i olls pasni boleh buat lebih banyak cerita cerita drama yang pekat dan penuh dengan pelbagai gossip, skandal, dan fitnah, dan drama, dan pembunuhan, pemfitnahan dan pencarutan!! Wah..........Kelas Kak Maria!!

Okay u oll.....cepat tekan KOMEN....and bagi cadangan u olls. Sila bagi cadangan yang bersifat siries dan commercial ok!!

Sekian, terima kasih u olls!!

2 comments:

  1. Jalan2 cari kekaseh dari penang sampai ke negeri sembilan, rupanya sangkut kat KL sebab kereta rosak..

    erkk...bley ke tajuk panjang cenggitu?

    ReplyDelete
  2. hmm btoi la jumie.. nampak kuruih!
    (eh sori, komen luar tajuk! ngeee )

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...