19.10.09

Untungnya ada kawan yang kerja SPA!!

Aku ada ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kawan! Ada kawan baik. Ada kawan jahat. Ada kawan yang aku kenal. Dan ada kawan yang aku tak kenal. Haa...pelik kan? Kawan yang aku tak kenal? Itu menunjukkan aku popular la u olls....dorang kenal aku...aku tak kenal dorang. Kelas Kak Maria.

Ok...hari ini. Aku nak kenalkan sorang kawan aku ni. Actually dia ni aku dah panggil macam AKAK sebab dia banyak bagi aku semangat nak buat business make up dulu!! Kelas Kak Maria. Nama glamer beliau ialah Siti D Amor.


Dulu Kak Siti duk Penang. Kami sama-sama kenal masa duk kerja di Butik Datin Bedah, Jalinan Kasih. Dia ni seorang yang happy go lucky. Chicky and sangat GETIS ok!! Dalam erti kata lain, dia antara wanita wanita berjiwa pondan yang aku kenali.

Pas bersama Jalinan Kasih, dia telah convert sebuah SPA yang sangat meletop di Penang iaitu Danai Spa, Gurney. Kelas Kak Maria. Dia selalu bagi i olls COMPLIMENTARY PACK yang berisi scrub, minyak, dan macam-macam lagi yang selalunya dibagi untuk customer-customer VIP. Aku pun bila balik rumah...teruslah verver pakai barang-barang tu.

Selain itu, Kak Siti jugak sebab dah lama berkecimpung dalam bidang kecantikan ni. Insya Allah, kalau tanya apa jer produk kecantikan, pelangsing, kulit, rambut, panau, perut boncit, korset, pil tetek, dan macam-macam lagi...dia pasti ada testimoni untuk setiap produk itu! So aku memang selalu rujuk dengan beliaulah.

Selain itu, dia jugak ada banyak petua petua akar-akar kayu yang menjadi permainan bibirnya sejak kecil lagi. Memang sebab itulah...Kak Siti ni sungguh cantik orangnya!! Kulit beliau putih....................rambut dia lebat. And paling aku suka....kalau jumpa dia SELALU WANGI....DKNK Red Delicous!! Kelas Kak Maria!!

Pada satu hari, aku sangat penat. Balik hiking kat Sungai Tekala katanya. Badan aku semua sakit. Dari betis. Ke paha. Ke lengan. Ke tengkuk. Rasa sakit u olls....maka aku pun menghubungi Kak Siti. Dengan harapan beliau akan memberikan petua petui keturunan diraja bunian yang memang sesuai untuk golongan bangsawan macam aku.

"Kak Siti...badan Jumie dah dua hari lenguh-lenguh ni. Duk sapu minyak malam-malam. Tapi tak okay lagi. Kak Siti ada petua apa -apa tak?"

"Yeke...ala...telan Panadol Muscle Ease dua bijik. Then adik p tidok. Esok mesti ok,"

MEREMBES!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku baru verver nak siap limau purut 7 bijik, bunga tujuh warna, kain kuning satu kaki and buluh kuning.

Sapa nak kenalan dengan Kak Siti? Mesti ramai abang-abang kertu diluar sana yang merembes tengok Kak Siti kan? Okay...tunggu bulan Disember ini. Kak Siti akan jadi wanita pertama untuk Personaliti Bulan Ini!!

Bye U olls....

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...