18.11.09

Berguru dengan Baby Zarina : Pemilik Centrestage Butik

Pada suatu petang yang mendamaikan, ketika aku sedang berketwok manja di depan opis aku. Tiba-tiba aku bertemu seorang Ratu seangkatanku, Kak Baby atau nama sebenar Zarina Abdul Rahman. Pemilik butik pengantin dan juga seorang make up artist yang tersohor di Penang ni. Kalau sebut jer, Baby Zarina, tuntas mulut berkata "Ohh...yang anak mami tu kan?" Wah...KELAS KAK MARIA.

Aku sungguhlah terkejut. Apa Kak Baby buat dalam USM ni. Maka aku pun menyembah ratu kepada Kak Baby. Bertanya apa yang dia buat di sini. Tunggu sapa. Apa khabar? Dan sebagainya. Kami pun bersembanglah, di tengah-tengah matahari panas itu, seolah-olah kami ini adalah sedang menetap di persiaran pantai Miami, USA. Bersembang panjang, terus Kak Baby pun bertanya tentang business make up aku.

"Macam mana business?"

"Okaylah Kak Baby. Bulan 9 and 10 ni agak dintis la. Sebab musim orang berpuasa and beraya," kata aku dengan penuh kekecewaan.

"Kalau hang free. Mai la jumpa aku kat kedai. Aku ajar hang apa-apa sikit bab make up. Hang boleh belajar sikit-sikit mana yang aku tau la," kata Kak Baby dengan rasa rendah diri. Wah...aku mengembang dengan penuh serinya. U olls. Rasa terharu sangat. Orang lain sanggup bayar beratus untuk belajar dengan Kak Baby, tapi Kak Baby offer aku untuk belajar dengan free.


"Awat hang diam? Hang tak mau ka belajar?" tanya Kak Baby.

"Tak...saya macam segan sangat. Tak tau nak cakap apa!!," kata aku kepada Kak Baby.

"Kalau hang segan bertanya, hang sesat jalan," itulah kata-kata Kak Baby yang aku ingat sampai hari ini.

Maka kami pun terus bertukar number telefon dan Kak Baby telah menjemput aku untuk mengikut beliau pergi memake up seorang customer pada tarikh-tarikh sekiannya. Jadi aku akan belajar terus dengan Kak Baby dengan melihat sendiri bagaimana Kak Baby merembeskan teknik-teknik make upnya yang meletop.

Pengantin ini sebelum di make up. Dia sangat santek.

Pengantin yang bertuah pada hari itu ialah seorang wanita berasal dari Paya Terubong Penang. I olls tak mau cerita banyak la. Sambil menonton dengan taksubnya cara Kak Baby menyolek wajah wanita jelita itu. Aku telah bertindak menjadi seorang jurukamera dan merakamkan pelbagai aksi-aksi getis Kak Baby, pengantin dan jugak diri aku sendiri.


U olls. Ini akak ok!! Yes, akak pun pelik naper muka akak macam orang Ciner.
Ini gambar pengantin ketika dalam proses disantekkan.

Sentuhan Solekan Dinamik oleh Ratu ku, Zarina Abd. Rahman.
Santek u olls.



Santek tak? Jadi, sebagai membalas jasa Kak Baby yang telah memberikan aku banyak ilmu-ilmu solekan yang sungguh bernilai untuk diri ku. I olls sungguh berbangga sekali kerana diberi kesempatan untuk menjadi protege Kak Baby. Oleh itu, aku telah membina laman blog rasmi untuk butik milik Kak Baby yang bergelar Centrestage Vision Dynamic.


Dengan segala hormatnya, aku menjemput kalian semua, pembaca belog Jumie Samsudin untuk mencemar duli di laman blog rasmi Centrestage Vision Dynamic. Jangan lupa, jemput bapak-bapak, ibu-ibu semua yang ada di sini untuk menjengah seketika di belog Centrestage Vision Dynamic. Jangan lupa jadi FOLLOWER ok!




Sekian, i love u Kak Icha. Jangan sakit-sakit soko tau. Terima kasih dan mohon halalkan segala ilmu yang Kak Baby berikan pada Jumie. Jumie tak sabak nak mencontiang muka pengantin for this coming musim mengawan!

ps/ Ilmu kalau simpan, tak kongsi. Jadi basi.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...