16.11.09

LAPORAN RASMI : Majlis Perkahwinan Nox Zoeysabella and Ano Mahathir

U olls. Hari ini saya akan memberikan laporan rasmi sekitar Majlis Perkahwinan Nox Zoeysabella and Ano Mahathir yang merupakan majlis perkahwinan yang paling i olls GEMBIRA + SEDIH! Gembira sebab ini adalah hari paling bahagia untuk Nox and Ano. Tetapi paling sedih, sebab pasni Nox tak buleh nak verver dengan aku lagi. Dia dah jadi milik Ano. U olls......akak sedih...

Majlis perkahwinan bangsawan Palat-palat ini berlangsung selama dua hari satu malam dan merupakan antara perhimpunan UMNOX pertama dan paling meletops untuk tahun ini. Siries, semua kami yang merupakan kawan baik Nox hanya mendengar nama dan kisah sahaja selama ini. Namun, pada hari yang berbahagia ini, kami semua berkesempatan untuk bersua muka u olls. Apa lagi! SPIRIT!!!!

MAJLIS PERNIKAHAN BANGSAWAN PALAT-PALAT

Most of us sampai seawal pagi Sabtu sebagai persediaan untuk mengikuti rombongan ke masjid sempena majlis pernikahan dua insan bercinta iaitu Nox and Ano. Aku bukan sahaja ditugaskan menjadi pengapit diraja untuk sessi malah merupakan tukang make up untuk sesi nikah. Actually, Nox dah amik pakej dengan bridal house tau. Lengkap dengan make up artist. Tetapi, Nox yang teramat cinta dan sayang pada aku telah memberi penghormatan yang teramat tinggi dengan memberikan peluang kepada i olls untuk menjadi make up artist diraja kepada beliau bagi upacara yang paling mulia dan suci iaitu pernikahan.


Last touch up oleh Jumie Samsudin, disaksikan oleh Iwan Uzuuwa.

Nok kelihatan anggun dan sungguh santek dalam persalinan kuning diraja. Ini baru betul-betul bangsawan Palat-palat ok! Akak pulak kelihatan sopan dan manja dengan kebaya labuh warna hijau pucuk teratai.Macam biasa la. Sesi pernikahan ini, memang teramatlah sesi untuk merembeskan air mata. Aku punya la kontrol feeling ok! Sebab walaupun aku seorang yang gagah, namun hakikatnya, aku sangatlah suka menangis di ketika orang menikah. Sebab tulah, kalau menjadi kak andam, aku mengelak untuk berada di sekitar majlis pernikahan.


Nok memang dah neves sangat masa masuk masjid. Aku lah wanita yang gagah hati berada di sisinya yang bertugas untuk memesan pada Nok untuk banyak baca Selawat ke atas Nabi junjungan kita Rasulullah SAW. Aku tak mau dia nangis. Tapi pada ketika dia membaca teks kebenaran menikah, yang wajib dibacakan oleh pengantin perempuan di hadapan ayahnya, aiyo...............MEREMBES U OLLSSS! Tapi aku maintain VOUGE ok! Aku tak buleh nangis. Kalau aku nangis, lagi lah Noks nangis!


Tapi alhamdulilah, dengan bersaksikan abang khadi (bukan tok khadi ok, sebab ustaz tu cute ok!) ayah Nok telah menikahkan Ano dan anak gadisnya yang kini bergelar wanita. Memang kami semua bersyukur sangat.

Semuanya berjalan dengan lancar. Lihatlah post-post kami yang happy sangat selepas upacara ini selesai.


MALAM BERINAI BANGSAWAN PALAT-PALAT & KONSERT I AM KAK JANZ PERINGKAT WANGSA MAJU
Memang meriah u olls. Malam itu, semua ahli keluarga, rakan-rakan dan juga jiran tetangga telah berkumpul untuk menyaksikan dua event penting iaitu Malam Berinai Bangsawan Palat-palat dan juga Konsert I Am Kak Janz peringkat Wangsa Maju. Tetamu yang hadir menjangkau 100 orang. Katika kami semua menanti pengantin perempuan iaitu Nox bersiap-siapan dengan dua pakaian bangsawan pada malam itu, iaitu persalinan Arab dan juga Minangkabau, kami telah dikejutkan dengan sebuah kek harijadi untuk atok Nok yang masih lagi wujud dan bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan cucunda tercinta ini. KELAS KAK MARIA.

Kemudian, sambil para tetamu menjamu selera dengan hidangan makan malam yang disediakan ala buffet. Kami semua dipertontonkan dengan ketwok dan pose-pose manja Nok di atas singgahsana dengan menggayakan busana-busana Arab dan juga Minangkabaunya.


Sejurus selepas itu, tibalah masanya konsert yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu Konsert I Am Kak Janz yang dibawakan khas untuk semua umat manusia warga Wangsa Maju. Sebelum kemunculan Kak Janz, para tetamu dihiburkan oleh persembahan opening oleh Abang Tam a.k.a Pak Tam yang verver membuat persembahan dengan prop motor NINJA warna hijau kat belakang. Katanya jiran dia tumpang parking kat situ! AHAHAHAH...KELAS KAK MARIA!

Maka sebelum penonton mula mengamuk dan membaling kueh loyang kat Abang Tam, maka muncullah Kak Janz dengan derress pari-parinya. AHAHAHAHA. Kak Janz memulakan majlis dengan sebuah lagu dari Dato Siti Nurhaliza - NIRMALA! KELAS KAK MARIA!! Dan seperti yang dijangkakan, persembahan Kak Janz amat disukai dan diminati oleh peminat-peminat ciliknya!

Sebelum malam berakhir, para tetamu telah dikejutkan dengan PERSEMBAHAN BUNGA API!! Meletop u olllsss!!!! Ingat Tok Ti jer leh main main bunga api?

MAJLIS PERSANDINGAN BANGSAWAN PALAT-PALAT : Raja Sehari Raja Di Sembah!!
Seperti yang dijangkakan, memang MERIAH la majlis persandingan ini. Dah nama pun bangsawan kan? Kata Mama Teh (ibunda Nox) "Makcik jemput 1500 jemputan....rasa-rasanya semuanya dapat hadir u olls!!" Kelas Kak Maria!! Alhamdulillah, inilah rezeki buat kenduri. Seronot bila kita tengok tetamu semuanya datang. Makanan yang dihidangkan oleh pihak katerer amatlah meletops! Aku sebagai orang Penang yang amat pakar dalam pemakanan sedap dan menggumukkan amat memuji masakan dan hidangan yang disediakan. SIRIESSS!!!

Lagipun, Nok yang merupakan mak ayam cawangan Wangsa Maju yang sungguh laris dan berjaya. Pastinya, hari bahagia seperti ini akan dihadiri dan dijadikan majlis penting yang warjib dihadiri oleh semua anak-anak ayamnya. We are so happy for NOK! Dia bukan sahaja seorang mak ayam yang tingtong dan fanni! Tetapi, kami amat menyayanyi beliau kerana dia seorang yang penyayang and really caring! Nok...aku nak nangis lagi!





Majlis persandingan ini walaupun dirancang secara ringkas namun cukup meriah. Para tetamu dihiburkan dengan persembahan artist-artist jemputan seperti Abang Tam a.k.a Pak Tam and of course Kak Janz. Tidak ketinggalan, yang lebih meriah ialah persembahan Caklempong daripada band Caklempong yang dibawakan khas daripada Negeri Sembilan!

Majlis persandingan berlanjutan hingga lewat petang. Semua tetamu amat gembira dan of course we olls semua la yang paling happening. Pose sampai nak habis bateri camera.


MAJLIS BUKAK HADIAH
U olls. Dikesempatan ini, aku ingin menyampaikan salam terima kasih dan penghargaan daripada pasangan pengantin diraja Nok and Ano di atas segala sumbangan hadiah dan anugerah yang telah diberikan oleh semua rakan-rakan, ahli keluarga dan para tetamu. Majlis bukak hadiah ini, dijalankan secara ringkas dan hanya dihadiri oleh rakan dan ahli keluarga terdekat sahaja.


Antara hadiah yang paling meletops ialah daripada salah seorang ahli keluarga Nok. Di dalamnya ada Maggi. Kami semua gelak besar la, apalah u olls dapat Maggi jer kan? Pastu ayahanda Nok pun berkata "Maggi ini ada simboliknya. Bermaksud, kalau susah nanti. Tetap akan bersama walaupun takder duit. Sanggup makan Maggi," HAA!! SENTAP..SPIRITTTTT!!!!

Pastu ada yang bagi kotak besar, yang berupa penutup akuarium. AHAHAHA.

Sekian sahaja LAPORAN RASMI : Majlis Perkahwinan Nox Zoeysabella and Ano Mahathir dari saya, Jumie Samsudin untuk jumiejumie.blogspot.com. Dengan ucapan khas kepada pengantin yang berbunyi begini :-

" Nok and Ano. Selamat Pengantin Baru. Thanks sebab sudi jemput kami semua ke majlis hang. Jangan la hang duk risau-risau kata majlis hang tak perfect, hang ingat hang permaisuri agung ke nak perfect segala? Yang penting, walaupun majlis kita ni amatlah simple. Tapi aku pasti, kat Wangsa Maju tu ramai yang makan hati dengan kenduri kawen hampa.

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih jugak kepada mak dan bapak hang. Mama Teh and Papa Nok, kerana telah sudi memberikan layanan first class untuk kami gang UMNOX yang menggunakan tag line "Are You PLU?". Dengan harapan, agar Mama teh sudi menerima saya sebagai menantu kalau Amin putus dengan GF nya. Sesungguhnya Amin sangatlah KENDU. Kak Janz amat taste dengan beliau.

Untuk Ano - Please jaga ratu kami baik-baik. And bagi la chance dan pelepasan rasmi kepada dia, kalau sekali sekala nak lepak cekcur dengan kami. Semoga u olls bahagia and happy and sihat walafiat hingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comels, sihat dan solehah. Sekian, sebelum i olls nanges lagi. Doakan i olls pulak dapat jodoh baik macam Ano ok!"

Jumie and Belle - best friend forever!
Untuk melihat album gambar sepanjang majlis perkahwinan ini, sila click sini.

ps/ Siapa la nak kawen dengan Kak Janz?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...