25.11.09

Minit Mesyuarat Pre Wedding "Zulia Yusak" Event - Pesta Chowek

Kehadiran  :
Jumie "Kak Janz" Samsudin          Pengerusi
Aishah Jonet "Kak Gamz"             Setiausaha
Surianie Samsudin "Cakcing"       Tukang Masak I
Muhammad Taquallah "Taq"        Tukang Masak II

Turut Hadir  :

Zulia Yusak                                   Pengantin
Zafeera Yusak                           
Aziya Zainol

Tidak Hadir dengan Maaf
Shanaz BalqisYang Abdul Razak (DETING)
Mazlina Zainol (EKSIDEN)
Nonie Suliaman (LUAR KAWASAN)

Minit Mesyuarat adalah seperti berikut  :

8.15pm
  • Aishah and Jumie meniba awal selepas pergi menghantar kain untuk ditempah membuat baju kurung di Tin Tin Fashion House.  tapi malangnya Tin Tin takdak.  Keduanya terus menuju pulang ke rumah.
  • Ketibaan Aishah and Jumie disambut oleh Taq.
  • Acara makan Super Ring
8.30pm
  • Mandi 
  • Solat
  • Jumie menemui cheese cake yang tak sempat nak makan tapi dah busuk tak elok.  Dah mahu membuat percubaan menjamu tetamu.  
  • Aishah dihidangkan dengan kueh raya "biskut makmur" yang sedap dan jugak dark chocolate dari Geneva pemberian dari peminat Kak Janz.  Aishah tidak menyukai dark chocolate itu.

8.35pm
  • Ketibaan Cakcing dan raw materials
  • Proses masak-memasak bermula.  Kak Janz telah menggoreng semua bahan asas sambal chowek yang berupa cabai burung,  bawang kecik and ikan masin. Kemudian proses pemasakan lain disambung oleh Tukang Masak I dan II.

8.45pm
  • Behind the scene " Belog Jumie".  Kak Janz menunjukkan beberapa sneak preview article yang bakal dipublished untuk minggu ini dalam jumiejumie.blogspot.com.

9.00pm
  • CHOWEK TIME :





    -        Walaupun tetamu utama tidak hadir lagi,  kami makan dulu.  Sebab tak tahan lapar.






    -        Walaupun secara tradisi chowek dihidang bersama ikan masen,tempeh dan ulam2.  Jumie dah revamp versi asal. Chowek dihidangkan bersama keropok kaler-kaler, sosej, crab balls, nugget. 









    -        Nasib bukan Jumie yg tumbuk sambai, mau pedaih menangih keluaq ayaq hidung mata telinga semua. AMARAN  :  KEPEDASAN SAMBAL BERGANTUNG KEPADA PIHAK YANG MENUMBUK SAMBAL ITU.  SEMAKIN GARANG SIKAP SEMULA JADI ORANG ITU,  MAKIN PEDASLAH RASA SAMBAL YANG DISEDIAKAN. 

    -        Open bottle :  Mirinda Stroberi / Teh O












9.15pm
  • Ketibaan bakal pengantin bersama dayang-dayangnya,  Zafeerah dan Aziya.



     




9.20pm
  • Sesi mencari idea menggubah hantaran Zulia diselit dengan gossip-gossip hangat. 
  • Antara pilihan-pilihan issue gossip: Nonie Suliaman, Shanaz Balqis, Asmaa' Aljuned, Siti Haleesa dan Mak Cik Tera.



9.30pm
  • Jumie mengemukakan pendapat untuk mengadakan acara baling bunga tangan time wedding Zulia nanti. Semua yg akan hadir dikehendaki prektis. 
  • Walaupun Jumie menasihati Aishah Jonet untuk menghindari dari acara tersebut kerana kurang ketinggian, Aishah Jonet tetap bersemangat waja.
  • Nonie menelefon dua kali.  Jumie sengaja tidak mahu angkat sebab dia tahu Nonie ada niat jahat menghantar mandrem.  Dia dengki sebab tidak boleh meniba di Penang untuk Pesta Chowek.



10.30pm
  • Gossip lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.................
11.30
  • Meeting adjourned.

Minit ini disediakan oleh Aishah Jonet dan disemak oleh Jumie "Kak Janz" Samsudin.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...