25.11.09

[Movie of the Month] Sex and the City the Movie

U olls.  Sorry u olls.  Movie bulan ini lambat pulak nak published.  Tapi takpa.  Yang penting,  hope u olls bila dah baca review ni.  U olls akan ada idea nak pi carik cerita ni kan?  Adalah dimaklumkan dan diingatkan sekali lagi,  sesungguhnya movie-movie yang i olls buat dalam belog Jumie Samsudin ini selalunya bukanlah the latest movie yang tengah hot di tayangkan kat dalam panggung wayang ketika itu.  Jarang sekali.  Sebab hakikat,  I olls jarang berkesempatan nak pi tengok wayang gambar yang terbaru.



Okay,  movie untuk bulan ini adalah sebuah movie yang amat hot.  Actually sebuah movie yang difilemkan daripada sebuah drama siri yang amat hot di USA iaitu Sex and the City yang mengisahkan 4 wanita berusia (masa depa start sequel drama ini watak-watak wanita ini adalah antara middle 30's) yang tinggal di kota New York.  Kisah-kisah mereka dalam Sex and the City adalah seperti yang tertera di tajuknya,  berkisar tentang isu-isu seksualiti dan segalanya yang berkaitan.  So,  cerita ini amatlah 18sx.  Nasib baik akak dah cukup umur untuk menontonnya.


U olls yang mula nak mengkutuk akak sebab pilih movie ini, sila tutup screen ini and jangan sambung baca.  BODOH betui.  Berotak kampung dan tidak berkembang.  Malu jadi anak Melesia ok.  Jadilah seorang yang positive.  Tahi pun boleh buat baca kalau hang pandai guna.  Sapa suruh hang pikir porno jahh kan?

Okay,  saja tau nak suruh Kak Janz berletiak.

Kepada u olls yang tak pernah ikuti siri cerita ini,  mungkin u olls akan macam kurang mengerti tentang plot -plot kisah Sex and the City The Movie la.  Tapi,  kalau u olls mempunyai daya mental yang amat IQ tinggi.  Sure takdak masalah nak memahaminya.  So,  kita teruskan dengan memperkenalkan watak-watak utama dalam cerita ini.



Carrie Bradshaw
Carrie adalah watak utama dalam siri cerita ini.  Dia merupakan seorang penulis ruangan berjudul "Sex and The City" di dalam akhbar The New York Star.  Penulisannya dalam ruangan fiksyenel itu menfokus kepada kembara seksualnya bersama BFFnya,  dating,  kehidupan di bandar dan macam-mcam lagi.  Haruslah penulisan itu,  macma penulisan belog aku kan?  HAHAHAH.  Ruangan penulisannya membuatkan dia seorang yang popular dan hot jugak la.  Dia selalu dapat pi party-party hot dan wataknya disukai satu dunia sebab dia mendressing dengan sangat santek sekali.  Dialah watak yang membuatkan pemakaian kasut adalah satu FESYEN STATEMENT!  Disebabkan watak Carrie Bradshaw,  nama-nama seperti Jimmy Choo,  Alexander McQueen,  Salvatore Ferragamo,  Manolo Blahnik tiba-tiba menjadi sangat hot.  Dulu mana orang hirau sangat shoe designer!!  Now,  macam semua orang tiba-tiba verver ambition nak jadi shoe designer kan?



Samantha Jones
Watak ini adalah watak yang paling aku suka dalam cerita ini.  Aiyoo...perempuan ni kan?  Dia sangat J|A|L|A|N|G tau.  Dia paling tua dalam depa 4 sekawan.  Walaupun dia paling tua...tapi dia paling hot.  Dia seorang yang dalam term masalah mental,  dikenali sebagai nymphomaniac narcissist.  Pandai-pandailah u olls pi google sendiri kan?  Wanita yang sangat berjaya dalam perniagaan ini mempunyai tahap konfident yang menjulang tinggi,  dia juga sangat strong and outspoken!  Mulut puaka ok.  Dan dia selalu menggelarkan dirinya seorang "try-sexual" (bermaksud dia hanya try something sekali jahhh).  Gila hots perempuan ini!  Selalu JANTAN ja perangai anjing macam ni kan?  Tapi dia EMERIKEN okay....U olls tu sedar diri sikit.  Ini semua watak-watak fiksyenel.  Tak kena mengena sama ada hidup atau mati.  Tapi actually dia sangat takut commitment dengan lelaki sebab dia dulu pernah dibesarkan dalam broken family.  Dalam siries ke berapa aku tak hengat.  Dia didiagnos menghidapi KANSER.  U olls...nightmare ok!!




Charlotte York Goldenblatt
Charlotte adalah seorang yang sungguh KONSERVETIF.  Dalam depa 4 orang satu gang,  dia lah yang paling skema.  Dia ni kalau nak dikatakan,  cara perwatakannya sangat tersusun,  teratur dan tertib macam seorang puteri.  Dia kalau angan-angan semuanya sangat fairy tale dan merimaskan bulu ketiak si Samantha yang liar itu.  Dalam cerita ini,  dia dilahirkan dalam keluarga bangsawan American la.  Tapi yang membuatkan dia lawak ialah,  walaupun dia paling skema.  Tapi dalam bab seksual,  dia ni sangatlah pelik dan kingki.  AHAHAHAH.  Dia berkahwin dengan seorang berbangsa Yahudi sampai sanggup convert masuk Jew.  And then,  depa takdak anak.  Dia amik anak angkat dari China. 



Miranda Hobbes
Personally,  dalam semua watak-watak dalam citer ni.  Aku paling tak suka deni la.  Dia ni ketegak,  kepala angin dan suka naik angin tak tentu pasai.  Pastu dia suka buat keputusan bagi orang marah.  Pastu dah lama macam tu baru dia nak realize.  Dia tak suka ada relationship dengan lelaki jugak sebab dia pentingkan career sangat.  Dia peguam ok!!  Kalau kat New York hang jadi Peguam hang sangat sibuk ok.  Semua orang nak saman semua orang.  Pastu entah macam mana dia termengandung dan sejak itu,  dia macam berubah jadi seorang wanita yang matang sikit la.  Tapi perangai kepala angin dia tetap ada. 



Plot Cerita 
  1. Kisah dalam siri Movie Sex and The City ini tak jauh larinya dari plot cerita harian dalam kisah siri SATC yang bermain tentang isu-isu percintaan,  perhubungan lelaki and perempuan,  cekcuring,  seksualiti dan perkahwinan.  Namun,  kisah utamanya adalah tentang Carrie yang akhirnya hendak berkahwin dengan bfnya sejak season one (sat on sat tak) Mr.  Big.



  2. So,  macam biasa orang glamour New York nak kawen.  Ada macam-macam kezutan seperti pembelian apartment baru yang merupakan hadiah dari Mr.  Big yang lengkap dengan sebuah closet yang sangat CARRIE BRADSHAW ok!!




  3. Pastu majalah VOUGE pun nak sponsor majlis perkahwinan dia and paling meletop dia.  Siap jemput dia buat photoshoot khas untuk pages dalam VOUGE dengan tajuk "The Last Single Girl".  Wah...Kelas Kak Maria.  Haruslah pasni,  Kak Janz nak buat prewedding single photography shoot bertajuk  "The Last Singgel Janz".  Matilah....Dalam shoot itu,  Carrie menggayakan koleksi gown pengantin dari Vivienne Westwood.  Dan sebagai sebagai kejutan,  dia menerima salah satu hadiah gown itu dengan nota yang ditulis sendiri oleh Vivienne Westwood!! Alangkah seronotnya!!!




  4. Persiapan perkahwinan itu menjadi lebih besar apabila dapat review dari majalah-majalah,  akhbar dan tabloid lain.  Pastu venue pun bertukar menjadi sangat besar.  Dengan pre wedding event,  rehearsal dan macam-macam lagi.  So...biasalah..JANTAN kan?  Bila tengok semua orang duk macam eksaited benda-benda kawen ni.  Depa pun mulalah duk mai perangai bodo nak takut and ngeri dengan komitmen kan. Nak dijadikan cerita,  secara tak sengaja,  Miranda yang masa tu tengah hot and gado besak dengan laki dia,  tiba-tiba naik angin and pi maki Mr.  Big dengan berkata "Aku gadoh dengan laki aku.  Perkahwinan yang ubah perhubungan kami.  Hang and Carrie adalah bodo sebab nak kawen!!"






  5. Aiyoo....maka dengan itu.  Si Mr.  Big terus FREAK OUT ok.  Esok dah nak wedding.  Dia dah start jadi ragu-ragu.  Dia macam dah cakap dengan Carrie tentang benda ni.  Pada malam wedding depa.  Tapi Carrie macam take it easy and tak mau Mr.  Big pikiak sangat.  Dia kata lah "Hang janganla takut sangat wedding kita memang la besak...tapi apa pun..its just about U and me," Aiyoo...aku pernah guna ayat tu tau pancing jantan.  AHAHAH..Kelas kak maria!





  6. So esoknya,  pada hari perkahwinan itu.  Semuanya riuh and sangat meriah u olls.  Depa 4 perempuan ni pun seronot ni,  pakai cantek-cantek nak pi wedding.  Semuanya berjalan dengan lancar.  Kecuali si Mr.  Big.  Dia dari pagi nak cakap dengan Carrie.  Dia duk call detu tak dapat.  Sebab anak Charlotte pi amik handphone Carrie and sembunyi dalam beg duit kecik dia. Yang Mr.  Big tak mau turun kereta sebab takut!!  Bodo kan?  Dia nak cakap dengan Carrie.  Carrie dah verver dalam gereja dah!!!





  7. Pastu last sekali,  dia dapat jugak cakap phone dengan Carrie.  Pastu Carrie tanya la..."Hang kat mana ni sayang?"  Pastu dia dengan bodonya berkata,  "Tadi aku ada depan ni...tapi now...aku dah blah!!,"  Hang bayangkan perasaan and muka Carrie time tu.  Dia terus menjerit and keriau and dia suruh depa ni semua bawak dia keluar dari tempat tu.  Aiyoo...time tu.  Sangat emosi ok.  Aku nak nangis pun nak nangis.  Nak rasa macam tendang sapa-sapa yang lalu tepi aku pun ada.  Bodo punya jantan.  Kesian kat Carrie.  Tapi nak tergelak pun ada,  tengok masa tu.  Muka paling lawak ialah  Charlotte.  AHAHAHA







  8. Tiba-tiba nak jadi macam cerita Hindustan sikit,  masa kat tengah-tengah jalan,  tiba-tiba limosin depa bertembong!!  Haruslah Carrie berhenti and turun and pi kat Mr.  Big and before Mr.  Big sempat kata apa....Dia pukul Mr.  Big dengan bunga tangan pengantin dia!  Aiyoooooo....SPIRIT u olls!  Kak Carrie naik hantu!!  Macam kena rasuk dengan jin Kak Tina!! Kak Tina ada jins ok.  Ada ekok and pakai tongkat Club Med.  Jaga-jaga.







  9.  So,  maka tak jadi lah depa kawen.  Kesiankan.  Yang kesian sapa?  Perempuanlah.  Bermula episod baru Carrie sebagai Kak Janz.  Depa semua pi bercuti kat Mexico menggunakan tempahan bulan madu Carrie and Mr.  Big.




  10. Balik dari itu,  Carrie teruskan hidupnya macam orang biasa yang lain.  Dia telah menghire seorang PA untuk membantu kerja hariannya iaitu Louise yang dilakonkan oleh Jennifer Hudson yang sangat berbakat!!




    Aku suka perempuan ini.  Dia dah la pandai berlakon,  pastu suara pun sedap.  Aku suka dia berlakon dalam SATC.  Aku suka sangat!



Okaylah...ampa semua selalu kata.  Kalau aku buat review,  tak payah tengok cita tu pun takpa!! Aku dah citer habis semuanya kan?  So kali ni aku malaih nak cita bagi abih.  Ampa semua p la carik DVD citer ni atau pi donlod!! Ampa tengok lah apa yang terjadi akhirnya kepada mereka berdua.  Apa jadi kat Samantha and Bf mudanya.  Adalah Miranda akan kembali bersama bf dia?  Charlotte dapat anak apa?  And adakah Carrie akan kawen?





Sekian sahaja!  Perkahwinan yang terlalu tersusun sangat tak meriah u olls!!  Percayalah....

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...