12.11.09

Pengalaman Shooting untuk Majalah Rapi (Karangkraf) : THANKS TO ABANG NAN!!

U olls. Pertama sekali, i olls ingin mengucapkan teramat-amat maaf kepada semua pihak kerana pada beberapa hari yang lalu i olls telah mengejutkan u olls semua dengan sebuah status di FACEBOOK aku yang berbunyi begini : U olls! Wish me luck for the shooting today...(cewah..verver cakap omputih u olls!)

Kasut yang dibelikan bersama-sama En. Dugong sempena photoshoot ini.
Apa lagi, melambak la YM and SMS and calls yang masuk pagi itu. Tambahan pulak, ramai yang amat terkejut apabila aku mengkata aku ada di area KL. Ada yang marah-marah and bengang kat aku, sebab mengkata yang aku tidak memberitahu apa-apa pun tentang perkara ini. U olls....tensyen tau aku dibuatnya. Nak dibagitau rasa salah. Tak bagitau pun rasa salah. Aku dah la mai menumpang rumah and kereta orang. Pastu aku nak kena ikut arahan orang. Bukan senang - senang nak pi ke sana ke mari.

Aku tau, ampa sayang aku sangat. And ampa takut kalau-kalau Kak Janz ampa ini dicolik dan dikhianati oleh geng-geng anjing seperti Kak Tina and Datin Jals kan? Jangan risau. Aku kuat ok!! Aku jaga diri ok!!

Actually, untuk semua yang selalu menjengah ke FACEBOOK aku pastinya perasan dan tahu yang aku pernah menyuarakan satu berita gembira yang pernah aku nyatakan di status Facebook aku iaitu : U olls! Perasaan u olls kalau akak kuar majalah?

Dan melalui status ini, aku telah memberi satu reply comment yang berbunyi : Nox semua! Confirm! Akak dapat offer majalah Rapi!! Shooting November ni! Akak baru confirm date! Akak happyy gileee...u olls semuaaa! Tolong happy sama2. Sebab akak dah habis bateri ni! Lenguh badan tak abis! Penat kenduri Nurul Jantan tak abih lagi ok!!

So, sekarang ni salah sapa? U olls yang tak baca status i olls ni! So hari hari kena baca ok! And hafal. AHAHAHAHA. Aduhs. Sorry la u olls. Kita lupakan la kes ni. Takdak maknanya kita nak over-over salah menyalahi. Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pulak, u and me. Wah..KELAS KAK MARIA.

Baiklah, so hari ini aku nak berkongsi dengan u olls semua kisah bagaimana aku di offer untuk mencekcur dalam majalah Rapi keluaran Karangkraf. Kisahnya, kawan a.k.a sifu ku, Adnan Jaafar penah menyuarakan hasrat untuk melobi aku membuat plus size modelling dalam majalah - majalah pengantin. Aku punya la syiok teramat sangat. Tapi, tak mau la bising-bising. Sebab bukan mudah nak lobikan orang baru yang takdak experience macam aku ni!!

Tapi semua ini menjadi realiti apabila Abang Nan telah mengekol aku dan aku menjerit dan melompat kesukaan kerana aku akan diinterview dan di shot bagi satu column dalam majalah Rapi.


Dalam tiga orang kami, i olls paling comels kan?
Jadi, pada tarikh yang ditetapkan. Aku pun menerbangkan diri ke Shah Alam dan menjalankan shooting bersama dua gadis lain yang sungguh cute dan supporting!! Kami dimake up oleh Abang Nan and also Abang Azmi. Aku pun menyumbangkan sedikit khidmat make up yang tak seberapa ini, dan disambung dan diKEMASkan oleh Abang Nan!!!


Proses dimake upkan bermula!!


So here are the pictures, taken with my camera. Aku kena berpakaian sukan and pose-pose active and sporty u ollls. Sungguh la aku rasa macam ahli sukan negara ok bagi acara balapan. Siries. Aku pakai simple jer. Tights and polo shirt with sneakers.


LENTIKAN 1


Selama ni duk tengok models dalam ANTM duk buat macam-macam pose depan camera tu kan. Duk rasa macam senang ja. Tapi bila camera man dah siap amik shot dia, pastu dia kata "Okay...next pose!!" Aku terus rasa macam nak termeninggal.

U olls...relaks...coool! Imagine.....pose apa pas ni u olls!
U oollsss....tiba-tiba mati akal u olls. Tapi tak buleh la buat mengada-ngada kan? Kena cool. Tarik nafas pastu let ur mind create the motions through ur body. Wa....Mock!! Aku rasa macam Tyra Banks ni.

Ini post stretching la kunon! HAHAHA...Nasib baik tiang goal ni kuat. Cuaca pun terik. Aku rasa kalau mendung, mesti aku kena panah petir dah!!

Now, dah habis semua tugas. Nanti ampa tunggu lah insya allah kisah ku dan dua rakan lain akan diceritakan dalam majalah Rapi bagi bulan Disember. Tapi aku takut la, the outcome from the shots nanti. Depa kata, dalam banyak banyak gambak yang dah amik, hanya satu ja akan depa letak dalam majalah tu. Aiyoo.......macammana kalau gambak itu tak santek? Mesti aku akan dikeluarkan minggu ni!! WAH....Matilah kau Jumie...

Apa pun u olls. AKU TAK JANJI TAU YANG KISAH AKU AKAN KUAR UNTUK MAJALAH KELUARAN BULAN DEPAN. TUNGGU SAMPAI AKU KATA OKAY. BARU AMPA PI BELI OK!!

Apa pun, sorry sebab aku tak cita kat ampa semua dari awal. Aku tau, aku ni tak layak nak jadi masuk majalah. Sebab tu aku malu nak cita dari awal. So sapa nak tuduh aku apa-apa pun tuduhla. Aku malas nak layan. Aku bukan pasu bunga ok! Pasni, aku dah belajar dari kesalahan aku. Aku tak mau update dah my location kat status. Nanti semua orang nak merajuk-merajuk kalau aku tak jumpa and tak bagitau that aku nak mai. Aiiiyoo...kampungs sangat aku rasa now!!

ps/ Terus takdak mood nak cita verver....sedih!!

3 comments:

  1. xper2 jumie..lau sume mara hang aku mara...aku dpt terserempak ngn hang pun okey dah..rindu sgt kat hang...dok tgk kat facebook n blog jer..

    ReplyDelete
  2. pergh... bestnye kak jumie dapat posing2 cam ANTM.... nant nak bli majalh tu... nak nengok..hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...