4.11.09

[Pesan Kak Janz] Jangan Memilih Kawan

Assalamualaikum. Hai u olls.

Hari ini tidak ada cerita menarik. Tetapi i olls ingin memulakan satu segmen baru yang bertajuk "PESAN KAK JANZ!!".

Di harapkan melalui segmen ini, penasihatan berbentuk ilmiah santai ini dapat merembes di sanubari kita sebagai ikhtibar kepada diri saya sendiri dan jugak anda semua yang membacanya.

Kita semua kena sedar diri dan tidak menjadi bongkak hingga menyakitkan ati semua orang. Selain itu, aku jugak mengharapkan agar segmen berjiwa mulia ini dapat menampung dosa-dosa aku yang asyik mengkutuk dan menghina musuh-musuh berbangsa anjing ku.



U olls! Ini adalah kucing kawan saya Dhia Baim and GF beliau, Ms. Taylor Swift! Nama tucing ni Qiqi. Tucing ini adalah gay. Siriess!!

Baiklah Pesan Kak Janz untuk bulan ini ialah :


Janganlah kita semua memilih kawan ok. Saya tidak pernah memilih kawan, walaupun saya adalah dari golongan bangsawan. Sesetengah golongan bangsawan amat bongkak dan hanya mahu kawan dengan orang bangsawan sahaja. Tetapi aku tidak begitu.

Dalam memilih kawan, saya tidak pilih agama, pilihan sosial apatah lagi rupa paras. Tidak kira bangsa dan juga taraf kasta.

Tidak kira walaupun u olls perempuan, lelaki, lesbian, gay, bi, kunsa, SELAGI KITA DAPAT MENGHORMATI SATU SAMA LAIN. Saya amat menghargai persahabatan tuan dan puan semua.

Tapi kalau sekali persahabatan ku dikhianati oleh sikap bongkak dan tolol orang -orang yang mengherdik dan menganjingkan saya tanpa belas kasihan dan rasa hormat, maka lucutlah perasaan aku untuk menerima u olls lagi sebagai sahabat.

Oleh itu, ingatlah pesanan untuk bulan ini! Cerminlah diri sendiri dahulu sebelum u olls nak menilai diri orang. Okay?

Akhir kata...I LOVE U OLLSS terutama sekali KAK TINA! Thanks Kak Tina, kalau Kak Tina tak amik En. Duda dan merampas beliau. Sudah tentu i olls tidak dapat mengecapi keindahan kebahagiaan seperti ini!!

ps/ Marilah kita semua merapatkan silaturrahim!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...