25.11.09

Segmen Dear Kak Janz | Bunga Taik vs Cempaka Sari

U olls.  Buat julung-julung kalinya hari ini aku ingin memperkenalkan satu lagi segmen melalui belog Jumie Samsudin ini yang bercorak ilmiah untuk santapan nafsu u olls semua yang mendamba gossip panas yang harus dijadikan panduan dan pedoman hidup.  Tapi segmen bulan ini tidak bercorak GOSIP semata-mata tetapi sebenarnya segmen yang amat aku teringin nak buat dari dulu.  Tapi takdak sambutan pun.

Dulu pernah aku bagitau dalam belog ni,  kalau ada sapa-sapa nak kongsi kisah atau masalah,  sila email kat aku.  Tapi takdak pun.  Namun,  sejak dua menjak menjadi janda ni. I olls banyak menerima panggilan telefon, SMS,  Yahoo Messenger,  email malah mesej di Facebook dari rakan-rakan pembaca belog Jumie Samsudin semua yang amat aku kasihi.  Thanks u olls.  Semua ini adalah satu penghormatan kepada i olls.  Aku bukanlah orang yang bertauliah untuk merembes kata-kata hikmah kepada u olls semua.  Tetapi,  yang penting.  Kalau u olls minta i olls pendapat atau nasihat.  I olls akan bagi dengan penuh kejujuran dan kelaseran.  Takder lapik-lapik lagi ok. Buat apa nak lapik-lapik.  Kalau nak nasihat yang menyenangkan hati u olls.  Baik u olls pergi cakap dengan kucing i olls yang tengah mengandung tu.  Dia akan tenung jer tengok u olls.  Pose-pose memahami ok!!




Jadi,  Segmen Dear Kak Janz kali ini datangnya dari salah seorang sahabat Belog Jumie Samsudin yang aku sayangi.  Dia telah mengmesej i olls melalui Facebook.  Setelah melalui beberapa sesi kaunseling.  Maka kamipun berasa happy sebab kami sama-sama telah menemui keputusan yang paling terbaik untuk memartabatkan taraf kita semua PEMBACA BELOG JUMIE SAMSUDIN yang merupakan golongan BANGSAWAN ok.  [Kecuali semua anjeng-anjeng yang Kak Janz benci iaitu Kak Tina dan jing-jinnya dan juga Datins Jals serta mereka-mereka yang hina].  Setelah mendapat persetujuan,  maka sesi kaunseling kami ini telah aku edit dan dikongsikan bersama kalian semua.


Dear Kak Janz, 

Setelah terbace belog2 Kak Jumie, Cempaka terpikir nak mintak pendapat Kak Jumie.  Ala2 Kak Jumie ni Dokter Chinta la eh.  Memang takder kaitan pon ngan akak punya belog tapi nak tanya gak.  Actually,  Cempaka adalah mengenali and tengah verver dengan satu mamat ni yang bernama En. Kumbang.  Dia dah kirer macam scandal saya sndiri.  KELAS KAK MARIA.  Boleh dikatakan boifren la kot cuma kami tak penah declair.   Pastu tiba-tiba,  datanglah sorang perempuan nama Bunga Taik ni tangkap cintan ngan En.  Kumbang ni.  En.  Kumbang cakap nak kawan jer ngan die.  Tapi si Bunga Taik ni tak putus asa menagih kasih dari En.  Kumbang.  Tapi yang sadisnya,  saya dapat tahu yang abang En.  Kumbang bernama En.  Ulat  pun da tangkap cintan sesangat dengan si Bunga Taik ni. 

Both of them,  En.  Kumbang and Bunga Taik tau yang En.  Ulat ni suka kat perempuan tu.  Even the whole family pun tahu tentang hakikat ini.  Memang Bunga Taik ni dasar perempuan tak sedar diri lah.  Dia tak layan En.  Ulat yang menyukainya.  Dia suka kat En. Kumbang.  Family Serangga semua tau yang En.  Ulat suka kat Bunga Taik.  Termasuk member kamcing.  En.  Kumbang pulak dulu taknak kat Bunga Taik tapi entah bila tiba-tiba depa ‘on’!!  Bunga Taik selalu contacy En.  Kumbang kononnya sebab takdak sapa-sapa yang dekat dengan dia kecuali En. Kumbang.  Saya tau tapi saya tak kesah sebab kesian kunon kat Bunga Taik yang takder kawan.  Lagipun saya tak mau la control En.  Kumbang.

Tapi,  Bunga Taik yang memang bunga yang murahan ni kan,  memang confirm bunga buang sial tau.  Actually dia tau yang Cempeka tengah verver dengan En. Kumbang.  Ada sorang member kitorang pernah cakap kat Bunga Taik,  jangan kacau En. Kumbang ni. 
Tapi kesialan Bunga Taik jelas terserlah apabila dia tetap tak berhenti menghabiskan kredit dia dengan mengSMS dan mengkolin mamat ini.

Nampaknya usaha perempuan itu tak sia-sia bila En.  Kumbang telah member respon kepada dia setelah sekian lama.  And paling menyedihkan,  En.  Ulat langsung tak tau apa-apa dan terus menerus menjadi seorang yang sangat setia menanti Bunga Taik itu. 

Tup-tup semalam En.  Kumbang kantoi dengan Cempaka yang dia and Bunga Taik dah ber’LUV-LUV’.  Haku dah meletop-letop macam mercun cina yang tak berhenti tu.  Geram giler dengan En.  Kumbang tu.  Tapi saya buat cool la.  Saya tak tunjuk la yang saya frust kea pa ke depan En.  Kumbang.  Kita kan golongan bangsawan Kak Janz.  Kita kena EGO sikit.

Tapi Kak Janz,  please help me.  Camne nak buat.  Patotkah saya pi bagitau kat En.  Ulat tentang perhubungan antara En.  Kumbang and Bunga Taik itu.  Japgi kalau cakap kat En.  Ulat sah-sahlah bergadoh adik beradik serangga ni punya!!  Tapi kalau tak cakap,  karang macammana pulak kalau tetiba ada jodoh En.  Kumbang and Bunga Taik dan berkahwin.  Takke lagi sengsara En.  Ulat kalau tau lambat??  Sedangkan En.  Ulat ni masih setia menanti perempuan yang stupid like EGG cam dia tuhh!! For me,  Bunga Taik memang pentingkan diri sendiri.  Am I right?? Please comment.




Salam Nak Ayam ku,  Cempaka Sari Delimawati.

Nok! Ang sayang diri hang tak? Ang ngaku akak ni mak ayam hang tak? Kalau hang mengaku hang anak ayam aku. Please follow KAK JANZ RULES!!  TINGGAL JANTAN TU. DECLARE KA TAK? Ada aku kesah??? Lani hang just tinggal dia ok!! Tak guna hang nak buang masa hang untuk komplikasi cinta perempuan kampung macam ni.

Kita ni standard Carrey Bradshaw ok! Dalam cerita Sex in the City. We dont beg man to love us...but man beg to love us more and more.  KELAS KAK MARIA.  Itu ja aku nak cakap untuk ang pagi ini. Akak a bit busy..tapi akak tunggu perkembangan dari hang.

ps/ kalau ang tanya pendapat aku, tapi tak ikut....lain kali jangan duk mai tanya tanya dah!!



Dear Kak Janz,

Thanks so much.  Betul kata Kak Janz itu.  Cempaka dah okay sikit now.  Memang Cempaka pun pikir benda  yang sama.  Tapi bila Kak Janz yang sarankan.  Maka Cempaka rasa lebih yakin dengan keputusan ini.  Lagipun sebenarnya Cempaka dah dua kali bagi chance kat En.  Kumbang.  So no more dah!! 

Tapi,  macam mana dengan En.  Ulat?  Haruskah Cempaka bagitau kat En.  Ulat atau diam diri jer?



Dear Cempaka,

Babe!! Baguss!! Sayang ang!!  Tentang En.  Ulat itu.  Takpayah masuk campur!! Biar kat depa. Nanti ang nak baik, silap aribulan..ang pun kena sekali! Hang kena ingat satu benda,  bukan semua benda di dunia ini kita kena tolong setelkan. 



Dear Kak Janz,

Hahahahha.  Orait.  Metacih mak ayamku y melet~adiozza..




Dear Cempaka,
Adiorrsssss!!! Wahhh..ang orang Meksiko ka?



Dear Kak Janz,
Dulu yela.  Lani tukaq mak dah kene balik la.



Dear Cempaka,
Sungguh melambangkan hang ni terlalu taksub dengan ketingtongan Kak Janz kan?  Suka berVERVER jadi orang Amerika Selatan kan?  Nox..akak cite dalam belog leh tak? Leh jadi pedoman ramai ni.



Dear Kak Janz,
Tau xpa..hahahahahaha.  Boleh.  Sangat bagus.  Memang itu tujuan menunlis kat Kak Janz.  Kalau Kak Janz sudi merembeskan sedikit populariti kepada Cempaka ini.  Disamping itu,  boleh la akak bukak segmen baru iaitu ruangan khidmat nasehat.  Makin meriahlah suasana pagi Cempaka dan kawan-kawan kat nursery bunga ni yang every morning selepas kena siram kami akan bergelak pecah perut macam nak meletop kerana membaca belog akak.  Kami sampai kena rehat untuk mengendurkan sedikit usus perut supaya boleh sambung baca.



Dear Cempaka,
Bagusss u olls.  Akak sangat happy mengetahuinya.  Babe..hang tau tak..aku menulis sebab ni laaa...bring happiness to others! Lebih bemakna dari duit!  Okaylah.  We end here.  Take care.




U olls.  Okay tak?  Amiklah yang baik. Yang mana tak elok tu,  kalau u olls amik.  Sapa suruh ampa amik?  NGOKS!!  Dikesempatan ini,  i olls ingin mengucapkan terima kasih kepada Cempaka.  Dengan harapan,  dia amik nasihat i olls ini dan meneruskan hidupnya sebagai wanita yang lebih hots.  Jangan la memilih jodoh-jodoh dengan keluarga serangga tu.  Try merembes dengan Keluarga Mergastua plaks.  Barulah sesuai.  Kita kan bangsawan.

Untuk u olls yang lain-lain,  kalau ada problem ka apa ka? Tak kisah la problem apa pun,  hubungi lah akak jika sudi.  Akak sudi mendengarnya.

Sekian,  bye u olls.

ps/  Yang baik itu datangnya dari Allah.  Yang tak baik itu datangnya dari Cakcing.  eheheheh

4 comments:

  1. Dear Jumie,

    ilolls pon nak share citer gak, tapi bukan kisah leb2 story. kisah kawan2 back stabber ni... boleh ker?

    leb,
    (bukan bunga ros)

    ReplyDelete
  2. We dont beg man to love us...but man beg to love us more and more...

    i suke sentence ni jumie!!! damn true!!!

    ReplyDelete
  3. kak janz, ai dah emel yu. check it out. panjang giler mcm cerpen. yu cantas la apa yg patut.kalo menulis ni ai mudah lupa daratan sket. hahaha
    tQ

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...