26.11.09

Ulasan En. Zolkifli Yaakob : 090909

U olls.  Bangga u olls.  Bangga sangat kerana belog aku yang meletops ini katanya bukan sahaja menjadi tempat persinggahan wajib bagi u olls semua yang suka membaca rembesan hati i olls ini,  tak kira la u olls di mana sahaja.  Terutamanya u olls semua bapak-bapak, ibu-ibu dan hadik-hadik di USM yang ku cintai ini.  Thanks for reading my rembesan.  Tapi jangan sampai terkincit tak buat kerja yang boss bagi ok.  Tapi yang pastinya,  apa yang i olls harapkan.  Bila u olls tengah tensyen,  bosan nak mampuih dah rasa macam nak termeninggal,  maka marilah menjengah ke belog Jumie Samsudin ini.

Hari ini,  i olls dengan bangga dan terharunya ingin memberitahu u olls semua khasnya warga USM yang mengenali En.  Zolkifli Yaakob.  Pegawai Tadbir yang sangat peramah yang bertugas di Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat,  USM.  Kalau sapa yang satu induksi dengan i olls dulu,  En.  Zol adalah salah seorang yang bagi ceramah kat kita semua.


Tapi i olls sangat ingat dengan En.  Zol sebab dulu masa zaman cekcur I olls naik scooter Elite.  Aku selalu duk keri (bonceng) Kak Ketti a.k.a Nur Hafieza Noor Peah dari Pusat Bahasa ke sana ke sini mencari rezeki.  Yang lawaknya,  ada satu time tu Kak Ketti tak pakai helmet.  En.  Zol ikut kami dengan keta pastu dia marah kami dengan garangnya dan berkata "Awat kepala kamu ni diperbuat daripada batukah?"  HAHAHAHA...Haruskah aku jawab YA.  Sebab Kak Ketti ni memanglah sangat kepala batu.  Tak reti nak dengar nasihat orang. 

En.  Zol and dua lagi jejaka ini. Siapa ni En. Zol,  anak-anak En.  Zol kah?  La....tak tau pun En.  Zol ada anak teruna elok-elok ni.  Kirim salam kat depa noh.



En. Zolkifli pun ada belog u olls.  I olls dah tau lama.  Tapi jarang membukaknya.  Jadi baru-baru ini,  ketika terserempak di depan opis beliau ketika mengambil Baby Chin.  En.  Zol telah mengsuruh aku membukak belognya.  Katanya dia ada buat ulasan tentang kisah putus cinta seorang wanita dengan jejaka Negeri Sembilan. Hah??!!

Macam aku pernah dengar kisah itu!  Dengan rasa musykil,  i olls pun terus menjengah belog En.  Zolkifli malam itu.  Dan i olls ternampak satu artikel berjudul PUTUS CINTA.

Wah............rupa-rupanya En.  Zol memberi ulasan tentang kes cerai I olls and En.  Duda rupanya.  Aiyo....naper u olls membuka luka yang lama itu?  I olls dah verver happy ramai peminat ni u olls saja nak bagi ingat dengan kes cerai tu kan.  Kes kat mahkamah pun dah settle En.  Zol.  Kes kami senang settle sebab kami takder anak.  Senanglah.  I olls pun dah habis edah.  AHAHAHAH

But anyway,  thanks En.  Zolkifli atas keprihatinan u olls.  Ternyata sebagai salah seorang pegawai USM yang ditugaskan menjaga kebajikan warga staf,  En.  Zol telah membuat something yang baru dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga USM.  Sekarang ni,  kalau nak tahu tentang perkembangan dan segala aktiviti sosial warga USM kenalah belajar main Facebook,  Tagged,  Friendster and belog -belog ok.  Orang USM lani rajin berkebun.  Jadi MAFIA.  Ada restaurant.  Rumah sana sini ok.......HAHAHAHAHAH.

So,  kalau u olls nak baca belog En.  Zol.  Sila click sini  :  PUTUS CINTA

ps/  Thanks En.  Zol atas nasihat yang En.  Zol berikan.  WISH ME ALL THE BEST!!

2 comments:

  1. En Zol Yaakob= mula2 nampak aku ingat garang! pastu bila aku kenai, memang peramah :D satu soalan beliau utk peserta Induksi "kat mana Nibong Tebal?" mcm2 jawapan.. at last dia jawab "Kat PERDU(pangkal pokok nibong, kat situ kan tebal)" ha ha ha.. Nice to know him. :)

    ReplyDelete
  2. haa..kenai2 pakcik zul.duk dekat umah dia dlu.

    anak dia yg kiri zulfadzli, yg kanan an'ain.

    hehe.sonok bc beloq hang kak janz

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...