31.12.09

ANNUAL REPORT JUMIE SAMSUDIN : TOP LIST of all the best things and worst things that happens to Jumie Samsudin throughout 2009

ANNUAL REPORT JUMIE SAMSUDIN 2009

Alhamdulillah syukur.  Maka tibalah kita ke penghujung tahun 2009.  Seperti biasa,  saya telah membuat senarai segala perkara baik dan buruk,  negative dan positive yang telah terjadi sepanjang tahun ini.  Sebagai iktibar untuk diriku ini.  Manusia dinilai kejayaannya bukan dari segi pencapaian,  tapi berapa kali dia bangun dari kejatuhan.  So,  are u ready?  Marilah kita melihat senarai benda-benda yang dah jadi kat i olls mengikut ketegeri yang telah dibahagikan.  U olls boleh lick kat link yang diberikan untuk mengimbau kembali kisah di sebalik kejadian itu.


Business
Alhamdulillah.  Bermula Ogos 2008,  tahun 2009 banyak peningkatan yang i olls tengok.  Berkat sokongan u olls semua kawan-kawan USM,  Facebook and of course semua pembaca belog Jumie Samsudin.  Thanks sebab support.  Now dari Personal Make Up by Jumie Samsudin,  kami dah mengorak langkah ke The House of Red Gincu yang menawarkan more than just solekan untuk pengantin.  Tapi u olls,  nama ni memang dah register kat Suruhanjaya,  tapi takdak kedai dan butik lagi.  Takpa Noks.  Kita buat niaga,  bukan dari BESAK ke kecik kan?  Biarlah kami mulakan dulu dengan online saja.  Doa kami akan terus ke depan and martabatkan business bridal di Penang ini.
Business.

Kerjaya di USM
Tahun 2009 adalah tahun ke 4 i olls kat USM.  Kelas Kak Maria.  Tahun ini,  i olls berkesempatan serve dua boss.  Tapi i olls masih di posisi yang sama,  Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar).  Dan mulai 2010,  i olls akan dapat boss baru.  Dari awal tahun hingga hujung tahun,  memang kerja banyak sangat.  Makin mencabar,  mungkin sebab sekarang USM dah dapat status APEX.  Kami di undergrad office pun,  rasa impaknya.  But apa pun.  I will always to my best. 
Paling best dapat Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun 2008.  Selain itu,  i olls jugak kini telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan apabila pihak Unit Latihan USM sendiri telah menjemput i olls untuk memberikan ceramah berkaitan penampilan dan solekan untuk kursus yang dianjurkan untuk para kakitangan USM.  Kelas Kak Maria.  So,  peranan DUTA DIVA USM ni dah tambah la kan?  PA,  Bintang USM,  Penyanyi,  Mental Health Facilitator dan juga Penceramah Bidang Solekan dan Penambilan?






Jumie Samsudin dalam Media Cetak dan Media Elektronik
Tahun ini,  i olls telah masuk TV.  Paper dan jugak majalah.  Dalam negara dan jugak di luar negara.  Berikut adalah senarai untuk rujukan u olls semua.  Kelas Kak Maria. 






Hasil Titik Keringat,  Reward Untuk Diri Sendiri
U olls.  Tahun ni,  banyak duit dapat simpan.  Tapi banyak jugak habis kan?  Tapi takpa,  apa guna kerja kuat tapi duit kita simpan duk pi bagi kat orang and buat benda yang kita sendiri tak rasa apa.  Persetan apa orang nak cakap dan kutuk,  yang penting u olls happy and puas hati.  Niat u olls baik ke tak,  Allah ja tau.  Macam i olls,  suka shopping tapi tak minat sangat nak kumpul handbag apa semua. 

I olls suka beli emaih and benda-benda penting yang boleh i olls pakai untuk faedah business ku ini.  Kalau dapat laki kaya takpalah,  buat koleksi LV kan?








Pengalaman Baru
Syukur,  tahun ini jugak i olls berkesempatan menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga untuk kemajuan diri i olls ini.  U olls tengok la sendiri kan.  Kegembiraan ku ini amatlah bermakna untuk kita semua kan?  So,  tengok tahun depan pulak.  Apa yang bakal meniba?  Kalau tahun ni dapat nyanyi depan Raja Perlis,  kot-kot tahun depan dapat nyanyi depan Nelson Mandela.  Kelas Kak Maria.








Kembara Jumie Samsudin

Alhamdulilah,  atas rezeki yang Allah bagi.  Kalau dulu nak travel kena naik bas.  Sekarang ni dah mampu naik MAS u olls.  Alhamdulllah.  Syukur sangat.  Tapi Dorrie pun amat banyak bagi i olls peluang jalan-jalan sana sini.  Berikut adalah senarai destinasi cinta yang aku dah menyampaikan diri sepanjang tahun 2009.  Banyak jugak okay!  Siries. 

Dan tahun ni,  tercapai impian nak ke luar negara.  So tahun depan.  Kena kerja kuat,  nak plan melancong ke banyak tempat lagi.  Pusing ASEAN dulu!!













Best Event of 2009
U olls.  Macam biasalah,  family bangsawan ini tidak dapat lari daripada dijemput untuk menghadiri party-party,  majlis koktel,  majlis indoi baby,  dan macam-macam lagi.  So ini antara party yang best i olls attended kerana ada nostalgia di sebaliknya. 


School of Social Sciences USM 2009 Masquerade Party at Traders Hotel  |  Facebook Album



Pertunangan,  Perkahwinan dan Orang Baru dalam Keluarga Bangsawan Jumie Samsudin
Tahun ini, i olls dapat terima berita gempak.  Tak gempak.  Panaz.  Tak panaz dan macam-macma lagi.  Apa pun,  yang terpanas dan tergempak iaitu tarikh pertunangan,  pernikahan atau persandingan i olls tak kuak lagi k.  Pastinya akan diwarwarkan tidak lama lagi.  U olls doa la ok.  Hanya yang terbaik dan seikhlasnya dari kami.  Aku dan Khafi tengah plan la ni u olls.  Sampai dah nak migrain aku ni.  Tapi takpa.  Kita dah niat,  dah doa just usaha.  Ampa semua jangan lupa simpan duit untuk beli hadiah dari sekarang!! WAKAKAKAK



















Belog Jumie Samsudin - semakin KELAS KAK MARIA

Tak ku sangka,  minat yang mendalam dalam penulisan bebas ini telah menjadikan bahan bacaan utama ramai kawan-kawan ku.  Thanks u olls sebab sudi baca.  Memang aku menulis untuk kalian semua.  Setiap senyuman,  gelak berguling dan rembesan air mata malah hati-hati yang terpanah dengan petir Kak Janz adalah suatu perkongsian hidup ku dan kamu.  Thanks sebab sudi menjadi sebahagian daripada keluarga bangsawan Kak Janz.  Kalau dulu update seminggu 2 hingga 3 kali,  taip now since ada wireless internet kat rumah gigih ni!  Sehari dua article katanya. 

Kalau dulu sekadar catatan harian yang ingin dikongsi,  sekarang ni dah siap ada segmen u olls.  Pesan Kak Janz,  Dari Lensa Kak Berry,  Catatan Kembara,  Movie of the Month,  Personaliti of the month dan macam-macam lagi.  Contohnya,  kalu dulu yang jadi calon PBI just kawan-kawan dan teman rapat satu USM.  Now model and pelakon pun dalam listing PBI Belog Jumie Samsudin okay.  Macam majalah Karangkraf dah u olls.  Oprah.com pun kalah u olls.  Thanks u olls semua.  Saya akan terus menulis.  Dedikasi penulisan ku adalah untuk membuat u olls tersenyum sorang-sorang.  KANTOI!  Harapan nanti kita boleh buat jumiejumie.com plaks!  Sapa nak jadi sponsor??

Paling tak dapat dilupakan,  i olls buat pertandingan buat header untuk belog Jumie Samsudin.  Hadiah pun ada u olls.  Noks,  aku rasa lah,  pertandingan ini haruslah dijadikan acara tahunan.  Malah kita boleh dapatkan sponsor dari syarikat-syarikat untuk bagi hadiah okay.  KELAS KAK MARIA.  So pertandingan tahun depan apa noks?  PERTANDINGAN MEREKA WEDDING KEBAYA FOR JUMIE SAMSUDIN!  Kelas Kak Maria...En.  Hatta,  En.  Rizman Ruzaimi u olls nak join tak?  HEHEHEHE


Peristiwa Paling Tak Best
U olls hidup ini umpama roda.  Jatuh dan musnah itu adalah lumrah kehidupan.  Dinasti Maharaja China pun jatuh u olls.  Ini kan akak?  Ingat senangkah jadi Jumie Samsudin.  Semuanya orang nak tau.  Nak kata.  HAHAHA.  Tulah.  Hang pun gatai kan semua benda nak cerita dalam belog ni kan? HAHAHA.  Mula-mula dulu,  kalau kena kutuk ka kena hina.  Aku akan emo dan jadi takdak mood satu hari,  tapi now ADA AKU KESAH?  I olls ada u olls semua yang amat menghargai ku sebagai diri ku.  So,  senang cerita kita buang semua negativity yang mencemarkan aura baik diri kita.  Mana yang suka duk mai carik gado,  carik pasai.  Kita jangan kacau depa.  Bak kata Dr.  Kamarulzaman Askandar,  PEACE maker "Jangan layan bangsa yang lemah,"  KELAS KAK MARIA!

Di bawah.  Adalah senarai ringkas benda benda tak best yang jadi kat i olls sepanjang 2009 sebagai mengenang dan iktibar untuk diri sendiri.  Kepada yang telah pergi meninggalkan kita,  ku kirimkan takziah.  Buat yang mencaci dan terasa dengan panahan petir Kak Janz, 














Penutup
Syukur ke hadrat Ilahi. I olls masih lagi bangun pagi,  boleh sedut udara,  mata boleh nampak,  mulut masih kuar suara,  boleh cakap,  telinga tak pekak lagi (kadang-kadang ja),  anggota badan lain semua masih lagi di tempat yang sepatutnya.  ALHAMDULILLAH.  I olls memang amat tenang dan syukur sangat.  Pada awal tahun ini,  semuanya berjalan normal dan biasa.  Dari April hingga Ogos,  tahap kegembiraan dan kemewahan hidup ku amatlah tersungguh lengkap dan fullfiling.  Duit banyak,  business pun kencang.  Tapi bila berlaku sesuatu yang tak best pada September 2009,  semuanya telah bertukar.  I olls pun jadi lebih berani dan lebih seksi.  Tapi ramai yang kata,  i olls lebih cantek.  Thanks u olls.  Cantik itu datang dari hati yang tenang.
Saya juga ingin meminta maaf secara terbuka untuk semua pihak yang banyak menjadi bahan kutukan i olls sepanjang tahun ini.  Maafkan i u olls.  Tapi u olls...sebab blog i u pun jadi POPULAR kan?  KELAS KAK MARIA!

Salam sayang dari Jumie Samsudin dan En.  Khafi.  Lani kami dorang duk planning yang paling terbaik untuk buat masjid yang ingin kami dirikan.  Percaya atau tak,  sebab terlalu busy sampai lani aku tak dapat cakap dengan family semua tentang kesungguhan niat kami ini.  Takpa,  lek u ols!  Jangan sampai yang dikejar tak dapat.  Yang digendong berciciran.  Kami nak buat majlis yang paling simple,  tapi semua orang happy dan gembira.  Mungkin nanti nak mintak pandangan u olls semua.
Okaylah. Duk ver-ver ja kan?  Dah 11.30 malam dah. Esok nak kerja lagi.

Good bye 2009

SELAMAT DATANG 2010!!  

3 comments:

  1. Tahniah untuk 2009. I'm proud of ur loud voice!

    Good Luck untuk 2010! i love u forever jumie... muah!

    ReplyDelete
  2. aku leh nangis baca artikel ni..sedey!!rindu!!

    ReplyDelete
  3. cayala jumie;)
    2010 yg lebih baik+gumbira! insyaAllah:)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...