24.12.09

DIPERLUKAN SEGERA : JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17 DI USM



Pihak Sekretariat Program Kualiti USM sedang mencari seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 yang memiliki kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  Jawatan yang ditawarkan ini adalah dengan status sementara dan berpeluang diserapkan sebagai tetap mengikut pencapaian prestasi individu tersebut.

Jawatan ini akan berkhidmat untuk Timbalan Pendaftar di Unit Sekretariat Program Kualiti USM dengan gaji seperti yang tertakluk kepada skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 [P1T1] iaitu sebanyak RM656.30 juga layak menerima semua eluan - elaun wajib diterima penjawat awam yang setaraf dengan jawatan ini.

Jika anda berminat,  sila isi kemukakan Online Resume anda melalui E Recruit USM Portal dan hantarkan salinan dalam bentuk PDF kepada En.  Husin Yahaya,  Timbalan Pendaftar,  Universiti Sains Malaysia [emel  :  husin@notes.usm.my

Sekiranya anda masih belum mempunyai passport E Recruit USM,  sila daftar di sini  :  E Recruit Portal USM


Sekian,  harap maklum.


Jumizah Samsudin
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
11800  Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang,  Malaysia
Emel  :  jumizah@notes.usm.my
No  Tel  :  04-653 3361
No Faks  :  04-657 0918


Contact Me Facebook


1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...