29.12.09

Kak Janz Mabok Purple

U olls. Musim mengawan dah habis. Waduh-waduh. Makin tebal isi kulit I olls akibat pemakanan yang kurang sihat akibat musim kenduri kendara ini. Mana taknya, setelah penat merembeskan karya seni di wajah pengantin maka apabila dijemput untuk memakan nasik kenduri dalam cuaca yang terik dan panas itu amatlah membuka selera dan nafsu jantanz Kak Janz!

Kalau satu kenduri takpa u olls. Kalau sehari ada dua make up, di tambah dengan jemputan kenduri Bangsawan di sana sini. Takder maknanya diet ku ini.  Ini antara pengantin bangsawan yang telah mendapat khidmat make up dengan The House of Red Gincu.  Ada lagi pengantin-pengantin yang sangat VVIP dan mohon jasa baik akak untuk tidak paparkan dalam belog.  I olls dah biasa simpan rahasia dan privasi para pelanggan.  Pihak media ni jahat u olls.  Nanti mesti depa nak sogok I nak bayar untuk i bukak rahsia.  U olls jangan mara ok.  Permintaan pelanggan harus di hormati.  :)  KELAS KAK MARIA. 




Sekarang ini, Kak Janz gigih berpuasa dan mendietkan diri. Tapi disamping itu, I olls ingin bercerita tentang mabuk mabik yang I olls alami pada musim kenduri yang lalu. Bukan mabuk arak u olls. (Astagjfirullah Hal Azim). Tapi mabuk kaler purple yakni dalam bahasa Melesia, UNGU.

Jadual make up I olls agak ketat bermula 12 Disember 2009. Toward the end of the cutis sekolah baru tempahan mula mengetat. Yang tarikhg sebelum- sebelum tu, mula-mula ketat pastu longgar akibat pengkenselan di saat-saat akhir. Bab tu, I olls tak kuasa nak ulas lagi. Dah penah bebel sekali kan? I olls mendoakan kepada mereka yang kensel di saat akhir itu dan juga those yang terus diam tak respon OK ka TAK OK agar berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin. Rezeki Allah tentukan. Mungkin dah tertulis rezeki I takder kat situ.

Okay, kembali pada tarikh ketat yang dinyatakan tadi iaitu 12 Disember 2009, sampailah 26 Disember 2009 adalah dimaklumkan semuanya berwarna UNGU.  Dari Masjid Negeri,  then ke Balik Pulau,  ke Kuala Lumpur then back to Penang dan akhirnya Teluk Intan semuanya ungu u olls.





Tapi apa pun,  actually sajala i olls nak cerita kat sini.  Memang sekarang ni adalah musim warna BOLD kan?  Merah dan hitam adalah sangat trend sekarang ni.  Tapi tak kisah la.  Ngomelan aku ini tak bermakna pun.  Dah kalau inilah citarasa pengantin itu,  pastinya indah di mata dia.  Dia nak kawen kan?  Yang hang kekwat nak komen-komen pasai pa?

Inilah trend pelamin masa kini u olls! Hitam okay!  Ini Zulia and Ijan masa kat Puchong.  Yang tengah-tengah tu Kak Janz.


Dikesempatan ini,  i olls ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah untuk semua pelanggan kami di The House of Red Gincu kerana telah melangsungkan majlid pernikahan,  persandingan malah mengikat tali pertunangan.  Hope lepas ni,  masa nikah dan sanding,  sudi-sudi lah amik perkhidmatan dengan we olls jugak lagi k.

Untuk tengok lebih banyak pakej-pakej perkhidamatan dan galeri terbaru dari our latest pelanggan,  sila layari laman blog kami dengan click pautan di bawah  :





ps/  Nanti Jumie and Khafi nak buat colour apa?  :)

2 comments:

  1. ayok... ayok tak tahu...
    hoy jumie... too la ckp org PLU lg
    gagagaga...


    TAQ welcome you to the world of GAYS...
    hehehe

    ReplyDelete
  2. rumah sham 26hb pun purple...tapi hang dah kene booking...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...