1.12.09

Lisa telah selamat melahirkan 4 ekor baby tucing. Im so officially Nenda Janz!!

U olls.  Dengan segala hormatnya,  diumumkan Lisa my anak tucing telah selamat melahirkan 4 baby tucing yang sihat walafiat.

Kelahiran ini berlaku pada Maghrib menjelang Aidiladha,  di ketika Kak Janz sedang merembeskan hati di hadapan PC.  Lisa telah mendatang dengan muka kesian kat Kak Janz.  Maybe dia nak luahkan pada aku yang dia tengah sakit perut nak beranak.  Tapi aku telah melihat muka dia dan berkata "Hang ni bila la nak beranak.  Lemaih aku tengok muka hang ni,"  lantas Lisa pun berlalu pergi.

Sebentar kemudian,  bapak ku Abang Manap berkata "Hoi....tu dia.  Duk beranak belakang sofa!,"  lantas aku yang telah neves pun cekitdaut kat belakang sofa dan melihat Lisa dengan tenang telah melahirkan seekor baby tucing.  Aku pun terus mengambil kota yang telah aku standby dengan Taq dan mengangkat Lisa perlahan-lahan ke dalam kotak itu.

Aku pun terus menyarung sarung tangan PINK ini.  Aku pinjam dari perempuan jahat yang nak mengurat Fernando Jose,  marka Maria Mercedez.




Dr.  Kak Janz.  Ini kelahiran kedua di bawah tanggungjawab aku tahun ini.  Aku rasa memang ada tertulis dalam takdir aku,  aku ni boleh jadi Bidan kot.


 Setelah hampir 4 jam,  dia pun selamat beranak 4 ekor baby.  Aku bangga dengan Lisa walaupun umur dia tak sampai 1 tahun.  Tapi dia sungguh relaks and matang ketika melahirkan babynya.  Dia tidak bising mengiau,  apatah lagi gelabah dan beranak di sana sini.



ps/  Tengah berkira-kira bajet nak buat kandang kucing kat luak rumah!

2 comments:

  1. hahahaha congratz kak jumie... tomey ... sarung tangan pink tuh.. hehee.. kizz skit kt bebabys tucin tu yer...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...