3.12.09

OPRAH NAK BERHENTI, Jumie Samsudin Ganti!!

U olls semua tahu tak,  Kak Oprah akan berhenti membuat Talk Show beliau bermula tahun depan.  Memang merembes menangis semua peminat fanatik Kak Oprah di USA dan jugak di seluruh dunia.  I olls pun rasa sedih.  Sebab Oprah adalah salah seorang wanita yang i kagumi.  Kat Melesia ni,  ramai jugak yang sedih. Tapi tak tau la u olls tu,  u olls pernah tengok ka Oprah Winfrey punya Talk Show?  U olls duk layan Sehati Berdansa ja kat Astro Ria.  Aiyoo....Tolonglah.  Belajar la bukak channel lain-lain jugak seperti Discovery Channel,  Travel and Living,  Asian Food Channel dan kalau nak tengok Oprah Winfrey kat Hallmark Channel.  Trylah belajar sikit budaya dari tempat-tempat lain di dunia ini,  cara masakan dorang,  kehidupan dorang dan apakah perkembangan terbaru di luar sana.  Disamping itu,  boleh lah belajar bahasa English kan?


Mesej ini saya sampaikan untuk semua WARGA MELAYU MELESIA yang kat rumah tu 24 jam bukak ASTRO RIA,  ASTRO MUSTIKA dan semua channel ASTRO yang hanya tunjuk kisah-kisah artist AF dan seangkatan dengannya.  Kalau tengok sekali tu takpala.  Tapi ini ulang-ulang.  Pastu kalau anak-anak boleh hafal lagu-lagu,  iklan atau apa sahaja kempen ASTRO RIA ni,  siap jadi kebanggan ni.  HARUSKAH?

Sorri,  i olls membebels.  Ooopss.  U olls terasa kah?  La.....tapi betui what?  Tepuk dada,  tanya napsu.


Hey u olls!  Tengok ASTRO RIA lagi!!


Kembali pada cerita Kak Oprah.  Aku baca dalam status Facebook,  ramai yang meluahkan rasa kehilangan sebab bagi mereka pasni tak tau siapa pulak yang akan menggantikan wanita hebat itu yang sentiasa mengejutkan seluruh dunia dengan perbincangan hebatnya.  Kadang-kadang bertambah hot sebab dia akan jemput selebriti ternama dari seluruh dunia.  Pelakon,  doctor,  mangsa keganasan rumah tangga,  ahli politik,  models,  dan macam-macam lagi.

Oprah Winfrey adalah satu-satunya wanita yang aku rasa telah berjaya mendominasi rancangan TALK SHOW yang mengupas isu-isu wanita tetapi mendapat perhatian kaum lelaki malah telah memberi impak kepada seluruh dunia!!  Dan disebabkan dia begitu kaya dan sangat berjaya dengan Talk Shownya ini,  sapa yang berpeluang menonton rakaman TALK SHOW nya itu tak pernah pulang dengan tangan kosong.  Aku masih ingat,  aku pernah tengok,  one of her OPRAH BIG GIFT show pada tahun 2004 - dia bagi sorang sebijik Pontiac G6 sports cars HOkay!!  Celaka kan?  Kaya gila dia ni. 

Ramai orang cuba nak jadi and try tiru macam dia.  Tak banyak pun,  sikit pun okaylah.  Ada yang berjaya dan ada yang tidak.  Macam kat US,  yang i olls tahu Martha Steward punya show agaks berjaya jugaks.  Then the latest and the hottest,  sepupu i olls Kak Tyra dengan Talk Show nya.  The Tyra Banks Show.  Tapi i olls terpaksa tengok kat youtube jah...sebab tak boleh tayang dalam national TV kat Melesia.  Sebab sepupu i olls ni,  biasa lah.  Dia punya topik semua TABOO ok!  Tak boleh dicakapkan secara terbuka kat Melesia ni.  Nanti ramailah yang akan membuat rombongan jalan kaki depan jalan-jalan di Kuala Lumpur.

Pastu,  Kak Nita pun nak buat jugak.Anita Sarawak pun buat talk show ala-ala wanita suci kat ASTRO RIA bertajuk Anita.  Tapi SORRY TO SAY OK,  memang Kak Nita tak berbakat langsung nak jadi pengacara rancangan talk show kunon nak cakap benda-benda sedih dan menyentuh jiwa ini.  Memang sedih tau u olls.  Aku pernah tengok sekali dua jer.  Memang i olls sedih sebab terpaksa kutuk DIVA yang aku anggap sebagai RATU selama ini.

Aku tak suka sebab pertama,  Kak Nita punya imej memang tak sesuai la dengan penonton yang datang yang rata-rata semuanya adalah makcik-makcik yang dah dua tiga kali balik Mekkah ni kan?  Kak Nita hebat dengan rambut blonde nih. 

Kedua,  i olls tak suka sebab Kak Nita tidak pandai mengendalikan talk show sedemikian.  Tiada isi yang bernas dan bersesuaian dengan situasi atau topik dibincangkan.  Dia jugak macam tak menyelami dan empati dengan kisah-kisah makcik-makcik yang dijemput untuk membincangkan tentang kisah sedih mereka.  Memanglah ada kalanya,  semua penonton macam tertipu bila tengok Kak Nita nangis u olls.  Sedih kan?  Aku pun sedih. Tapi bagi i olls,  menangis tu tak penting.  Tapi apakah yang Kak Nita nak respon pada cerita-cerita makcik yang sedih itu.

Contohnya,  kalau makcik itu menceritakan tentang dia dah teruk kena pukul-pukul dengan suaminya yang monster sebab suka memukulnya di rumah selama 25 tahun berkahwin.  Kak Nita seharusnya melengkapkan skrip perbicaraannya dalam rancangan ini dengan berkongsi fakta-fakta kes domestik violence kat Melesia ni atau sebagainya.  Barulah gempak u olls.  Nampak yang Kak Nita membuat research dengan sepenuhnya.  Tapi ini,  bila makcik tu verver merembes air mata sambil berkata "Akak sedih u olls....Dah 25 tahun akak asyik kena pukul jer,"

Pastu Kak Nita pun akan ulang balik dan berkata "Oh.....akak sedih yer.  Kami pun sedih....,"





Haruskah ulang u olls?  Itulah pandangan ringkas i olls tentang mengapa rancangan Anita tu tak menjadi.  Tak sempat masuk musim kedua,  tiba-tiba Kak Nita buat heboh dengan rancangan KWEK MAMBO bersama Anita Sarawak.  Siap menari-nari bengkok atas pentas.  Aiyo...lepas gian ka cover malu Kak Nita sebab talk show tak jadi?



Jadi,  kesimpulannya di sini.  Orang Melesia lebih suka tengok Kak Nita menari daripada Kak Nita bercakap. Okay?

Okay,  kembali kepada topik asal.  Nampaknya,  Oprah tetap akan berhenti membuat Talk Shownya meletops.  So,  kita semua haruslah reda dan membiarkan dia dengan keputusannya itu.  Come onlah.  Janganla sedih.  I olls janji,  pasni akan datang seorang lagi icon wanita yang berani,  unik,  VOUGE,  santek,  pandai,  funny,  creative,  berbakat,  dan cukup hebat untuk menggegarkan dunia dengan Talk Shownya.

Wanita itu,  tak lain tak bukan...Jumie Samsudin.

Haruslah,  kalau Jumie Samsudin yang membuat Talk Show itu yang datang memenuhi studio rakaman adalah adik-adik dan anak-anak ayam yang woman - wanna - be!!  GETOOOOO!!  Dan seharusnya,  artist undangan pertama yang aku nak jemput ialah idola ku,  Ms.  Reez Berry a.k.a Kak Senduk!!  And topik-topik yang akan aku ketengahkan adalah seperti "Laki mu,  laki ku juga,"  "Air Berudu di Mulutmu," "Are you top or bottom?"  atau "Bila Kak Tina and Mona Fendi bersatu!!"

Wahh....KELAS KAK MARIA!!!

Okaylah,  i olls nak pergi contact orang Astro ni.  Kot-kot lah ada yang nak lobi i olls buat talk show. 

Bye.................VERVERRRRRRRRRRRRRRRRRRR.

1 comment:

  1. u mmg diva la jumie.. malatop... hahaha.. gelak guling2 kat ofis bc entry u..hahahahaha:)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...