2.12.09

Pengalaman Derma Darah Buat Pertama Kalinya

Sejak dahulu lagi,  aku amat menghormati dan amat admire dengan bapak i olls iaitu Abang Manap yang merupakan seorang yang amat rajin menderma darah ketika waktu mudanya.  Apabila ada kelapangan,  beliau memang suka pergi menderma darah di hospital dan sudah banyaklah dia mendapat sijil penghargaan daripada pihak hospital.

I olls tak pernah menderma darah.  Memang teringin tetapi tak tau macam mana nak buat sedemikian di hospital kerajaan atau mana-mana pusat derma darah.  Dan kalau pun dorang ada buat di dalam USM ini,  macamlah kita boleh pergi waktu pejabat untuk merembeskan darah sesuka hati kan?  Satgi ada pulak yang naik darah di dalam pejabat ku itu.

Maka pada suatu hari,  ketika melawat saudara ku yang sedang sakit di hospital.  Kebetulan aku dan Abang Coco telah meniba lebih awal daripada jadual kebenaran melawat pesakit.  Maka,  Abang Coco telah memberi satu cadangan yang sungguh bagus iaitu mengajak aku pergi menderma darah.  Mulanya aku teragak-agak sebab takut tak cukup masa.  Tapi abang Coco kata,  tak lama.  Sekejab sahaja.

So,  kami pun berketwok ke Pusat Derma Darah Hospital Pulau Pinang.  Memang senang nak carik. Dari pintu depan boleh nampak dah.  Pintu dia warna merah.  Apabila kami masuk,  ketibaan kami disambut dengan senyuman mesra oleh staf di situ.  Mereka menyapa Abang Coco penuh mesra.  Haruslah!  Abang Coco memang regular kat sini.  Syabas abang!!  Kata abang Coco "Kita duk mai sini tak sombong,  orang pun layan la kita baik.  Cuba kita mai sini pun duk buat sombong kan?  Orang pun malaih nak layan,"  kata Abang Coco dengan sleng Canglun + French nya.

Ini lah Abang Coco.  Dia seronot tengok Video Clip Micheal Jackson kat TV.  Dia kata meletops. 



Sebagai orang yang baru pertama kami ingin menderma darah,  senang jer prosedurnya.  Mula-mula kena isi borang kajiselidik yang mentanyakan beberapa soalan penting sebagai bakal penderma darah.  Tak banyak.  Sikit jer.  Dorang nak tau tentang sejarah kesihatan u olls.  U olls ada sakit kronik ka tak?  Pernah derma darah tak?  Aktiviti seksual u olls.  Kalau orang yang suka bertukar-tukar pasangan,  atau mempunyai pasangan yang suka bertukar pasangan.  U olls tidak boleh menderma.  U olls boleh la tipu kan.  Tapi itu tanggungjawab u olls sebagai manusia yang berakal la kan? 

Abang Coco sedang mengambil berat badan.  Wah...katanya dah hilang 10kg!  GETOOO!!



Selepas mengisi borang,  u olls kena amik berat and isi dalam borang tu.  Pastu kena pi kat meja khas,  di mana seorang pegawai bertugas akan mengeTEST darah u olls jenis apakah.  Darah aku ialah A+.  Manakala darah abang Coco B+.  So i olls lebih pandai dari Abang Coco la.  Sebab markah i olls lagi tinggi.  AHAHAHA.

Kemudian, i olls pun masuk ke dalam bilik lain dan berjumpa dengan seorang doktor.  Dia akan mengambil suhu badan u olls dan jugak tekanan darah.  Sapa demam tak boleh menderma darah ok!  Datang hari lain.


Kemudian,  kembali ke kaunter utama.  Di situ,  borang yang kita dah isi tadi telahpun diproses dan kerani bertugas pun membagi kita sebuah kad buku berwarna merah.  Buku itu lah yang akan menjadi buku attandance u olls.  Jadual dan tarikh u olls datang menderma.






Selepas selesai proses pejabat,  barulah kita masuk ke bilik menderma darah.  Cantik u olls.  Bersih.  Wangi.  Kemas.  Sejuk.  Maka,  aku pun baring di katil yang disediakan.

Pose maut oleh Coco USM.  Sapa-sapa taste kat Abang Coco i olls,  boleh masuk meminang ok!



Kemudian,  seorang jururawat datang dan membuat tugasnya untuk mengambil darahku.  Kakak Nurse tu sangat baik dan mesra.  Dia tak marah pun aku ni sebuk duk amik gambak dengan Kak Berry.  Dia lagi tolong pegang beg darah untuk diamik gambar.

U olls.  Aku rasa macam kat wad nak beranak ja.  Bestnya...dapat baby!!


Ini bukan silap mata ok!  Memang betui betui cucuk masuk dalam tangan aku!



Orang tanya sakit tak?  Erm...sakitlah masa jarum tu nak cucok masok.  Tapi aku kuatkan semangat ok.  Ala....sakit lain boleh tahan kan? Sakit ni sikit jer tak buleh nak tahan.  Ngada la u olls ni.  Tahan la sikit.  Macam aku,  aku kuatkan semangat.  Tak mau tengok masa misi tu cucuk.  Tiba-tiba jer dah masuk jarum!!

Cumels kan depa bagi aku bola picit ni ada muka senyum!


Masa proses merembeskan darah ke dalam beg itu.  Kita kena genggam bola khas untuk make sure peredaran darah tu lagi laju.  Memandangkan aku adalah orang yang pertama kali menderma darah.  Flow darah aku sangat laju.  Boleh rasa macam ada benda berjalan dengan lajunya.  Masa tu,  aku tak henti duk senyum and gelak dengan Abang Coco kat sebelah yang baru teringat yang dia rupanya puasa hari tu!

Senyum tetap meletops...... Siries.  Tak sakit la.  Rasa macam biasa ja.  Pas rehat semua di sini,   aku tak pening atau loya apatah lagi pengsan.  Inilah membuktikan i olls seorang yang sihat.  Alhamdulillah.


"Tulah...abang punya eksaited nak bawak adik derma darah.  Sampai abang lupa abang posa hari ni.  Takpala noh.  Ni baru derma darah...kalau derma dara macam mana la noh abang eksaited kat hang adik?" KAH KAH KAH KAH...abang Coco USM duk buat lawak loklak lagi.  Kakak Nurse lain pun bersuka suki gelak dengan Abang Coco USM yang ceria itu.







Tidak lama selepas itu,  maka penuhlah beg darah i olls. Jumlah kandungan darah yang telah berjaya dipenuhkan dalam kantung ini adalah sebanyak 320ml.  Banyak tu.  Mungkin next time boleh datang and derma dua beg.  Sekarang ni,  1 beg dulu.

Proses pemotongan wayar darah. 
"potong..potong potong potong....potong potong..potong"







Selepas jarum dicabut dan sebagainya.  Aku pun rehat sekejab di atas katil itu sambil bermain SMS.  Kemudian,  aku dan abang Coco USM pun beredar ke tempat ruang rehat yang disediakan.  Kat situ,  kami dihidangkan Milo panas,  karipap,  roti and also kotiau goreng.  Makan free u olls.  Seronot tau masa tu.  Kami duk bergelak lagi tak berhenti.  Abang Coco ada ja benda dia nak mengusik orang yang keluar masuk kat situ. 





So itu sahajalah kisah dan pengalaman aku sebagai penderma darah buat pertama kali.  Kepada u olls di luar sana,  yang takut nak derma darah sebab orang kata kalau derma darah jadi lagi gemok.  Hey!!  U olls tak derma darah pun duk gemok jugak kan?  Sapa suruh tak eksesaiss...gemok la u olls!  Aku takper...gemok cumels!  HIHIHI...And untuk u olls yang takut nak derma darah sebab takut kena cucuk jarum..AIYOOO HARUSKAH?  KENA CUCUK LAIN U OLLS TAK TAKUT KAN?


Sekian,  dermalah darah.  Mesej ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pose terbaik dari Kak Janz.  Tak pengsan pun ok!  Still mantap pas merembeskan 320ml darah


ps/  marilah kita menderme dare - Samivelu

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...