23.12.09

[Personaliti Bulan Ini] Intan Suhana

U olls.  Wah….apa habak u olls semua.  Bulan ini, akak nak kenalkan PBI untuk bulan ini. Buat kali pertamanya I olls akan perkenalkan wanita tulen ok.  HEHEHE.  Ramai yang complaint Kak Janz,  terutamanya jantan la.  Naper akak asyek letak jantan je?  Letakla perempuan pulakkan? 



Baiklah.  Sebagai tanda kasih sayang I olls untuk semua pembaca belog

Jumie Samsudin,  akak nak perkenalkan Intan Suhana.  Adik –adik akak yang akak kenal sejak pertengahan tahun ini dalam satu pertemuan ringkas dengan kawan-kawan.  Manis dan sungguh cantik budak ni.  Mulut pun manis.  Senyum ja.  Macam tu la cantik.  Janganla duk buat muka chong ja. 


Setengah perempuan cantik ni, sombong.  Senyum pun tak reti.  Tak macam Intan.  Selain dari cantik,  dia juga peramah dan lawak.  Okaylah,  I olls tak mau citer banyak.  Maka oleh itu,  marilah kita baca sedikit sebanyak mengenai Intan.


Intan Suhana  Minat dalam Bidang Tarian

Intan Suhana yang merupakan anak ke tiga daripada 5 adik beradik ini amat meminati bidang tarian sejak di bangku sekolah lagi u olls.  Tapi mula aktif dalam persembahan tarian di sekitar Penang bermula di tingkatan 1.  Paling seronot apabila beliau dapat menjadi sebahagian daripada pasukan team penari di Dataran Merdeka bagi persembahan Citrawarna Malaysia (Cuti-cuti Malaysia).  Walaupun dah boleh dikira terror dengan bentuk tarian tradisional kontem Melayu,  tapi dia paling minat sekali tarian Latin.  Kelas Kak Maria.  Kak Janz terror gak tarian tu.

Dulu la,  sebab selalu ikut sepupu akak iaitu JLo memergi praktis untuk Moving Colour Show.   Memang betui u olls.  Intan and I olls pun bersetuju,  tarian ini amat baik untuk stamina dan kesihatan tubuh badan.  Sebab dah macam work out kan?  Sebab tu lah penari –penari mempunyai body yang cantik.  Lentik ok.

Intan Suhana  Sayang Kucing

U olls tau tak. Intan jugak adalah anak Penang 50% macam Kak Janz.    Kami dilahirkan di negeri lain,  tapi dibesarkan di Penang.  Macam Intan dilahirkan di Perak Darul Ridzuan.  I olls dulu dilahirkan di Venezuela.  Sebab tu I olls punya IC 02 kat tengah.  Dia jugak penyayang dan peminat kucing.  Kalau cakap pengalaman jadi bidan kucing tu of course la pernah kan?  And dia jugak kesian kalau tengok kucing kat tepi jalan. 

Rasa macam nak bawak balik semuanya.  Bila ditanya mengapa dia suka kucing, dan bukan binatang lain,  Intan kata “Kucing ni istimewa.  Paling buat Intan sayang dengan kucing ialah apabila kita susah hati,  and sedih,  kita cakap dengan kucing,  rasa macam dia faham sangat apa yang kita cakap,” .  Kelas Kak Maria.  Akak mendoakan,  suatu hari kucing u olls akan cakap dengan Intan balik.  HEHEHE


Intan Suhana yang Singgel

Yes.  Anak ayam Kak Janz ini masih singgel.  Kenapa?  U olls tak caya perempuan cantik macam kami masih singgel. (Marah En.  Khafi kalau baca stetment akak ini).  Bagi Intan,  dia bukannya memilih tapi buat masa ini mungkin belum jumpa yang berkenan di hati.  Wah…Kelas Kak Maria. 

Intan cakap,  HAH…JANTAN JANTAN SEKALIAN YANG SUKA BACA PILIHAN PBI BELOG KAK JANZ BULAN INI SILA AMIK PEN DAN KERTAS DAN SALIN APA YANG INTAN NAK CAKAP NI – Intan mencari seorang lelaki yang boleh dijadikan teman,  memahami,  boleh bertolak ansur,  romantic dan cool.  Rupa tu bukanlah perkara utama.  Yang penting sedap mata memandang.  Betui la Nok.  Mata kita jugak nak tengok kan?  Tapi jangan hemsem dan jambu sangat Noks.  Nanti matilah hang.  Kena bersaing dengan para Che Ki yang menanti dengan tangan terbuka.  Tak kira lagi PLU PLU yang menanti dengan mulut terbuka.



Ucapan khas untuk semua pembaca blog Jumie Samsudin  : 
Intan ingin mengucapkan salam penghargaan kepada Kak Jumie yang sudi memberikan kesempatan kepada Intan untuk jadi PBI Wanita pertama dalam belog Kak Jumie.  Saya harap jugak lepas ni,  lebih ramai wanita dan gadis-gadis

yang berani tampil untuk jadi PBI Belog Jumie Samsudin.  Kenapa nak takut?  Kak Janz kan ada.  Sekian,  salam sayang untuk semua.  Jangan biarkan hidup kita ditindas oleh oran lain.  MUAX!!


Email / YM  :  amethyst8588@yahoo.com

Facebook Intan  :  Diamond Sapphire

3 comments:

  1. i lap intan payung daimen sapria cucuq keria...haha

    ReplyDelete
  2. singgah jap.. bosan2 singah le

    http://peribadiz.blogspot.com/2009/12/bercerai-kerana-facebook.html

    ReplyDelete
  3. "IC tgh 02= Venezuela... Yesss, aku org Venezuela rupanya... Gracias cik jumie... he he he...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...