30.12.09

Press Release | Jumie Samsudin dalam Majalah Rapi Januari 2010

U olls.  Ingat tak hari tu I olls kecoh-kecoh ke Shah Alam katanya buat photoshoot kat Karangkraf.  Mengamuk segala spisis mak ayam dan mak burung yang berada di habitat Shah Alam kan?  Sebab i olls bercemar duli tampa memberitahu sekelian keluarga bangsawan.  Kadang-kadang sedih u olls.  Bukanlah tak mau nak memergi kat u olls semua.  Macamlah i olls memergi ke sana ke mari naik burung sakti kan?  Atau limosin yang ada jakuzi dalam dia tu kan?  I olls musafir okay.  Menumpang orang.  Kena ikut la rentak orang.  Naik kereta kuda la.  Kereta lembu la.  Kalau kita pun kecoh nak suruh arah-arah ke sana ke mari,  nanti dayang -dayang aku terus panah petir kat I "Hang ingat hang sapa?"

So,  sekali lagi terpaksa bebel.  Kalau sapa yang nak amik -amik hati sebab tak dapat jumpa dengan u olls bila berada di kawasan larangan berkenaan,  i olls menghormati u olls.  Tapi i olls angkat bendera putih okay.  I olls terima semua cemuhan.

Okay,  sudah.  Tak mau membebel.

Baiklah,  seperti yang telah diwarwarkan maka i olls telah selamat dikeluarkan dalam Majalah Rapi Keluaran Januari 2010 muka depan iaitu Tiz Zaqyah.  Sila lihat muka surat 114. 



So jangan lupa untuk dapatkan satu naskah majalah ini dan potonglah gambak Kak Janz dalam majalah itu dan boh dalam frame.  Boleh gantung kat ruang tamu rumah u olls.  Paling elok kat tempat yang dekat dengan meja makan.  Mesti berselera u olls tengok gambar i kan sambil makan?

Kepada bakal adik ipar ku yang kini sedang membaca belog ini,  HEHEHE..."Naper Akmal..tak cayer ehk GF Abang Apis masuk dalam majalah?  Jangan tanya kat Abang lagi sapa Kak Janz ni sapa.  Tunggu nanti Akmal datang Penang,  kita kenalan ok,"  MUAH!!

Adik lelaki En.  Khafi,  my BF iaitu Akmal dah berapa kali tak senang duduk ni.  Duk asyik tanya sapa GF abang ni?  Sapa Kak Janz ni?  HEHEHEHE.....


Okaylah u olls,  dikesempatan ini,  saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang setinggi-tinggi kasih kepada BAPAK AYAM ku,  ABANG NAN yang telah melobiku untuk memasuk ku dalam majalah.  Terima kasih Abang Nan.  

Abang Nan merupakan make up artist dari Kuala Lumpur.  My bapak ayam,  my sifu.  Beliau memang banyak buat events dengan Rizman Ruzaimi okay.  So untuk u olls yang nak mendapatkan khidmat solekan,  wedding decoration,  pelamin,  hantaran atau wedding planner dengan Abang Nan boleh hubungi beliau seperti berikut.


ps/  Yang lain-lain jangan nak over add Facebook abang Nan sebab verver nak masuk majalah okay!  Hanya golongan bangsawan yang boleh.  Kan Abang Nan kan?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...