11.12.09

Saya Kenal Jumie!!!

Pada suatu hari,  abang aku iaitu Budie Samsudin telah ditugaskan untuk memberi Milo untuk event tennis di dalam USM.  Maka dia pun berada di dalam USM selamat seminggu lebih setiap hari di stadium USM kampus Induk memberi Milo kepada ahli sukan.




Abang aku ada juga datang membagi aku sebotol air Milo ais yang sungguh sedap (nakram unnguh) kat aku di office.  Dan aku yang sungguh mulia hati telah menge-share dengan semua pihak di pejabat aku ini.

Pastu,  aku pun berlepak dengan abang aku bersama Abang Manap and Kak Ede di rumah aku selepas pulang dari kerja hari itu.

Aku pun bersembang dengan Abang aku itu.

"Hang tau tak,  aku sembang dengan seorang pekebun USM.  Dia muda la.  Hari-hari pas dia buat kerja sapu-sapu. Dia nanti mai duduk kat lori Milo kami.  And then dia akan sembang dengan aku.  Dia muda lagi.  Aku tak ingat nama dia,"  cerita abang aku.

Aku mulai was-was.  Abang aku nak kenen aku dengan budak tu ka.  Ish...tau la adik dia ni janda kan?

"Pastu aku sembang dengan budak tu.  Aku kata,  aku ada adik kerja dalam USM ni.  Nama dia Jumie.  Hang kenai tak?" kata Abang aku pada budak itu.  Pastu abang aku pun sambung cerita dia.

"Pastu budak tu terus eksaited dengak nama hang. Terus dia angkat dua-dua tangan dia,  dia kata 'saya kenai-saya kenai'.  Aku sampai terkejut la.  Tak sangka hang popular,"  Aku terus membuat muka riyak yang melampau kat abang aku.  Haruslah!  VC pun nampak aku angkat tangan ok.  (Tu pun sebab aku angkat tangan dulu).

"Aku memang popular abang Budie.  Ramai suka baca belog aku ni," kata aku yang mula berperangai monyet berlagak nak mampus.

Pastu abang aku gelak kuat gila.  Dia kata "Satlaa...aku cita dulu.  Pastu aku tanya budak tu.  Hang kenai dia macam mana? Pastu budak teruih muka eksaited.  Siap dua-dua belah tangan.  And kata 'Jumie tu kurus-kurus kan?  Kecik-kecik kan?"


Budak tu angkat tangan muka macam ni!!!


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA...
NAKRAM UNGGUH!!



Pastu abang aku cita.  Dia jawab kat budak tu.  "Hang salah Joe.  Adik aku Jumie tu dia TAF!!"



Maka dengan itu,  percubaan budak itu untuk mendapatkan Milo free telah gagal.  Sapalah staff USM ni.  Dia mesti kerja kat Jabatan Pembangunan.  Teringin aku nak kenalan dengan dia. Dia ni hemsem ka? Umur berapa? Elok tak?  Kot kot la...dia ni hemsem macam tukang kebun Gabrielle Solis dalam DH.  GETOO!!!


ps/  Ada ka staff USM begini hemsem u olls?

10 comments:

  1. hahahahaha..kelakar la nokksss...ada plak yg kurus2 kecik2... :P

    awai pg ang dh buat aku gelak sakan! :D

    ReplyDelete
  2. cuba ko investigate..pastu snap pic mamat tu..tampal sini...hohoho

    ReplyDelete
  3. lawak betul, aku ketawa sampai staf mai jenguk kat bilik.. lawak pecah perut beb.. hahahahahha

    ReplyDelete
  4. seriusly!!!
    masa kami belum kenai ngan ampa.. kami slalu dgr nama ampa disebut oleh datin azura jaapar tu... 'jumie itu.. jumie ini..." dan kami terus bygkan yg ampa adalah seorang gadis yang SGT SHANTEKKKK dan KURUSS!!!
    dan bila pertama kali kita bersua muka direstoren pelita Juru, owhhhh!!! alngkah bezanya dr apa yg kami bygkan.. Tp.. kami TATAP SUKAAAA KAT AMPAAAA!!!!
    Sebab ampa suka gelak2 mcm kami jugakkkk... hehehhee

    ReplyDelete
  5. hehehehehe

    adakah entry ni paling lawak?

    entry lain bley tahan gelak lagi.. entry ni otomatik gelak sambil bg cOment k?

    ReplyDelete
  6. kalo ade yg sebegitu hensem..konfem akak ngorat dulu..hihi:-)

    ReplyDelete
  7. lawakla...hang telah membuatkan monitor pc aku bergegaq coz aku gelak kuat sangat kan....


    ahahahaha.....ahahahha....ahahahah...

    ReplyDelete
  8. jumie ni kerja kat mana ek.Saya pun teringin sangat nak kenaldengan Jumie. Saya duk di Desa Harapan.Sejak Cik Ani dah jadi arwah ni hidup saya kurang tak ceria la coz tak dapat makan free lagi. Jahatkan saya ni asyik nak makan Free je...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...