23.12.09

Stetment Puaka dari kawan -kawan Kak Jans

U olls.  Sepanjang 2009 ini. Aku dengan gigihnya telah mengumpulkan senarai beberapa statement puaka menyentap oleh sahabat handai  sanak saudara ku yang merupakan ahli keluarga kaum kerabat Bangsawan Sundalina.

Setiap kali u olls merembes satu statement yang membuatkan i olls tersentap dan dipanah petir.  I olls terus mencatatkannya.  Dan kumpulkan dalam notepad khas.  Kini dengan teknologi Kak Berry.  Aku akan terus mengumpulkannya.

Terima kasih kepada kalian semua.  Walaupun u olls anggap statement dan kata-kata simplistik u olls ini tiada erti dan adakalanya u olls telah lupakan,  tapi aku tidak pernah lupakannya.  Jadi di sini,  aku ingin kongsi dengan kalian semua.  Untuk tatapan dan renungan kita bersama.
  1. Manusia hanya boleh menilai binatang, yang menilai manusia hanya Tuhan saja - Kak Ketty @ Nur Hafiezah Norpeah.

  2. Kalau hang rasa hang tak cantik, ada lagi 10 orang tak cantik dari hang. Kalau hang rasa hang tu cantik, ada 10 orang lagi meletops dari hang! - Kak Ct D Amor @ Siti Mariam

  3. Mak kata, nak buat apa pun biak sederhana! Makan, tidok, marah, belanja, tengok tivi, even bercinta!! - Kak Ulie @ Julie Samsudin

  4. Masuk kandang kambing mengembek, masuk CLUBBING - KETWOK!! - Kak Janz @ Jumie Samsudin
  5. Cinta lahir dari hati yang tenang - Mak Janz @ Faridah Abdullah ketika menegur Kak Janz yang confused antara sayang dan suka!

  6. Orang yang pergi clubbing adalah lebih mulia daripada pengikut Ayah Pin!! - Abang Coco USM


  7. Take it or leave it.  Kak Baby @ Zarina Abdul Rahman

  8. Kawan yang baik,  dia kutuk depan.  Kawan yang babi dia kutuk belakang - Kak Janz @ Jumie Samsudin


  9. Kalau pondan pun tak taste hang,  jangan harap perempuan nak taste hang - Abang Coco USM

  10. Kucing pun tau malu.  Dia nak beranak pun pandai carik tempat sembunyi - Kak Edeh @ Mak Saya


  11. Biar gila,  jangan bodo. - Sam Styllo @ Hisham Ismail


  12. Cinta pertama yang hilang macam makan nasik goreng kat satu kedai tomyam.  Best and sedap gila.  Pastu layanan pun best.  Hang makan punya sedap.  Sampaikan bila hang dapat nasik goreng lain,  hang akan kata,  tak makan pun takpa. - Amed Miziko @ Tarmizi Jaapar.
ps/  Rembesan kata adalah lebih tajam dari pedang Ninja!

5 comments:

  1. aku suke statement yang "kwn baik kutuk depan, kwn B*b* kutuk belakang" haha

    ReplyDelete
  2. hahahahhaa.. nk putus urat rasa baca ni.. aduhai.. lawak sungguh.. nyway, u r d best blogger eva.. enjoy sgt bc entry2 u..

    keep it up!!! caiyok! caiyok!

    ReplyDelete
  3. u klu setakat dia sorang yg tak nak kwn dgn u,apa nak kisah sbb ramai lg yg nak kwn dgn u kan!!!dan u pun dah berjaya mengumpul peminat u sendiri tau...

    ReplyDelete
  4. statement aku hang tak tulis pun..

    "relakan pemergianku, sebelum aku ditinggalkan"

    Cehh.. aku tak ingat ayat penuh aku bagi kat hang.. tapi bunyi lebih kurang mcm ni la.. hehehhe

    ReplyDelete
  5. haa..kluaq jugak posting ni..
    gaygeh aku tggu..hahhaa...
    syabas bette..syabas..!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...