15.12.09

Tahi Bintang Ku Sangka Langsiak

U olls.  Semalam setelah menghantar En.  Khafi membalik Kuala Lumpur semula untuk sambung bekerja mencarik duit untuk duit hantaran aku yang dijangka beribu-ribu,   maka aku pun membalikkan diri dengan hati yang hiba dan sedih.  Duk terpikir macam-macam dalam kepala hotak ini,  dan antara yang paling banyak i olls pikirkan ialah soalan beliau ketika dalam kereta iaitu "Ya suka cincin ada batu ka takdak batu?"

Akceli nak letak gambak langsiak.  Tapi nanti takut kena maki buta dengan Kak Syaz.


Dalam banyak-banyak dia tanya aku,  soalan itu lah yang paling penting ok.  Haruslah!! Sapa kata anak mami ja gila emaih?  Ni anak Bawean lagi suka pakai emaih gantung-gantung tau.  Memang sapa jadi laki aku punahlah duit bonus every year kena perabih tambah rantai and gelang la kat aku.  Sebab nanti nak celen dengan Kak Ita,  Kak Ulie and Kak Ede.  Sapa punya rantai lagi labuh!!
Tiga wanita ini mewarisi minat dan hobi Kak Edeh iaitu mengumpul gelang besak and rantai labuh emas!!  Tapi apa pun,  selalu Kak Ita la yang menang.  Dia kaya.



Pastu tengah aku mendrive kat depan Masjid Negeri,  aku ternampak satu cahaya warna putih.  Terang.  Besar.  Dia shoot laju ke arah Bukit Bendera.  Aku terkejut u olls.  Mata dah sayu terus jadi terang.  Pastu aku terus tutup radio.  Ingat macam nak bunyi meletop ka apa ka?  Kapal jet terhempas kat Bukit Bendera.  Pastu jet tu rupa-rupanya adalah alien yang membawa bencana kepada Pulau Pinang.  Aku dah mula merapu.  Verver jumpa dengan Tom Cruise and anak dia Dakota Fanning,  sama-sama lari menyelamatkan diri dari ancaman alien. 



Tapi bila radio dah tutup.  Sunyi ja dalam kereta akak.  Takder pulak bunyi dentuman!  Aku dah mula seram sejuk.  Dan terus memecut membalik ke rumah.  Mandi.  Cuci kaki.  Pastu betulkan cucunda aku tu.  Lisa ni tak pandai jaga anak lagi.  Yelah,  dulu pun mana ibu kandung dia pernah jaga dia. Aku and Cakcing yang jaga dia.  Semalam,  aku cuci mata anak-anak dia.  Tetek Lisa pun aku yang cucikan.  Dia tak pandai nak bersihkan diri lagi.  Dia ni,  macam very young lagi.  Pas bagi tek kat anak,  dia akan pi main dengan Ita lari-lari hambat habuk terbang.  Pening pala aku tengok anak aku ni.....Nantikan nanti aku akan buat press release cucu cucu Kak Janz. Meletops okay!


Kembali pada citer lampu itu tadi.  Aku pun mengepi kerja pagi ini,  and aku duk SMS dengan En.  Khafi.  Dia duk kata apa aku nampak semalam is hantu langsiak.  Sebab semalam masa dabel date dengan Wombose and Kak Gamz,  kami duk cita antu.  Wombose duk cita,  dia guna alasan nampak hantu untuk tidor sekali dengan roomate dia.  Ser la hang ni Wombose.  Depan laki aku pun ang nak bagitau hang dulu PLU.


So pagi ini,  ketika membawak kereta.  Aku and Baby Chin pun duk bincang pasal apa yang aku nampak semalam.  Dan kami pun membincangkan tentang number-number yang terlibat dalam peristiwa semalam.  Baby Chin memesan agar aku tidak lupa forward SMS number-number yang terlibat kepada dia.  HAHAHAH.

Kemudian,  aku sampai kerja.  Aku sembang dengan boss aku Dr.  Siva.  Dia kata "Itu bukan hantu lah.  Itu meteor.  Semalam ada meteor shower.  You pi la Google.  Jangan pikir nak beli number ekor ja,"  terus rasa macam kena petir dengan boss aku.  HAHAHAH.  Aku ingatkan dia semangat 1 Malaysia.  Aku tak boleh berjudi.  Berdonsa.  So nak bagitau la no IC aku,  no keta aku,  kot -kot Dr.  Siva nak beli number ekor.  HAHAHAHA

Pastu aku pun Google search meteor shower 2009.  Maka tepatlah kata Dr.  Siva,  semalam merupakan fenomena hujan metoer bernama Geminid yang berlaku antara 13 dan 14 December 2009 sekitar jam 12 hingga 2 pagi.  Untuk peminat angkasawan dan dunia-dunia alam angkasa ini,  fenomena hujan tahi bintang Geminids adalah Year End Event yang ditunggu-tunggu oleh semua! 

Thanks Dr.  Siva.  Akak belajar banyak benda baru hari ini.  Antaranya  :  Jangan duk hasut orang beli number ekor.  Berdonsa!

ps/  U olls rasa akak dapat cincin batu ka cincin takdak batu? 
Inilah dua cincin Kak Janz yang sungguh meletops.  Yang besak tu tajuk dia "Cincin Mahkota Miss World" yang lagi satu "Cincin Simpulan Hati Yang Berliku".  Ada lagi satu cincin aku yang diberikan oleh Kak Ede iaitu bertajuk "Cincin Ahli Sihir" dia ada batu berlian seketoi.  Design klasik.  Tak leh dapat dah design tu.


1 comment:

  1. Salam...
    Jumie, bestnya dapat tengok meteor.. salwa konon2nya nak tunggu jugak, tapi tertidoq awai, terlepas la pulak... huhu...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...