4.1.10

2010 Sexy Strategy - Azam dan Impian Tahun Ini

U olls.  Selamat datang ke Belog Jumie Samsudin untuk tahun 2010.  Wah...dah lama cuti kan?  Mesti u olls semua dah bertambah sekilo dua.  Sama la dengan akak ni.  Jenuh duk kena makan nasik kenduri ja.  Sampai kawan-kawan pun tegur,  awat muka hang cekang semacam?  Hang pakai botox ka?  Aiyo...sangat kurang ajar kan?  I olls memang dah gumuk sikit.  Sebab musim kenduri ni.  Dah alang-alang memekap orang.  Takkan nak balik terus kan?

Baiklah,  marilah kita sama-sama memulakan rembesan hati pada hari Senayan pertama di office pada tahun 2010 ini dengan mengeshare my 2010 Sexy Strategy - Azam dan Impian Tahun Ini!!


HOTTER SOCIAL LIFE
  • Kurangkan kontroversi dan permusuhan!  Memang susah untuk nak hilangkan terus.  Sebab sebagai seleberiti,  ramai yang sangat zeles dan dengki dengan aku.  So kena lebih banyakkan semangat "ADA AKU KESAH?" dan buang semua negativity yang mengikat kaki aku dari terus terjerumus dalam kisah-kisah anjing.  Kita kan Bangsawan kan?
  • Menghadiri semua jemputan yang telah dijemput oleh para rakan-rakan!!  Terutamanya kenduri kawen,  sebab tak lama lagi i olls pun dah nak kawen kan?  Nanti u olls merajuk tak mau mai kenduri aku pulak!
  • Mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada semua kawan-kawan saya!  Beli hadiah atau belanja makan!!  Hargai mereka dengan seikhlasnya!  Tampa u olls...siapalah Jumie ini!

BIGGER BANK ACCOUNT
  • Go 200% concerntration on THO Red Gincu!  Nak make sure we can profit the first 10k by the end of this year.  Go go go Jumie,  Cakcing and Taq.
  • Hapuskan semua hutang-hutang ku!
  • Tak bergantung pada gaji kerja sahaja!  Pasif income yang lebih meletop!  Kerja kena kuat dan jangan malas-malas lagi.  Focus is the key!
  • Merealisasikan jumiejumie.com dengan profit yang sungguh memasyukkan.




FABOLOUS VACATION ALBUM

  • Redang Island
  • Perhentian
  • Sibu Island
  • Sipadan
  • Kundasang,  Sabah
  • Italy
  • Bawean,  Indonesia
  • Bali,  Indonesia
  • Cambodia
  • Taipei
  • Jordan
  • Singapore
MORE BEAUTIFUL ME
  •  Keep up with my diet and workout!  Kena maintain my berat badan.  
  •  Mengamalkan supplement dan makanan tambahan kesihatan mengikut jadual yang ditetapkan!  Kena lebih disiplin.
  • Jangan kedekut kongsi rahsia kecantikan.  (CANTEK KE?)
  • Senyum selalu dan tidak suka marah-marah.
  • Banyakkan sedekah dan amal jariah disamping ibadah wajib!!
  • Kurangkan negativity seperti buruk sangka,  dengki dan mengadu domba!!
Wedding Of The Year


  • Merealisasikan projek Wedding Jumie Samsudin dan Kamarul Hafiz Omar.
  • Buat proposal perancangan wedding terhebat sebelum kami present kat mak bapak kami untuk dapatkan restu dan penetapan tarikh. 
  • Merancang belanjawan yang paling sesuai dengan budjet kami di samping memastikan semua yang kami sayang dapat berkongsi kebahagiaan di hari gumbira ini.
  • Melancarkan 100 hari menjelang perkahwinan Jumie dan Khafi melalui blog kami - http://khafilovesyaya.blogspot.com/ (Still PRIVATE u olls)

Azam tahun lepas  :  Azam dan Impian Tahun 2009


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...