22.1.10

Dari Lensa Kak Berry Januari 2010

Hai u olls.  Erm.  Sejak dilancarkan segmen yang dinamakan Dari Lensa Kak Berry,  I olls makin semangat mengambil gambar-gambar menarik yang i olls sempat amik sepanjang hari-hari biasa u olls menjalani rutin harian i olls ini.  So,  sampai tarikh hari ini Januari 2010.  Inilah antara yang menarik untuk dikongsikan bersama u olls semua.  Ingin diingatkan,  tiada sebarang penipuan atau tambahan grafik yang berlebihan kecuali memasukkan nama belog i olls ini.  Semua ini adalah i olls nampak sendiri bersama Kak Berry.

Gambar 1

U olls.  Lawak tak mak cik ni naik beskel?  Siap memakai helmet okay.  I olls amik gambar ni masa tengah membawak kereta pagi-pagi area Batu Lanchang,  nak amik Baby Chin.  So u olls semua,  contohi la makcik ini yang sungguh mementingkan keselamatan jalan raya ok.

Gambar 2
U olls ingat tak anjing yang i olls cerita bulan lepas?  Yang selalu ada kat tempat tu,  tunggu i olls lalu.  Baru dia akan bangun dan ketwok pi tepi.  Macam nak bunuh diri ok.  Ini gambar kedua yang i olls dapat rakam.  Dia siap tidok lena ok.  Tak caya,  tengok gambar anjing ini bulan lepas.  Please click here.

Gambar3

Hari tu i olls makan dengan budak ni.  Kawan i olls la jugak.  Tak padan dengan kurus.  Verver nak makan nasik goreng dengan banyaknya.  Pastu sambil makan,  duk cerita sana sini.  Macam dia lah paling tercantek kat dunia yang fana ini.  Pastu sekali,  dia duk koih nasik tu,  terpelanting teruih semua nasik dia.  Jatuh berterabok atas meja.  Akak malu u olls!!  Akak ragu-ragu nak keluar makan di khalayak ramai bersama wanita itu lagi. 

Gambar 4

Otter ka alter?  HAHAHAHAH.. U olls pikirkan lah sendiri ok. 

Gambar5

Kasih Ah Tok and Daniel.  Ini bapak i olls,  Abang Manap dan cucunya,  Daniel,  anak abang aku.  Daniel sangat cumels dan tak takut dengan sapa pun.  Sapa pun nak dukung dia,  dia akan nak ikut.  Tapi satu ja orang dia takut.  Iaitu Ah Tok beliau.  Ini gambar i olls rakam,  Ah Tok tengah pakaikan kasut kat kaki Daniel.  Muka dia sangat tahan menangeh okay.  Cumels kan?

Gambar6

Inilah rusa Abang Santa yang telah disumpah menjadi patong berbentuk rumput.  Kesian,  aku sedih melihat patong-patong ini.  Siries comels.  Aku tanya kat Cakcing,  boleh tak aku beli dan letak buat hiasan kat rumah.  Adik aku macam nak tampak muka aku.  Tapi dia kesian.  Kesimpulannya,  aku tak beli pun adik Rusa ini. 

Gambar7

U olls yang duduk kat Alamanda dan Kuala Lumpur dan kawasan yang sebandar dengannya,  inilah suasana kampung ok.  Nyiur melambar.  Ini adalah gambar yang i olls rakam masa mengepi kenduri tunang kawan i olls di sebuah kampung terpencil di Balik Pulau,  Penang.  Pokok nyiok sungguh banyak dan tinggi-tinggi belaka.  Sungguh cantik.  Dulu i olls kecik-kecik,  ada banyak pokok nyiok spisis ini kat dalam kampung.  Tapi lani dah takdak,  sebab orang tak suka tanam.  Dia tinggi sangat.  Susah nak amik buah dia.  Macam mana nak amik,  kera pun takdak.  Diri sendiri pun jadi kera,  tak sedak diri kan?  Aiyoo....choi la u olls.

Gambar8

Sapa nak join?  Ini gambar i olls rakam kat rumah sepupu i olls.  Dia memang mengamik upah mengasuh anak-anak sepupu sapapat kami.  Memang rumah dia hari hari meriah sebab ramai budak budak okay.  Murah rezeki dia.  So,  masa i olls singgah hari itu.  Aktiviti anak-anak itu pada hari itu ialah,  memandi di dalam kolam mandi pelastik.  NAK JOINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!

Gambar9
Ni patong Micheal Jackson kat depan Hotel Hardrock Penang.  Dia warna putih dan pose duduk atas kerusi macam patong besak Abraham Lincoln kat US tu.  I olls amik gambar ni.  Sebab nampak macam muka kawan i olls,  nama dia Faizal Tahir.  Tiba-tiba FT jadi kawan akak kan?  Overlah......

Gambar10
Permandangan kereta Kak Andam Jumie,  seminggu sekali,  i olls akan cuci semua span yang i olls pakai.  Guna sabun,  then rendam dalam Downy.  And then bila masa parking, i olls jemurlah.  Bagi kering.  Pernahkah u olls cuci span dan puff yang u olls pakai?  Kalau tak pernah,  cuba u olls bau span u olls tu?  Semerbak tak?

ps/  See u February dengan gambar yang merapu rapi.  Sekian,  I love u olls.

1 comment:

  1. Kak Berry, ni ada baju banyak2 colors utk Kak Berry pakai. hehe.. kasi matching dengan Cik Tuan Punya Berry. cuci lah mata

    Blackberry Silicone Skins @ http://anggunnya.blogspot.com/search/label/Blackberry

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...