25.1.10

Jumie Samsudin Live in Hardrock Cafe Penang

Sabtu,  23 Januari 2010 - Jumie Samsudin mengakhiri tournya bagi tahun 2009/2010 dengan mengadakan persembahan akhir beliau di Hardrock Cafe semalam.  Persembahan beliau telah diiringi oleh band Hybrid.  Antara penyanyi jemputan lain yang turut memeriahkan persembaham ialah Man Kidal dan juga seorang pemain gitar muda berusia 15 tahun dari Australia.

Dari kiri,  Jam Adjimuddin,  Man Kidal menunjukkan aksi dan kehebatan mereka.


Dari kiri  : Jonet Aljuned,  Man Kidal dan Jumie Samsudin

Para penonton yang terdiri dari peminat tempatan dan antarabangsa di Hardrock Cafe pada malam itu berasa sungguh terhibur dengan kemunculan Jumie Samsudin yang tampil sederhana tetapi selambak dengan cocktail dress warna merah paras lutut. Dia yang menyanyikan lagu "Bring Me To Life" dari Evanesance telah mendediketkan lagu itu untuk kekasihnya yang tidak dapat bersama-sama beliau pada malam itu kerana urusan di Kuala Lumpur.  Mereka dikhabarkan akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi dalam sebuah majlis tertutup dan ekslusif.





Penaja utama Konsert Jumie Samsudin | I Am Kak Janz Tour 2009/2010 iaitu Kmak Clique Sdn. Bhd di bawah naungan Mr.  Edros Wombose Zubir berasa sungguh berbangga dan berpuas hati kerana hasil penat lelah mereka merantau ke satu Melesia telah berakhir dengan suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan.  Mr.  Edros bertanggungjawab penuh ke atas kemunculan Jumie Samsudin di pentas Hardrock Cafe malam itu.  Beliau juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga Kmak Clique yang turut bersama-sama memeriahkan Konsert Jumie Samsudin | I Am Kak Janz pada malam itu.

Antara aksi-aksi peminat fanatik Jumie Samsudin.






Dalam temubual ekslusif selepas persembahan,  Jumie Samsudin mengulas 
"Overlah kau nak temuramah aku.  Nasib baik aku tak ting tong dan bagi pecah stage Hardrock tu.  Gila ka apa.  Dah setahun tak perform.  Tiba-tiba ampa pandai-pandai pi bagitau kat band aku teringin nak nyanyi.  Cilaka.  Aku memang la teringin.  Tapi aku dah la aku tak hafai sangat lirik lagu ni.  Aku merapu ja keriau ikut dan.  Nasib baik semua orang suka. 

Anyway,  thanks to Edros,  Zool,  Jay and Jinggo kerana bagi aku peluang ni.  And bagi aku semangat.  Aku bangga sangat sebab bagi ampa happy.  Memang aku takut gila,  takut buat salah dan malukan ampa.  Tapi bila tengok satu Hardrock bagi standing ovesyen masa aku nyanyi first line,  terus tiba-tiba aku rasa saka Beyonce dan Aretha Franklin masuk dalam badan aku.


Juga,  thanks setinggi-tinggi thanks to Kak Gamz kerana telah membawa saya keluar malam itu. Saya sungguh happy dan bahagia.  Dah lama tidak keluar dan bercemar duli.  Terima kasih.  Ya,  betui.  Takdak sapa boleh halang kita kalau kita nak jadi happy kan?


Hope pas ni dapat nyianyi lagi!!!!!!!! 

For more picture of us malam itu.  please click here.

ps/  Kak Janz and Kak Gamz mengharapkan agar Nonie Didi Dido dan Asmak Cicer tidak menjelesi kami dengan persembahan ampa dalam kotak karaoke itu dengan lagu Wali Band - Cari Jodoh.  Anak Kumalasa pun tak suka nyianyi dengan ampa.

2 comments:

  1. WE WANT MORE!!
    WE WANT MORE!!

    itu lah laungan berkumandang di hard rock cafe penang selepas nyanyian jumie..
    hahaha...
    lebih jeh...!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...