29.1.10

Personaliti Bulan Ini | Rusdi Redza

U olls. Apa habak semua? Dah makan? I olls tak makan lagi. Tapi rasa sangat lapak sangat. Nak masak tak larat sangat. Biasa la orang bujang. Nak masak makan sorang bek tak payah. Sebelum i olls merapu rapan dengan kata-kata onar ini lagi. Biarlah i olls memperkenalkan PBI bulan ini iaitu Rusdi Redza.

Kalau u olls pembaca dan pengikut i olls at Facebook mesti ampa tak asing lagi dengan nama my bro iaitu Rusdi Redza. I olls takdak adik lelaki kandung, ada Cakcing sorang ja. Cakcing is worm perempuan. Pengenalannya Rusdi merupakan salah seorang pelajar di PP Sains Kemasyarakatan tempat akak kerja ini. Maka dengan itu, i olls menjadi rapat dengan Rusdi ini. Sayang sangat kat Rusdi macam adik sendiri. Sebab dia seorang yang 'dengar cakap' dan menghormati orang. Senang cita, memang baguih kalau buat menantu.

Setelah berjaya mendapat ijazah dalam bidang Sains Kemasyarakatan (majoring Antropologi dan Sosiologi) maka kini Rusdi Redza sedang memberikan khidmatnya sebagai seorang volunteer di Petrosains KLCC. Bersempena sebagai PBI bulan ini, i got Rusdi to tell u olls tentang Petrosains ok. Let's Check it out.


Jumie Samsudin :  Sudah berapa lama bertugas di Petrosains?

Rusdi Redza  :  Permulaan bertugas sebagai volunteer di Petrosains bukan sebenarnya selepas berijazah, tetapi beliau telah lama berkhidmat ketika tahun I di USM lagi. Masuk tahun 2010 maka telah 5 tahun lamanya.

Jumie Samsudin  :  WOW. Lama jugak tu.  Kira macam kerja part time bila cuti semester la kan?  So.  apakah rangka kerja kamu di situ?


Rusdi Redza  :  Di Petrosains, terdapat 3 department utama iaitu PROGRAM,OPERATION & EXHIBIT. So saya ditugaskan dalam bahagian operation. Kalau dikutkan, operation ni sangat mencabar kerana ianya melibatkan operasi centre & juga khidmat pelanggan. Masalah-masalah yang dihadapi takkan sama dan kebanyakkan volunteer yang kerja di sini pun agak puaka mulutnya kerana kalau tak pandai bercakap ianya akan menambahkan lagi kesulitan dalam operasi. (Yelah..kalau tak pandai cakap, hang jadilah patung dinosaur kat Petrosains). HEHEHE

Jumie Samsudin  :  Verver la kan nak jadi dinasor.  Sudah. Shadap.  Soalan seterusnya,  apakah perkara paling seronok tentang kerja di situ?

Rusdi Redza  :  Menariknya disini, saya suka belajar dan aplikasikan balik dalam pengajian Antropologi dan Sosiologi saya di USM. Saya juga amat berbangga apabila department operation saya pernah menggondol Anugerah Khidmat Pelanggan Sains Centre Terbaik Dunia pada tahun 2007/2008. Selain itu, I can practice my English conversation skills which is important for all nowadays. One more interesting factor about working with Petrosains ialah one of the director pernah berkata, mereka bukan mencari sukarelawan yang bijak pandail. Tetapi mencari orang yang ingin belajar. Jangan terkejut kerana ada antara sukarelawan seperti kami adalah seorang lelaki yang telah berusia 65 tahun dan juga seorang OKU.

Jumie Samsudin  :  Betul ke noks.  Siries.  Akak pun kalaulah diberi peluang sangat nak buat kerja-kerja macam ni.  Tapi anak-anak muda sekarang ni,  kalau nak mencarik kerja sampingan suka yang dapat duit banyak dan tak banyak tanggungjawab.  Semuanya sebab budaya Astro Ria.  So,  uolls,  apakah tempat-tempat yang kamu dah lawati dengan PETROSAINS TEAM?

Rusdi Redza  :  Ini yang paling seronok nak kongsikan bersama.  Melalui Program Outreach Petrosains Volunteers Malaysia dah macam –macam tempat yang telah saya lawati termasuklah Jeli Kelantan, Langkawi, dan Tenom Sabah. Berkampung dengan orang asli memang menarik.

Jumie Samsudin  :  Apakah perkara paling berharga apabila berpeluang melihat anak-anak di kawasan pedalaman?

Rusdi Redza  :  Perkara yang paling berharga yang ingin saya kongsikan bersama ialah pendidikan kita sangat SUCKS. Kita terlalu melihat potensi orang yang dekat dengan kita. Just imagine, bukan nak pertikaikan isu kewangan tetapi anak orang asli lebih menghargai ilmu daripada orang Bandar. Mereka tak ada kemudahan seperti computer dan internet. Namun mereka tidak perlukan semua itu kerana mereka hanya ingin suatu system pembelajaran agar mereka dapat menimba ilmu pengetahuan yang selari dengan budaya mereka sebagai orang asli.

Kita tak boleh bagi mereka kerja rumah untuk jadi pandai, tetapi kena bagi diorang lagu karaoke lagu English untuk mereka memahami bahasa English. Walau methos ini sangat kelakat tapi iatulah yang patut difikirkan oleh sejumlah graduan Sains Kemasyarakatan. Diorang suka main, tapi diorang belajar dari apa yang diorang main. Oleh sebab itu, tiada satu geek atau nerd dalam kelompok diorang. Mereka sangat pemalu, oleh sebab itu kita kena bermesra dan ada body contact dengan mereka untuk memecah rasa kekok itu. Mereka sangat memuja orang luar seperti kita. Sebab itu saya amat sedih dan terkilan kerana masih ada antara kita yang mengambil kesempatan ke atas mereka ini.

Jumie Samsudin  :  Saya nak tanya berapa ramai kat sini ingat orang asli busuk? Sila angkat tangan? Jahat korang ni. Meh kita Tanya Rusdi pulak.


Rusdi  Redza  :  TIDAKK!!! Sebab diorang bau herba. Lagi wangi dari anak-anak orang kaya yang ngada-ngada cebok berak tak betul. Bau taik kering. So jangan prejudis dengan diorang. Diorang pun manusia seperti kita. Kena banyak lagi agensi yang datang beri bantuan kepada mereka terutamanya dalam pendidikan. Jangan terkejut kalau ada antara mereka yang UPSR 5 A tapi tak sambung belajar sebab tidak ada duit. Saya bercita-cuta nak buat liputan pasal masalah ini malah menubuhkan sebuah syarikat macam Petrosains juga.

Jumie Samsudin  :  Apakah perbedaan yang kamu dapat lihat antara budak bandar and budak desa?

Rusdi Redza  :  Perbezaannnya sungguh mudah. Orang Bandar tidak menghargai benda yang ada berbanding budak kampong atau orang asli. Penghartaan itu tak perlu ditunjuk dengan kata-kata, tetapi sikap menolong orang yang tidak pandai itu sangat diperlukan. Dan tak berlagak pandai dan sombong. Saya rasa zaman kanak-kanak kita pun tak macam ini. Saya ada teori macam mana budak budak sekarang boleh jadi kerek.

Atok diorang suka pukul bapak masa kecik-kecik. Then bapak berazam bila besar tanak follow cara atok sebab ianya sakit (KONON). Bila bapak tak pukul, anak sekarang ini naiklah lemak. Tambahan pula dengan kehidupan yang serba-serbi selesa. Hatta, lahirlah generai yang gampang.

Anak orang asli sama sahaja. Dari zaman atok, sampai cucu cicit semuanya kena hentam. That’s why depa tak segan dengan orang luar. Ada perasaan malu. Ada perasaan JANGAN SUSAHKAN ORANG.

Jumie Samsudin  :  Pengalaman paling tak dapat dilupakan?

Rusdi Redza  :  Saya ingat lagi satu famili from Sabah, kekwat ngutuk Petrosains ”Such a lame place”. Ceh, baik ko jumpa Tun Dr. Mahathir Mohamed then ko macam tu bersama sedikit ludah. Ada berani? Sedangkan Professor from Yale menyembah kitorang, ko plak nak perasan bagus kt sini…poodah!!

Jumie Samsudin  :  Apakah saranan yang kamu boleh katakan kepada mereka yang tak pernah berkunjung ke Petrosain?

Rusdi Redza  :  Saranan saya ialah kalau nak melawat datang beli tiket awal-awal kerana sekarang kami mulakan operasi seawall 9.30am. Bawalah anak-anak anda semua. Tanamlah rasa cintakan ilmu.  Jangan asyik duk suka latih anak-anak tengok Astro Ria ja. 

KELAS KAK MARIA!! SHABAS RUSDI REDZA.  AKU RASA APA YANG DICERITA INI SUNGGUH BAGUS DAN MEMBUKA MATA SEMUA KITA.  MEMANG KAK JANZ SUKA SANGAT STETMENT BEGINI,  BIAR LOPAH TETAPI BERISI DAN PADAT.  JANGAN DUK SUKA OVER SANA SINI CERITA PASAI HANDBAG KASU MAHAI SAJA. 

Baiklah,  sekarang ini. Marilah kita sedikit sebanyak berkenalan dengan Rusdi Redza.

Nama :  Rusdi Redza

Umur  :  24 tahun
Adik beradik  :  Anak sulong dari 4 beradik
Tarikh Lahir  :  14 Januari 1986
Tempat kelahiran  : Seremban Negeri Sembilan

Apakah ciri-ciri pasangan hidup yang u olls carik.
  • Yang tak busy (Aku tak faham busy mcam mana.  Ampa kena tanya dia sendiri)
  • Faham perangai saya
  • sedap mata memandang
  • berakal(saya suka merepek,so nak yg akademik gak)
  • saya turn on ngan English dialect Yorkshire…meleleh saya dgr.
  • manja
  • tak mudah marah n pandai control marah saya.(yelah,kalau pemarah gak,cepat jatuh talak)

Apakah hobi u olls di masa lapang.
Hobi saya ialah melancong(tp jarang melancong) dan juga karaoke n watching movies.




Minat u olls dalam bidang nyanyian, apakah perkembangan / project terbaru?
Memang minat menyanyi,rasanya mcm nak berhenti kot,  tapi my best friend Azren tak bagi.  Sekarang ini,  ketika lapang saya more into compose lagu (jadi hobi baru) Dan kalau ada rezeki,saya just nak persue my dream,wat album sendiri,  guna duit sendiri,  just bagi kat sesiapa yg minat kat muzik saya.  Takyah jual-jual.  Perancangan dah ada,  baru 12 %...Just tunggu.


Siapakah idola/inspirasi kamu untuk terus menyanyi?
Idola menyanyi takder kot because saya selalu berubah. Tapi saya menyanyi sebab 3 individu dalam dunia ini iaitu Shahrizal.  My best friend yang banyak bagi motivation saya yang jugak Juara Bintang USM 2007.  Jumie Samsudin,  Juara Bintang USM 2008.  Masa saya down dengan famili dialah orang yang tolong saya.  Nor Farhaniza Azrin,  kawan baik saya yang setiap kali asaya ada show kat USM dia yang akan make up saya.  Saya rindu part itu.  Setiap kali saya menyanyi,  saya ingat 3 nama ini. 

~~ Akak merembes air mata.


Kalau diberi peluang untuk buat concert, kat mana? Dengan sapa?
Buat concert,  kalau saya sahaja pelik kot.  Saya cari tempat yang tak sebesar PWTC tetapi tempat kecil.  Pastu pilih sendiri 100 peminat bertuah dan 50 seat untuk kengkawan atau indicitu yang bermakna dalam hidup saya.  Then perform dengan budak-budak amatur.  Sebab bagi peluang kat diorang nak berduet.  Tak payah nama besar,  panggil Jumie,  Raes dan group adik saya.  Tapi nama saya kena la meletop.  Bagi orang pandang,  kalau nak artist gak saya nak panggil Ella.

~~ Nok...nama akak besar ok.  Jumie Samsudin.  Hang berani buat statement berani mati macam tu kan?

Mengapa u olls suka baca belog Jumie Samsudin
I suka baca Belog Jumie Samsudin because its related with life,  love,  friendship,  fantacy,  critics,  human,  nature,  food,  music, cultures  all in one.  Bila baca blog hang,mcm kita bersembang dekat je.  Maknanya,  hang mmg tulis from hati.

Ucapan kepada semua pembaca belog Jumie Samsudin :
To those readers,  yang dekat ngan Penang.  Tolong jaga kakak saya sorang ni!  If anythings bad happen on her,  saya tenggelamkan penang tu.  hahaha..kidding!  By the way, hope u sukses in all the things you persue.  Love u…and please make her blog no 1 in MALAYSIA..ok!!

Akak merembes air mata lagi.  Thanks Rusdi. Tatkala membaca semua teks jawapan yang hang emailkan ini.  Aku rasa macam sungguh teruja.  U saw things yang aku tak nampak.  Pada persekitaran kita,  dan juga diri aku.  So,  sebelum akak pergi lebih jauh dengan verver hati ku yang penuh onar ini kepada anda yang ingin berkenalan dengan Rusdi,  here are his information.  Kalau nak tengok siapa diri seseorang itu,  tengoklah siapa kawan-kawannya. 

Rusdi Redza on Facebook  :  http://www.facebook.com/rusdiredza
Email and YM :  rushdy_redxa@yahoo.com

Blog  :  Rusdi Redza

6 comments:

  1. lama siot tak pegi petrosains...haha...dulu penah la pegi skali...

    rasa tamau balik. sebab tak abeh explore. tapi ex aku sibuk2 ajak balik. dia kata bosan. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

    ReplyDelete
  3. Ye.. Inilah ketua pengawas sekolah saya tahun 2005..
    Rusdi Redza..hhahha

    ReplyDelete
  4. ya betulllll ... memang betul! ekceli ... pj have been reading blog jumie sejak i think sejak bulan 9 kot ... terserempak blog ni secara tak sengaja masa cari bahan. memang macam ada magnet yang menarik kita terus mengikuti perkembangan jumie. kekadang ada jugak rasa macam nak share isu yang jumie bangkitkan tapi ... maaaaaaaaluuuu (style memalu kucing) ... ahahaha .. anyway ... salam perkenalan ... can just call me pj, la ni dok kat penang ... jadik penang celup sat ..

    ReplyDelete
  5. Gila ensem sial...AHahaha... Ak pon kawan gak ngan Rusdi Redza nih..ahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...