14.1.10

Perubahan Lepas Kawen

U olls.  Tahun 2009 ramai kawan-kawan rapat aku yang dah kawen.  Alhamdulillah,  walaupun serba ringkas tapi majlis berlangsung dengan meriah di samping mereka dapat mendirikan masjid dan diberkati hubungan mereka.  Tapi aku ingin kongsi di sini,  terdapat suatu perubahan yang aku lihat berlaku dengan samanya kepada semua kawan-kawan aku itu.  Ya,  mereka telah bertukar dari wanita ting tong yang kaya dengan pengalaman cekcur kepada wanita muslimin yang matang dan tenang percakapannya.

Kalau dulu,  aku kata,  "Sorry u olls.  Busy minggu ni.  Tak sempat nak kontek hang.  Perniagaan cekcur maju sekarang,"

Maka dulu,  dia akan jawab, " Wah...bagus.  Macam ini lah anak-anak mak.  Maju dalam bidang dicabori.  HAHAHAHA," 

Tapi sekarang,  bila aku berkata,  "Sorry u olls.  Busy minggu ni.  Tak sempat nak kontek hang.  Perniagaan cekcur maju sekarang,"

Maka sekarang,  dia akan jawab dengan senyuman.  Tunduk.  Dan tidak menjawab sepatah haram.  Membuatkan aku terasa seperti halilintar yang memecah bumi.



Aku merembes air mata.  Ya Allah,  aku berdoa agar aku menjadi seperti saudari-saudari ku ini selepas bernikah nanti u olls.

Kata kawan ku ini juga,  "Dulu,  akak tak pernah doa untuk cepat nikah macam ni.  Akak tak pernah doa untuk kahwin di umur yang awal macam ni.  Tapi akak selalu doa agar dijauhi dari maksiat dan dosa.  Allah dah makbulkan doa akak.  Dia bagi akak temu jodoh dengan cepat.  Pom pom u olls,"

ps/  Doalah sebanyak yang boleh.  Sesungguhnya orang yang paling banyak berdoa yang paling Allah sayang.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...