Baiklah, kembali kepada apa yang i olls nak cakap sebenarnya, iaitu i olls akan memperkenalkan segmen baru untuk u olls iaitu bertajuk "A Recipe A Week". Segmen ini diberi nama sedemikian kerana sejajar dengan projek yang i olls dan Kak Gamz baru sahaja lancarkan di mana kami akan berusaha untuk mencuri sedikit masa setiap minggu untuk memasak satu recipe baru setiap minggu. Tapi adalah seorang pensyarah dari UIA tu mencadangkan agar i olls namakan projek ini "A recipe a week keep andartu-ness away". Overlah pensyarah tu. Nama dia Asmaa Aljuned. Dia pendek-pendek orangnya. Marka dia German. Suka buat hot.
Actually u olls, melalui projek ini Kak Janz and Kak Gamz akan belajar, mengetry dan mengeksperimen satu recepi seminggu dengan objektif merapatkan diri kami dengan dapur dan sondek di samping membuktikan bahawa perempuan cantek dan hot tak semestinya suka cekcur di malam hari sahaja.
Antara resepi yang telah kami senaraikan dalam projek ini adalah seperti berikut :
- Lasagna Mama Mardhiah
- Roti Telur Kak Edeh
- Nasik Ayam
- Nasik Hujan Panas
- Cheese Cake
- Mee Udang
- Laksa Johor
- Kari Kepala Ikan
- Soto Ayam
- Lontong
ps/ Asmaa kata, student Somalia dia bagitau kat Somalia depa tak makan ayam. Kat sana ayam semua idup bebas bergembira. Depa makan UNTA ja. Siries!!!
name recipe yg unta sujud sahwi tu bikin org gelak besar je..hhaha.. kelasss.. :D
ReplyDeletebesar betul berbanding org yang duduk kat tepi dulang gergasi tu...
ReplyDeletehuhuhu
kelako giler..hampir2 terpecah perut duk baca cite hang nie..hahahaha....
ReplyDeletekelako giler baca cite hang ni..hampir2 nk terpecah perut..hahahaha..unta sujud sahwi..lawaksss giler..kelas kak maria !!!!
ReplyDelete