6.1.10

Tips Tentang Perkahwinan yang U Olls Harus Tahu by Jumie Samsudin

U olls.  Berikut dinyatakan beberapa Tips Merancang Majlis Perkahwinan hasil pengamatan dan penglihatan I olls sepanjang tahun 2009 ini.  Yang baik itu datangnya dari Allah.  Yang tak best dan tak baik itu dari Kak Janz.  Amiklah yang terbaik sahaja.  Insya Allah,  kalau niat baik nak buat kenduri untuk bersedekah dan memurnikan dan mendapat rahmat dari yang Maha Esa dan bukan sebab nak menunjuk-nunjuk berkat majlis itu.  Kita tuan rumah pun rasa puas hati,  tetamu yang datang pun tak henti memuji sampai ke akhir hayat.  Seronot kan u olls?  Berkat hidup kita.
"Nih...awat hang!  Aku nak kawen tarikh ni...hang pun nak kawen jugak tarikh sama!!,"

  1. Pilih tarikh yang tak sama dengan kawan-kawan dan teman sekerja.
    Selalu kita hanya consider tarikh kenduri yang tak bertembung dengan adik beradik dan saudara mara,  dan macam amalan orang Islam,  kita akan check dengan khariah masjid kampung kita dulu kan?  Kot-kot la bertembung dengan jiran.  Tapi now,  since semua kita pun bekerjaya,  jangan lupa untuk pilih tarikh yang tak bertembung dengan rakan sekerja.  Kalu boelh kita elak la.  Barulah seronot,  kawan-kawan dan BOSS pun tak pening pala nak rancang perjalanan nak pi kenduri mana dulu kan?





    "Awat sapa pun tak mai lagi ni?  Betui ka aku kawen hari ni?"




  2. Make sure waktu bersanding / nikah dibincangkan dengan keluarga sebelum inform dengan family lelaki dan mak andam.
    Perkara ini selalu menjadi issue kalau tidak ada ketua kenduri atau wedding planner yang incharge tentang program majlis perkahwinan kita.  Bukanlah maksudnya kena ada aturcara yang disahkan oleh Majlis Perbandaran atau Pegawai Daerah kan?  Tapi just simple aturcara yang tulis masa untuk perkara-perkara penting seperti ketibaan tetamu,  ketibaan rombongan pengantin lelaki,  sanding,  makan beradab dan sebagainya.  Pastu print banyal-banyak and lekat kat tempat pintu rumah,  bagi kat orang tukang cuci pinggan,  abang DJ dan pakcik dan makcik yang bertugas jadi penyambut tetamu.  Pastu,  jangan ada percanggahan masa antara pengantin lelaki dan mak andam.  Aiyo...nanti pengantin lelaki dah sampai.  Mak andam baru nak siapkan dan pakaikan mahkota la apa semua kan?  Padahal mak andam dah memang datang ikut time yang pengantin suruh datang kan?  Rupanya,  family pihak pengantin buat perubahan tak salurkan maklumat dengan betui.  Kecoh u olls.



    Depa ni takpalah,  memang harus buat the most grand kan?  Anak Queen Eli dengan Mendiang Kak Diana kan?  Tapi last sekali jodoh tak panjang pun kan? 




  3. Jangan membazir hanya kerana ingin buat majlis besar
    Ini biasanya berlaku dalam masyarakat kita.  Kalau boleh takpayahlah sampai berhutang untuk buat majlis ala-ala Dato K dan Dato CT kan? Depa tu takpalah,  dapat sponsor u olls.  I think,  kita orang Melesia kena ubah la cara kita,  buat style mat saleh.  Kawen simple jer u olls.  Pergi gereja,  cakap-cakap,  cium,  pastu balik,  potong kek, pastu baling bunga.  Abih.  Yang datang semua family dekat ja.  kalau ada duit lebih baru depa buat dinner / reception lain.  Nanti i and En.  Khafi nak buat macam ni la.  :)



    "Amma....Cordo muje...."




  4. Jangan eksaited sangat time nak mekap
    Ini amat penting u olls yang nak nikah or tunang.  Sumpah.  Jangan eksaited sangat.  Nanti bila masa orang sarung cincin,  masa akad nikah,  hang salam dengan mak hang,  pak hang...hang nanti nangeh macam CEKCUR!  So,  aku selalu pesan masa nak make up kan orang,  "Banyakkan selawat,".  Tak caya,  tanya semua pengantin I.  :)



    Teka mana aku?  Mana Cakcing pas mekap?  Haruslah aku yang rambut blonde kan?







  5. Jangan duk kacau mak andam mekap, sesi solek bermula
    Ini i olls nak bagi untuk kita sebagai tetamu yang nak pi makan kenduri ni.  I olls faham.  Kita ni memang disunnatkan bersalam sebagai mengeratkan tali silaturrahim kan?  Memang mulia niat u olls.  Tapi kita kena lah sesuaikan dengan keadaan.  Contohnya,  orang kita ni memang suka la sebuk nak mai salam dengan pengantin time Kak Andam sebuk nak mekap kan?  Dialog wajib "Kami nak balik dah ni...nak salam sat...."  Aiyo...Kalau sorang tak pa u olls.  Ini kalau sampai 20 orang?  Kalau boleh,  tutup pintu bilik tu.  Pastu letak penjaga kat luar.  Sapa nak salam kata "Pengantin tengah bersiap,".  Dan kita bila dah dengar macam tu.  Please faham and hormati majlis orang okay.  Maybe takder kesempatan nak jumpa.  Satgi later mai la salam lain.  Atau tengok ja dalam Facebook pengantin tu nanti.  Mesti dia letak picture dia sanding kan?



    Nasyid makcik kenduri  "Maakan kami...kami takkan kacau pengantin tengah mekap lagi,"


  6. Pengantin inter state, belajarlah adat resam sesama negeri
    Kepada u olls yang nak berkahwin dengan pasangan dari negeri lain,  adalah penting u olls berbincang dan saling belajar tentang adat resam dan cara orang negeri mereka berkenduri.  Mesti ada benda yang lain dari lain u olls.  So,  bila u olls dah tau please share dengan family u olls semua.  Supaya takdak yang mati terkejut atau yang lebih teruk,  buat-buat bising sampai ada hati yang terluka.  Niat kita nak rapatkan silaturrahim,  akhirnya sebab salah faham.  Kita semua pun jadi masam muka.  Ini adalah beberapa contoh yang i boleh kongsi dengan u olls semua :




    • Macam yang i olls ingat,  orang Pekan Pahang,  masa nak nikah dorang pasang lilin kat tepi pengantin lelaki.  Sumpah i olls pernah tengok macam tu.  Orang Kelantan dan Terenganu tak gemar sangat nak bersanding.

    • Orang Perak lebih utamakan MAKAN dari bersanding.  Contohnya,  kalau rombongan pihak lelaki sampai,  rombongan akan dipelawa makan dahulu sebelum dibawa bersanding atau berbincang untuk sesi meminang.

    • Orang Penang pulak,  kalau berkenduri dari pukul 12 tengahari sampai ke pukul 6 petang pun ada yang lenggang kangkung duk mai lagi.

    • Orang Bawean, suka buat sesi salam masa akhir kenduri bertandang di rumah pihak lelaki.  Ini adalah sebagai menunjukkan yang dengan rasminya,  pihak perempuan telah merestui dan akan meninggalkan anak perempuan mereka di rumah mentuanya itu.  Sedih u olls.  Semua akan merembes air mata time tu.

    • Kat Negeri Sembilam,  pas kerja kenduri semua akan main baling-baling air!  Target utama PENGANTIN!!

    • Orang Perak kalau berbalas hantaran,  nanti ada satu hantaran depa letak beraih dalam bungkusan kain atau tepak sirih.  Actually dalam tu,  depa letak duit tau!!  So sapa yang pi selok dulu,  rezeki dia la.  Kadang-kadang ada RM5,  RM50 pun ada okay.

    • Orang selatan selalunya kalau masa bertunang depa bagi dah hantaran persalinan serba satu siap-siap.  So masa nikah just bagi yang penting ja,  duit hantaran,  duit mas kahwin dan cincin.

    • Orang Penang,  kalau bertunang suap suap gula okay.  Tapi lani,  ada yang suap sweetlah,  chocolate lah dan macam-macam lagi.  Hantaran pun just bagi benda -benda manis sahaja seperti kek,  pulut kacau,  gula dan sweets.

    • Orang Johor plaks,  suka mintak mintak tol.  Sebenarnya bukan mintak banyak pun,  u olls bagi RM1 pun dia amik jer.  Janji letak sampul u olls.  HAHAHAHA.  Ini En.  Khafi ajar Kak Janz.  So u olls jangan terkejut kalau tetiba pengantin lelaki tak boleh naik pelamin.  Jangan la gi ngamok pulak, "Apa ni!!  Mas kahwin,  Hantaran dah bayar.  Ini tol pulak!  Kalau macam ni balik jer la.."  Aiyo...Dialog ni En.  Khafi citer terjadi kat kampung dia di Tangkak.  Ngamuk keluarga pengantin lelaki itu.  Tapi,  pihak family Johor beralah dan tidak jadi mintak tol sebab tengok macam family rombongan ini macam ta tau nak gurau plaks.  Kan?  Ekceli,  overlah family ni.  Takkan lah tak pernah dengar or tahu tentang adat orang Johor ni?  Popular kot! Mengadalah....









  7. Bakal pengantin, jangan kensel booking at last minute
    Yang ni biasalah.  I olls dah pernah cakap kan?  Tapi apa pun,  please tengok budget u dengan betui sebelum kensel apa apa at last minute.  Takut nanti u olls dah kensel mekap,  pastu baru dapat tau butik pengantin u olls amik pakej tu nak handel 12 make up hari tu kan?  Sapa nak jawab?  Pastu of course,  kalau u olls tak mau atau tak sudi nak amik tempahan mana-mana pakej butik pengantin,  just inform secara jujur "Maaf u.  After looking at my budget,  i lebih mampu nak amik dengan kedai tu la.  I mintak maaf.  Kerja u adalah amat baik.  Cuma,  budget saya amat limited.  Anyway,  thanks sebab sudi sediakan quotation untuk i,".  Kan sedap hati we olls kalau dapat mesej macam ni.  Sepanjang dari tahun 2002 dalam bidang kawen-kawen ni kan,  tak pernah lagi i dengar pengantin dengan jujurnya bagitau nak kensel sebab tak cukup bajet.  Semuanya propa u olls.  Kawan dah sponsor untuk i la.  I dah ada family nak tolong la.  :)








  8. Jangan lupa semayang u olls!
    Walaupun u olls sibuk dengan segala kerja siap kawen dan kenduri ni kan,  jangan lupa semayang u olls.  Banyak berdoa malam-malam.  Biak berseri muka tu sikit duk kena ayak wuduk selalu.  Kot lah ada jiran dan marka lama yang dengki u olls nak nikah dah dan buat kenduri grand-grand ni sebab u olls kan kaya,  tak dapatlah BOMOH JAHAT yang diupah itu nak hantak mandrem kat u olls.  Jangan pandang remeh benda ni.  Apa?  U ingat u dah belajak universiti dapat Ph.D. u tak percaya benda ni semua?  Ni....kat universiti lah paling banyak pakai bomoh ok.  Ilmu manusia satu semesta alam ni kalau kumpul nak banding dengan ilmu Allah,  nisbahnya macam setitik air dan selautan air ok.  Saja nak suruh akak jadi Ustazah Bahiyah sat kan?  Doalah,  kot-kot pasni I olls dapat hidayah jadi penceramah agama pulak.  Amin.



  9. Tempahlah dengan The House of Red Gincu!!
    Yang ni paling penting.  U olls nak tunang ka,  nikah ka,  sanding ka.....registerlah sebagai pelanggan bersama The House of Red Gincu.  ANDA PASTI SUKA SANGAT DAN RASA MACAM HAPPY SANGAT!!  Bangga cerita kat kawan-kawan okay.  "I amik dengan Red Gincu,"  pastu mesti kawan-kawan u olls akan kata "KELAS KAK MARIA!".  So jangan lupa masuk kat laman web kami.  Please click on this picture.













    Sekian sahaja dulu yang i olls nak kongsikan.  Kepada pasangan yang dah ada calon tu,  cepat-cepat lah menikah.  Untuk si perempuan,  kalau u olls ajak BF u olls nikah and dia bagi alasan nak enjoy dulu la,  tak buleh nak simpan duit la,  semua tu ALASAN JANTAN JALANG okay.  Kalau bukan sebab orang macam ni,  Jumie Samsudin tak dapat lah status Kak Janz kan?  I olls punya seronot tunggu everyday untuk diajak kawen.  Tapi sampai last,  aku ditinggalkan untuk perempuan hutan itu.  Tapi takpalah,  Allah dah tunjuk.  Sebenarnya,  i nak dapat lagi baik.  Nama dia En.  Khafi.  U olls tunggu ja la tarikhnya okay.  MUAH.


    ps/  Marilah doa En.  Khafi dapat kerja gomen cepat-cepat. Amin.



    2 comments:

    1. kak jumie.. bes la entri yang ni..hooho.. banyak pengalaman kak jumie ni.. org johor mmg suke mintak tol.. :D

      ReplyDelete
    2. thnks lah kak jumie..im getting married next year..kurg2 apa x tahu saya tgk hehe

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...