Gajet Make Up Kak Merr | Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +)

U olls.  Hari ini,  akak nak memperkenalkan segmen baru yang dibuat secara sukarela kepada u olls semua untuk berkongsi tools dan tips mekap yang GOJES untuk u olls semua.  Tetapi sebelum memulakannya,  akak ingin menyembah ratu kepada bunda-bunda akak iaitu Baby Zarina,  Kak Nurul dan jugak Kak Ayangkamell yang merupakan icon-icon inspirasiku.  GITTOOO! 

Dah lama orang suka mensuruh akak menerbitkan rancangan ini,  tetapi akak ini ada saja songehnya.  Tetapi siapa yang kedekut ilmu itu adalah orang yang paling miskin di akhirat nanti.  Amik kau petir Kak Merr!!  Sudah lah,  cakap la jer lebih kan?  So hari ini akak akan menunjukkan Gajet Make Up Kak Merr yang pertama.


Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +)
U olls tau tak apa itu BB Cream?  BB Cream ini adalah vocabulary baru kepada alam permekapan.  BB bermaksud "Blemish Balm".  Kesahnya tercipta BB Cream ini adalah kerana satu Korean singer yang pi buat laser treatment untuk muka dia.  So,  BB Cream adalah ubat rawatan susulan yang dia kena pakai hari-hari.  Rupa-rupanya cream ini merupakan KRIM AJAIB yang sungguh menakjubkan.  Perbezaan BB Cream dengan foundation adalah,  foundation hanya cover kecelaan pada kulit mu itu tetapi BB Cream dia menutup kecelaan malah memberikan rawatan pada kulit u olls. 

Harga 
Harga dia lebih kurang RM49 macam tu.  Tak sampai RM50.  Noks,  akak dah pakai nak masuk 3 bulan.  Tak habis lagi.  So jangan duk buat kedekutz ok.  Nak cantik jangan kedekut.

Mengapa Kak Merr suka?
Dulu yang mula-mula intro akak produk ini nama dia Sue Alisa budak Sarawak.  Noks jugak budak ni.  Dia bagitau kat akak,  jenama Korea.  Tapi akak macam was-waas.  Kang muka aku jadi macam Kak Tina matilah.  Akak ini pablik figura.  Kena jaga penampilan.  So,  tiba-tiba tahun lepas (I think around September.  Masa baru-baru janda ni kan?)  Akak tengok Elianto pun ada BB Cream.  Akak pun belilah.

Akak suka memakainya kerana mudah di sapu!  Dengan jari pun boleh.  Senanglah untuk wanita bekerjaya macam we olls semua kan?  Tapi yang i olls paling suka ialah kerana kalau pakai BB Cream tak payah nak berlapes bedak dan sebagainya,  muka u olls nampak macam suci ja u olls. Tak berminyak!!!!  Dalam BB Cream Elianto ini sudah ada pelembab,  sun block (25 SPF).  Spf adalah penting kerana sinaran UV ke kulit tampa perlindungan yang sepatutnya akan membuatkan kulit u olls cepat kertu!!

Kalau u olls nak baca lebih banyak lagi,  click sini  :  Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +)

Contoh kalau pakai foundation.  This one akak pakai stick foundation from Krayolan.  Memang meletop noks.  Tapi takkan nak pi pejabat hang nak drag macam ni.  Over okay!!!! 

Ini contoh kalau pakai BB Cream.  Akak memang nampak suci kan?  Akak apply ni ja.  Pastu rasa macam kulit akak ini bernapas dengan sungguh mudah.

Sekian,  terima kasih u olls.  Ada seberang soalan,  sila email pada akak.  Thanks.

Himpunan Komen Bangang | DAULAT MAYANG SARI

U olls.  Baru-baru ini,  akak telah meng ON YM akak sepanjang malam.  Tertidur katanya.  Takpalah,  esok apabila mengecheck kat PC akak membaca satu YM dari Ping Box dalam Belog Jumie Samsudin yang meletop ini.  U olls baca lah apa dia tulis. 

mayang sari: jumie oi..
mayang sari: hang ni xinsaff lg ka?
mayang sari: p hard rock cafe..ok la klo nyanyi..
mayang sari: tp hang tu over dressing tau
mayang sari: yang hang p dedah tetek hang tu buat apa..
mayang sari: teruk betoi la...xdak akal ka?
mayang sari: xmalu  ka tunjuk tetek kat org..??
mayang sari: apalaaa...mak bapak hang xmrh ka?
mayang sari: klo depa tau la hang buat cmni..
mayang sari: mesti depa sedih...
mayang sari: sgggup p.we hang amik hang jd awek dia...
mayang sari: ish..laki jenis apa la tue
mayang sari: bila la hang ni nk berubah...otak ada..tp xpakai...
mayang sari: insaffla wahai k.jumie..
mayang sari: harap maklum

Bagi menjawab segala pertanyaan Mayang Sari ini,  akak ingin mendoakan kepada u olls.
"Ya Allah Ya Tuhan ku.  Ampunkan segala dosa Mayang Sari. 
Berikanlah dia hati yang tenang dan bahagia.  Kurniakanlah dia kebersihan jiwa dan kesihatan tubuh badan.  Murahkan rezekinya.  Permudahkan segala amalan dan ibadahnya.  Berikanlah dia kesenangan dalam mencapai segala impian yang ingin dia kecapi.  Jauhkan dia dari azab api neraka. 
Berikanlah dia balasan yang setimpal untuk orang-orang yang beriman seperti mana yang telah Kau janjikan kepada hamba-hamba Mu.  Ya Allah Ya Rahim,  ampun dosa ku ini. 
Sesungguhnya aku sangat lemah dan bodoh.  Peliharalah diri ku ini dari mencaci dan terus menghina insan lain.  Berikanlah aku kekuatan agar aku dapat membantu keluarga dan sahabatku.  Amin Ya Rabbal Alamin,"

PS /  Doa yang teraniaya sangat makbul u olls.  400 orang yang baca belog akak setiap hari,  yang baca doa ini,  akan turut sama mendoakan Mayang Sari agar tenang hatinya dan kurangkan segala kebencian itu.

My Name is Khan

U olls.  Akak nak tengok sangat gambak ni!!  My Name is Khan lakonan marka lama i olls iaitu Shahrukh Khan dengan sepupu Mama Zarina iaitu Kajol.  Cerita ini mengisahkan pengalaman orang bukan Amerika yang tinggal kat Amerika lepas kejadian September 11.  Sapa yang duk tengok Astro Ria ja takkan tau apa sejarahnya tarikh-tarikh ni kan?  Isu dan spekulasi yang jadi kat sana memang menjadi bualan satu dunia.  Apa pun u olls tengok la sendiri nanti ok.  I olls pun nak pi tengok ni.  Tak sabar.  Nanti i olls cerita dalam review ok!!!

ps  /  My name is Kak Merr

Pop Kuiz Kak Merr bersama anak-anak menakan

Assalamualaikum,  hai u olls semua.  Apa yang u olls buat pada cuti perayaan tahun baru Cina yang lalu.  I olls macam biasalah mekap di sana-sini sempena dengan musim mengawan yang sungguh meriah ini.  Tetapi i olls sempat jugak melepak di rumah bersama-sama anak-anak menakan yang datang mentidur di rumah i olls ini sempena cuti sekolah. 

So pada petang itu,  sebagai menghiburkan hati kami semua sambil melakukan aktiviti yang berfaedah,  Kak Merr telah menganjurkan sebuah permainan Pop Kuiz dengan tema pengetahuan am bersama anak-anak menakan i olls ini yang terdiri daripada Ucop,  10 tahun,  Hanna Mashita 8 tahun dan jugak Danish a.k.a Ismail iaitu 7 tahun.

Cara permainan ini ialah senang ja.  Mok akan mentanya soalan dan siapa yang amik span warna kuning di tengah-tengah tempat yang disediakan berhak menjawab soalan itu.  Siapa yang menjawab dengan tepat akan mendapat satu 'cokelat'.


Oleh itu,  berikut adalah beberapa soalan dan jawapan SEMPOI yang telah dijawab oleh anak-anak menakan i olls yang sungguh meletop. 
Negara apakah yang paling besar di dunia?
Ucop : Sarawak (negara kah?)
Danish. :  Kedah
Hanna :  Singapura
Jawapan Kak Merr  :  Russia  (Read here  :  What Are the World's Biggest Countries?)


Bapa kepada Perdana Menteri Malaysia yang sekarang merupakan Perdana Menteri Malaysia ke berapa?
Danish  :  YANG KEDUA!  (Mejik...dia teka sekali ja betui)


Sungai terpanjang di dunia?
Ucop : Sungai di negara Arab iaitu negara Syam.
Danish. : Sungai gelugor
Hanna. :  Sungai buloh
Jawapan Kak Merr  :  Sungai Nil.  (  Read here  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Nile)


Asal usul pokok buah mangga?
Danish. : Pulau Pinang
Ucop  :  Perancis
Hanna  :  NO IDEA
Jawapan Kak Merr  :  India  (Read here  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Mango)



Perayaan Gawai untuk kaum apa?
Danish  : Melayu
Hanna  :  Cina
Ucop  :  Kazadan!  (Dia salah sebut).
Jawapan Kak Merr  :  Iban  (Read here  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak)




Batang pokok nyiur boleh guna untuk buat apa?
Hanna  :  No idea
Ucop  :  Bahan buat nasik lemak
Danish  :  Untuk panjat amek buah dia!  HAHAHAHA
Jawapan Kak Merr  :  Buat titi

Ikan apa yang boleh melahirkan anak?
Hanna  :  Ikan Jos!!
Usop  :  No Idea
Danish  :  Ikan buntai.
Kak Merr :  Hanna pandai.  Tapi,  ada juga spicies sharks yang bertelur.  Ikan paus beranak juga.
 


Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang sekarang?
Hanna :  Najib Tun Razak
Danish  :  No idea
Ucop  :  No idea

Pokok pisang berbuah berapa kali?
Hanna  :  50 kali
Ucop  :  2 kali
Danish  :  70 kali
Jawapan Kak Merr  :  Sekali

Sekian saja Pop Kuiz untuk kali ini.  Semoga ibu-ibu kepada anak-anak menakan saya ini menggalakkan pembacaan buku-buku bercorak ilmiah cakna kepada anak-anak dan kurangkan menengok Astro Ria.

Latest from The House Of Red Gincu

U olls semua!  Let's check it out the latest and the updates from Penaja Utama Belog Jumie Samsudin iaitu THO Red Gincu!!

Latest make up from Make Up Artistry by Red Gincu.  Here are the pictures.


Latest package for couple shooting.  Only RM180!!!
Latest product Dhia Perfume only RM19.90!!!


To book make up with us and other wedding services, please log on to our official weblog The House of Red Gincu,  please email to us at redgincu@yahoo.com or call/SMS Surianie at 019-5434377.

So u olls jangan lupa layari blog kami di alamat berikut  :

Asal usul perkataan koko'ot?

U olls. Apa habak semua? Hari ini kita akan belajar subjek sejarah bersama Kak Merr iaitu dengan subtopik asal usul perkataan koko'ot.  Dalam kamus vocabulary bahasa Penang, koko'ot adalah adjective yang digunakan untuk menghuraikan orang Penang yang mai daripada daerah main land atau Seberang Perai.  Bagaimana perkataan ini wujud?

Sejarahnya,  beberapa anak muda yang berasal dari Seberang Perai telah datang bekerja di Penang. 

Apabila rakan-rakannya dari Penang bertanya "Hang asai (asal) dari mana?"

Maka budak-budak itu pun menjawab  "Kami mai dari Seberang Perai,"

Tanya kawan-kawan depa lagi,"  Seberang kat area mana?"

Maka depa pun jawab  "Rumah kami kat area Mak Mandin,  tepi kilang KOKO'OT,"  jawap depa itu.


Maka budak-budak itu pun berasa confuse kerana mereka tidak pernah mendengak atau mengetahui kilang bernama Koko'ot.  Maka mereka pun membuat beberap research untuk mengetahui apakah itu kilang Koko'ot dan cuba merisik kalau-kalau ada peluang kerja yang baik di sana.


Setelah membuat research dan beberapa soal selidik yang terkini,  maka mereka mendapat satu jawapan yang pasti.  Kilang Koko'ot yang mereka maksudkan ialah kilang United Malayan Flour Mills & Quaker Oats.  Yang terletak di area Perindustrian Mak Mandin.

QUAKER OAT  =  KOKO OT!!

Maka budak-budak itu pun menggelakkan dengan sesunguh hati dan sehingga kini,  mereka panggil koko'ot kepada mereka yang datangnya dari area Seberang Prai Pulau Pinang.

Birthday Wish List Jumie Samsudin

U olls.  Memandangkan i olls nya birthday semakin dekat,  iaitu birthday yang ke 25 tahun.  U olls,  tahun ini adalah ulang tahun intan akak.  Sungguh cepat masa berlalu kan?  So,  walaupun akak tak angan-angan nak buat birthday part bagai.  Tapi kalau lah,  i olls terbuat birthday party and akak terjemput u olls semua datang.  Maka,  inilah Birthday Wish List Jumie Samsudin yang akak sediakan untuk kemudahan u olls semua.
  1. Portable HDD dari Buffalo Mini Station (250G)


  2. Gucci Cruise Handbag


  3. LV luggage


  4. Sexy clutch



  5. Diamond Casing for Kak Berry


    TO BE CONTINUED!!!!........


Staf Soc Sc dan Musang

U olls.  Kat bulding office kami ada tapak kaki musang.  Sempoi okay.  Alangkah bangganya,  memang USM ini adalah universiti dalam taman.  ada macam-macam jenama flora dan fauna.  Ada biawak,  ada helang,  sekarang ni ada musang pulak kat building we olls bekerja.

Gambar tiang ini yang terletak di tepi tangga masuk ke office.

Close up gambar tapak kaki musang.

Dua kawan office ku yang sedang menyiasat.


Tiba-tiba akak rasa macam Snow White kerja dalam hutan. Sambil membuat kerja,  ada pelbagai mergastua yang sama-sama dengan akak menemani akak membuat kerja.

Kambing Yang Di Kokkoh

U olls tau tak kongkoh tu apa?  Kalau orang Penang sebut kokkoh,  maknanya dia dukung kut belakang.  Macam budak-budak ni.  Memang kalau masa kita kecik-kecik suka main macam ni kan? 


Tak taulah orang KL sebut macam mana,  dukung ja kot.  Kami orang Penang memang kaya dengan vocabulary.  So kalau kecik-kecik dulu memang i olls suka main kokkoh.  Tapi selalunya aku yang kena kokkoh orang kan?  Tak pernah orang nak Kokkoh aku.

Tapi ampa tau tak lani,  kambing pun boleh di kokkoh okay!  Ampa tak caya ampa tengok ni!!



Thanks Noorazlida Alias,  my feveret reader kat Fesbuk.  Nanti ada bahan lawak lagi.  Kita share dengan semua orang.  So,  kepada u olls semua yang suka nak bela binatang lain seperti kucing friskis,  apakata cuba setat membela kambing seperti ini kerana kambing ini adalah sangat mesra pelukan!!

ps/  Jangan la pi rembat kambing Pak Ashim plaks semata -mata nak buat aksi kokkoh kambing ni wehs.  Agak- agak arr...ahahahhaa

Puaka Sirih Junjung Kak Merr

U olls.  Hari ini akak nak cerita hantu.  Pada suatu hari,  kami semua kat office Soc Sc yang indah ini sedang membuat kerja dengan aman dan damai.  Sambil bergelak ketawa bak puteri-puteri di taman yang indah dan fana.  Semuanya sungguh ceria bagaikan takdak kerja bertimbun kat atas rak file KIV itu.

Tiba-tiba Ratu kami iaitu Kak Ratu telah berkata yang dia menyimpan hajat untuk berkahwin lagi setelah lama menjanda. 

"Beta rasa ingin bernikah lagi apabila jodoh beta telah meniba.  Lagipun,  puteri-puteri beta semuanya telah besar panjang.  Beta mahu seorang teman untuk beta di hari tua,"  kata sang Ratu.

Penyataan itu membuatkan Kak Merr menjadi marah.  Yalah,  akak baru ja verver nak menikah bagai setelah menjanda kaN? Lagipun,  akak lebih muda dari beliau Ratu.  Ni apakes plak Bunda Ratu nak potong line akak ni?


"Apa ni Bunda Ratu!!  Kalau bunda nikah dahulu,  siapa yang nak jadi Penjunjung Sirih Kak Merr di hari pernikahan Kak Merr nanti?"

Apabila akak menaikkan diri dari tempat duduk dengan suara yang lantang,  tiba tiba
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BLACK OUT SATU OFFICE

Kami semua duduk di dalam kegelapan buat seketika.  Kerja pun tidak dapat dibuat.  Kami terpaksa menunggu bantuan daripada pihak Pembangunan untuk memeriksa apakah yang telah terjadi kepada fius kat bangunan C23 ini.  Kami semua mendiamkan diri.  Sejak itu,  kami semua telah sedia maklum bahawa Sirih Kak Merr adalah sangat berpuaka.  Cerita ini bukan rekaan,  tetapi betul dan benar belaka.  Kalau tak caya,  mai call main office Soc Sc sambungan 3360 dan tanya dengan mana-mana kerani yang berada ketika kejadian. 

Akak pun sampai lani duk terpikir,  berat sangatlah jodoh aku agaknya kan?  Sebab rupanya hantaran pun adalah sangat berpuaka.

ps/  Jangan lupa untuk tempah make up,  henna,  SIRIH JUNJUNG atau hantaran atau apa-apa sahaja dengan we olls di The House of Red Gincu.  "Ada Red Gincu,  Ada Segalanya".

Latest from Hassan Abu Bakar

Hai u olls!  Duk angan-angan pelamin angan ku musnah kah?  NO NO NO!  Tak bagus tu.  Jom tengok the latest pelamin from Hassan Abu Bakar Wedding Couture.




Berminat untuk iklan dalam Belog Jumie Samsudin please email to me at jumie_samsudin@yahoo.com
.  Murah jer u olls.  But Im sure its worth it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...