22.2.10

Asal usul perkataan koko'ot?

U olls. Apa habak semua? Hari ini kita akan belajar subjek sejarah bersama Kak Merr iaitu dengan subtopik asal usul perkataan koko'ot.  Dalam kamus vocabulary bahasa Penang, koko'ot adalah adjective yang digunakan untuk menghuraikan orang Penang yang mai daripada daerah main land atau Seberang Perai.  Bagaimana perkataan ini wujud?

Sejarahnya,  beberapa anak muda yang berasal dari Seberang Perai telah datang bekerja di Penang. 

Apabila rakan-rakannya dari Penang bertanya "Hang asai (asal) dari mana?"

Maka budak-budak itu pun menjawab  "Kami mai dari Seberang Perai,"

Tanya kawan-kawan depa lagi,"  Seberang kat area mana?"

Maka depa pun jawab  "Rumah kami kat area Mak Mandin,  tepi kilang KOKO'OT,"  jawap depa itu.


Maka budak-budak itu pun berasa confuse kerana mereka tidak pernah mendengak atau mengetahui kilang bernama Koko'ot.  Maka mereka pun membuat beberap research untuk mengetahui apakah itu kilang Koko'ot dan cuba merisik kalau-kalau ada peluang kerja yang baik di sana.


Setelah membuat research dan beberapa soal selidik yang terkini,  maka mereka mendapat satu jawapan yang pasti.  Kilang Koko'ot yang mereka maksudkan ialah kilang United Malayan Flour Mills & Quaker Oats.  Yang terletak di area Perindustrian Mak Mandin.

QUAKER OAT  =  KOKO OT!!

Maka budak-budak itu pun menggelakkan dengan sesunguh hati dan sehingga kini,  mereka panggil koko'ot kepada mereka yang datangnya dari area Seberang Prai Pulau Pinang.

3 comments:

  1. kisah sejarah ni rekaan kak merr ke atau sejarah betul nih???confuse la..hahah..

    ReplyDelete
  2. bengong!!
    hahahaha..
    adeh..lapa koko'ot la plak..hahaha

    ReplyDelete
  3. betoi ka ni , cheq xpernah tau pun pakat dok sebut ja..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...