4.2.10

Bahasa Penang Authentic

U olls.  Pertama sekali i olls ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua kawan -kawan i olls kat FB yang memberikan input yang cukup baik dalam usaha i olls mengkamuskan vocabulary bahasa Penang yang sungguh menghiburkan ini.  Mari kita baca ulasan dan gelak bersama.
  1. Ayak acak
    Becak.  Air yang bertakung atas tanah lepas hari hujan.

  2. Ayak lengkong
    Cincau.  Orang Penang kan ramai pandai bahasa Hokkien.  So ini adalah cedokan daripada bahasa Hokkien.





  3. Balok liat
    Pemalaih tahap gila babi punya. 





  4. Beghak
    Berak.  Faham?  Ke nak aku tunjuk macam mana?





  5. Belemoih
    Comot.





  6. Beretuh
    Terlanggar.

  7. Besiak
    Kencing dengan banyak kali.





  8. Bijik ghemia
    Purple colour





  9. Bodoh piau
    Bodoh tahap gila gila punya

  10. Ceghemin
    Cermin





  11. Cemey
    Mata yang kena ketumbit atau luka.


  12. Cempera
    Kera sumbang


  13. Coklet Hacks
    Walaupun hakikatnya ialah "sweets Hacks"


  14. Kali amput
    Maki yang paling popular dalam kalangan gangster-gangster di Penang ini.  Tapi dalam kalangan orang Penang ni,  semua orang pun adalah gangster paling besak kat Melesia ini.  Kalau depa maki,  memang boleh keluak darah kat telinga.  So kalau u olls dengar depa kata "*** kali amput",  bukan bermakna mak u olls ialah Siti Sifir.  Suka baca kali-kali,  tapi bila sebut benda ini,  sebenarnya adalah makian okay.


  15. Kambe
    Kambe ialah bermaksud kayu yang besar. 


  16. Kongkek
    Kongkek bermaksud membuat berjimak.  Orang gila seks kat Penang suka sebut macam ni.

  17. Kucin, kencin, dagin, guntin,
    Ampa tau tak dari mana orang Emerika semua boleh duk dapat unsur-unsur Hip Hop ni.  Depa kan kata nyanyi dia sebut rappin,  trippin,   cookin,  dancin and lookin.  Semua ni depa tiru orang Penang la.  Orang Penang kalau sebut perkataan yang ada partikel ING kat belakang.  G tu akan hilang.  Kami mana sebut macam orang KL - kambeng,  kuceng,  kenceng (kencing),  dageng.  Tapi kami sebut macam Hip Hop punya kucin,  kencin,  dagin,  and guntin.


  18. Kopek
    Kupas buah.

     
  19. Langgah
    Minum ayak botol dari dalam peti ais terus tanpa menggunakan straw apatah lagi menggunakan gelas.


  20. Lancha
    Beca la u olls!  Bayangkan kalau P Ramlee buat cerita Penarik Lanca.


  21. Lapak ayak
    Orang Penang kalau dahaga dia kata lapak ayak.

  22. Loqlak
    Loqlak ialah orang macam I olls la.  :)  Dia buat buat apa ja,  orang duk gelak kat dia pun dia tak heran dan tak malu.  Atau dalam erti kata lain,  gila sedikit.




  23. Market
    Kalau mak ampa pergi pasar di waktu pagi.  Tapi mami mami di Penang semuanya cakap mat saleh ok.  Contoh dialog adalah seperti berikut  :
    Achi Nab  :  Amboi Achi Bee nak pi mana pagi-pagi ni?
    Achi Bee  :  Nak pi market sat.  Satgi kalau lambat,  ikan elok-elok semua abih



    Dahsyat betui mami Penang.  Depa tau time bila boleh dapat ikan elok-elok.  KELAS KAK MARIA.

  24. Mata gelengak
    Mata gelengak ialah orang yang mempunyai mata yang dia nampak batu yang besak,  tapi dia lalu boleh lagi buat-buat terlanggak batu itu.  Sangat gelengak.

  25. Meneraih
    Tok ngaji kita akan sebut benda ni,  "Cepat meneraih dulu.  Satgi baca depan tok".  So aku rasa kata dasarnya ialah 'try'.  Mentry - menerai- meneraih!


  26. Mengelat
    Mengelat ialah perbuatan mengelak daripada membuat sesuatu tugasan.
    Contoh ayat  :  Hans Isaac duk call i olls selalu ajak kuak.  I olls tak mau la.  Nanti Erra kutuk i olls amik bekaih dia.  Tapi i olls tak larat nak mengelat dah,".

  27. Mentekedarah
    Memakan dengan sungguh berselera sampai tidak mengendahkan lelaki HOT yang lalu kat depan u olls.







  28. Nangnaih
    Nenas atau rumah Spongebob.

  29. Pancok
    Bilik mandi.

  30. Parit
    Kami tak sebut longkang,  kami sebut parit.  Tapi jangan duk pikiak parit besar untuk tali air sawah.






  31. Pederaih
    Membuat sesuatu dengan laju atas desakan beberapa pihak.
    Contoh  ayat  :  "Tadi aku nampak Nonie,  aku terus pederaih bawak kereta  laju- laju.  Aku malu la nak jalan dengan dia"


  32. Peghak buih
    Peghak buih ialah culture shock. 



     
  33. Pelak
    Pelak ni dia lebih kepada kata nama bagi membalas perbuatan mengelat.  HAHAHA.  Faham? 
    Contoh ayat  :  Awat hang duk buat pelak dengan aku?  Hari tu janji dah jadi.  Hari ni tak jadi pulak.

  34. Rimbok
    Hang kalau nak tau apa itu rimbok.  Mai sini Kak Janz rimbok hang.  Nanti hang akan jadi macam ni.


  35. Roti pat sagi
    Cream crackers yang berbentuk empat segi.  Kami tak sebut biskut tau.  Kami sebut roti. 




  36. Serabai
    Kalau ampa dengak serabai mesti ampa macam dah bayang seorang perempuan yang tak mekap,  muka macam tak mandi empat hari.  Itulah serabai.  Tetapi kalau kat Penang,  terus semua macam lapak teringat Market Taman Tun Sardon kerana di situ lah terdapatnya satu kuih yang sungguh sedap di Melesia ini bertajuk serabai.


  37. Serani
    Serani ni selalu kami panggil kat orang India yang beragama Kristian. 


  38. Siru
    Sombong tapi sebenarnya tak tau apa-apa. 




  39. Timba
    Baldi :)


  40. Toslek
    Torch light




So ini sahajalah daftar kata yang dapat i olls kumpulkan.  So u olls semua,  orang selatan timur barat...kalau nak try cubalah gunakan perkataan ini semua dalam bahasa u olls setiap hari.  Best u olls.

PS/  Bangga menjadi pencakap Penang yang asli.


14 comments:

  1. sgt authentic! auw~ hihiks..cayala jumie!!! idop penang:)

    ReplyDelete
  2. hahaha..manager aku kan org penang..kalau dia cakap melayu je,pening aku nak paham..pekat betul bahasa penang dia...

    ReplyDelete
  3. tu dia aihhh...dia buat ramai kt sini dah...dh boleh publish kamus penang..!

    ReplyDelete
  4. yon : aku pun caya kat ang. :)

    faryn : Hang ingat ini ayak kopi ka pekat pekat...hahahah

    MARILAH KITA MEREALISASIKAN KAMUS BAHASA PENANG

    ReplyDelete
  5. memang authentic jumie. cari lagi bahasa penang. idop penang!

    ReplyDelete
  6. hat no. 19 tu kami panggei togok hehe! yang kuah srabai tuh mmg wat aqu terlioq laa :p~~ abeh la makyong ni dah ngidam.. lama tak makan woo.. harus pekena balik penang nanti uhuhu!

    tapikan aqu rasa lg sedap kalo hang ganti hurup k dgn q. lg lebih penang skit.. cth la, ayak ganti dgn ayaq.. kan png mesti marii hehe

    ReplyDelete
  7. wehhhhhh.... ada idea satu.. dulu2 ezanee selalu kata CAK CING! hahahha cacing kottt

    ReplyDelete
  8. lapak serabai...adoiyaiii...

    nak cari serabai se-best kat penang kat sini tak jumpakkkk

    ReplyDelete
  9. sokseh pon jgn lupa...hahaha...mcm2 bahasa la penang nih..

    ReplyDelete
  10. check this out,, lagi bnyk bahasa utagha duk ada dlm ni>>
    http://ppdkmy.net/page.php?38

    ReplyDelete
  11. Kopek .. kalau kat kampung saya depa pangil untuk "dompet duit" @ kopek duit

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...