1.2.10

[Catatan Kembara] Menara Condong Teluk Intan, tunggu aku datang lagi


Pada bulan Disember 2009 yang lalu,  anak menakan Kak Janz iaitu Nor Hazma telah selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka idaman hatinya dari Teluk Intan,  Perak.  Memang meriah u olls.  Akak telah mendrivekan diri bersama-sama Abang Manap dan Kak Ede.  Memang jauh u olls.  Memang Abang Manap my father yang sememangnya tak berapa nak sihat walafiat sekarang ni,  punya la duk merungut sepanjang jalan dari Penang ke Teluk Intan.





Alhamdulillah,  akhirnya i olls selamat sampai dan berjaya menjalankan semua tugasan mengcantikkan pengantin ku ini merangkap anak menakan ku Nor Hazma yang kelihatan eleganza dengan kebaya kain renda warna cokelat gelap.  Kelas Kak Maria.

Anyway,  yang i olls makan hati ialah kerana kesuntukan masa dan jadual yang ketat,  i olls sampai lambat dan terpaksa balik awal.  Maka i olls tak sempat nak jalan-jalan sakan di pekan Teluk Intan.  Ekceli i olls duk verver akan mengepi ke Menara Condong tu dan berposing ala-ala model Eropah yang sangat Italy itu.


Takpalah.  Ada rezeki i olls sampai lagi ok. Lagipun dah ada ramai saudara di sana,  Jiejah Cenciwi,  Hadi Yasid dan juga of coz keluarga mentua Nor Hazma.

ps/  Kepada semua yang berminat untuk menempah perkhidmatan perkahwinan dengan kami di THO Red Gincu,  walau kami based di Penang,  tapi kalau u olls sudi import kami jauh-jauh,  Milan Italy pun kami mengepi u olls.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...