25.2.10

Gajet Make Up Kak Merr | Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +)

U olls.  Hari ini,  akak nak memperkenalkan segmen baru yang dibuat secara sukarela kepada u olls semua untuk berkongsi tools dan tips mekap yang GOJES untuk u olls semua.  Tetapi sebelum memulakannya,  akak ingin menyembah ratu kepada bunda-bunda akak iaitu Baby Zarina,  Kak Nurul dan jugak Kak Ayangkamell yang merupakan icon-icon inspirasiku.  GITTOOO! 

Dah lama orang suka mensuruh akak menerbitkan rancangan ini,  tetapi akak ini ada saja songehnya.  Tetapi siapa yang kedekut ilmu itu adalah orang yang paling miskin di akhirat nanti.  Amik kau petir Kak Merr!!  Sudah lah,  cakap la jer lebih kan?  So hari ini akak akan menunjukkan Gajet Make Up Kak Merr yang pertama.


Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +)
U olls tau tak apa itu BB Cream?  BB Cream ini adalah vocabulary baru kepada alam permekapan.  BB bermaksud "Blemish Balm".  Kesahnya tercipta BB Cream ini adalah kerana satu Korean singer yang pi buat laser treatment untuk muka dia.  So,  BB Cream adalah ubat rawatan susulan yang dia kena pakai hari-hari.  Rupa-rupanya cream ini merupakan KRIM AJAIB yang sungguh menakjubkan.  Perbezaan BB Cream dengan foundation adalah,  foundation hanya cover kecelaan pada kulit mu itu tetapi BB Cream dia menutup kecelaan malah memberikan rawatan pada kulit u olls. 

Harga 
Harga dia lebih kurang RM49 macam tu.  Tak sampai RM50.  Noks,  akak dah pakai nak masuk 3 bulan.  Tak habis lagi.  So jangan duk buat kedekutz ok.  Nak cantik jangan kedekut.

Mengapa Kak Merr suka?
Dulu yang mula-mula intro akak produk ini nama dia Sue Alisa budak Sarawak.  Noks jugak budak ni.  Dia bagitau kat akak,  jenama Korea.  Tapi akak macam was-waas.  Kang muka aku jadi macam Kak Tina matilah.  Akak ini pablik figura.  Kena jaga penampilan.  So,  tiba-tiba tahun lepas (I think around September.  Masa baru-baru janda ni kan?)  Akak tengok Elianto pun ada BB Cream.  Akak pun belilah.

Akak suka memakainya kerana mudah di sapu!  Dengan jari pun boleh.  Senanglah untuk wanita bekerjaya macam we olls semua kan?  Tapi yang i olls paling suka ialah kerana kalau pakai BB Cream tak payah nak berlapes bedak dan sebagainya,  muka u olls nampak macam suci ja u olls. Tak berminyak!!!!  Dalam BB Cream Elianto ini sudah ada pelembab,  sun block (25 SPF).  Spf adalah penting kerana sinaran UV ke kulit tampa perlindungan yang sepatutnya akan membuatkan kulit u olls cepat kertu!!

Kalau u olls nak baca lebih banyak lagi,  click sini  :  Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +)

Contoh kalau pakai foundation.  This one akak pakai stick foundation from Krayolan.  Memang meletop noks.  Tapi takkan nak pi pejabat hang nak drag macam ni.  Over okay!!!! 

Ini contoh kalau pakai BB Cream.  Akak memang nampak suci kan?  Akak apply ni ja.  Pastu rasa macam kulit akak ini bernapas dengan sungguh mudah.

Sekian,  terima kasih u olls.  Ada seberang soalan,  sila email pada akak.  Thanks.

11 comments:

  1. suke..suke..suke...tengss kak merr yg mletop n vogue de vassss!!!

    ReplyDelete
  2. ishkk..awat ang x kongsi petua nih awal2 dgn besan ang nih. aku pun nk muka suci gaaaakkkk. ahaahah.. :D

    ReplyDelete
  3. thanks sebab sudi share. aritu SA kat elianto promote tapi tak jelas macam uols nye penceritaan. cargas nak jugak lah.

    ReplyDelete
  4. salam kak jumie~ nak YM boleh?? nak tanya pasal makeup~

    ReplyDelete
  5. suke sukee..tengs jumie 4 da info..btw produk elianto mmg beshhh n sgt2 murah tp da vogue gtuuu..i loiikiee :)

    ReplyDelete
  6. nk beli kat mane jumie??aku sgt2 berminat nie..:)

    ReplyDelete
  7. jumie.bleh bg makeup tips utk org mata sepet x?agak susah nk pakai eye shadow la.ish3

    ReplyDelete
  8. pas baca blog nie trus jer beli..n sgt2 puas ati..pasnie bg tips lg yek..

    ReplyDelete
  9. ok ke elianto nyer make-up? mesti cuba ni. nak tanye laa.. cosmetic 'farmasi' ok x?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...