31.3.10

Dear Kak Merr : Business Anak Ikan

U olls.  Apa khabar.  Hari ini akak nak jawab satu solan yang sungguh akak memusykilkan diri akak.  Tapi akak akan cuba menjawabnya supaya akak berasa puas hati untuk u olls semua.  Yelah,  kalau tak jawab,  u olls kata akak kekwat pulak kan.  Sedangkan akak yang rupawati ini adalah sangat lemah lembut dan biasa saja.

Soalannya adalah seperti demikian.

Name: Asmizah

Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :
Saya nk tnye pasl kos nk bukak 1 spa fish ni..saya dalam rnacangan nk bukak spa fish..so klu tak keberatan,sy nk mntk tlg terangkan serba sdikit tentang spa fish ni..boleh hbungi sy di talian, 013 434xxxx
--
Date/Time: 2010-03-23 23:01:28 PDT
Sender IP: 203.82.94.7 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer: http://jumiejumie.blogspot.com/2009/04/sesi-ikan-gigit-kaki-ku.html

U olls. Inilah jawapan akak. 

Dear Asmizah.
Nama u olls nak sama dengan nama akak jer.  Iaitu Jumizahwati yang rupawati.  Kelessssssssssssss.  Noks.  Akak terkesima seketika tatkala mencapat email u olls.  Sah-sah u olls ingat akak ini pengusaha ikan gigit kaki itu kan?  Setelah membaca belog akak ini  :  Sesi Ikan Gigit Kaki Ku

Noks.  I olls sebenarnya buat business jenis ikan lain.  Ikan-ikan akak ini adalah sungguh cumels.  Pelbagai warna,  rupa,  size dan fungsinya.  Mereka tidak perlu duduk di dalam air terlalu lama kerana mereka adalah akan mengembang.  Anak-anak ikan i olls tak perlu gigit kaki,  tapi kalau nak suruh depa buleh saja.

Berikut adalah senarai gambar anak-anak ikan ku. 



ps/  Selamat memilih anak-anak ikan akak yang amat akak sayangi. 

Dear Kak Merr : Poh Kong atau Habib??

Hai u olls.  Buat apa hari ini?  Macam biasalah,  email akak ada banyak soalan yang menyemtuh jiwa akak untuk menjawabnya.  Oleh itu,  ini antara soalan yang akak suker sangat.  Akak rasa macam sangat pakar ketika menjawabnya.  Soalan hari ini  berbunyi begini  :

Name: Bedah(Bukan nama sebenar)

Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :
Jumie...saya bakal melangsungkan pertunangan hujung tahun ini i-allah..tp apa yg bermain di benak pikiran saya yg bijaksana ini ialah psai cincin ni..

ari tu saya tgk kat Habib Jewel cincin mas putih cam cantek ja..bf saya pn prefer mas putih..tp saya rasa macam xdak harga la mas putih..emas 916 lagi nampak menyerlahkan? (Kalu xdak duit leh gak antaq pajak gadai..kah3x!!)  Dekat Poh Kong lawa2..harga pun leh tahan..Apa pndapat Jumie tentang pemilihan warna cincin untuk masjlis pertunangan ni? 

Emas putih @ Mas 916?

Poh Kong @ Habib Jewel?


--
Date/Time: 2010-03-23 23:28:10 PDT
Sender IP: 124.13.6.204 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer:  http://jumiejumie.blogspot.com/
Jawapan dari akak  :

U olls.  Suker sukirnya akak mendapat soalan ini.  Akak teruja ruji membacanya.  Sehingga akak rasa macam nak mengepi kedai emas sekarang dan menyuwep kad kredit akak ini dan membeli  7 bijik cincin.  Akak memang suka membli barang kemas.  EMAS.  U ols pun tau kan?  Walaupun koleksi akak hanya ciput dan tak lah meleps sangat.  Tapi bila ada wang lebih,  dapat bonus,  dapat duit hadiah....akak suka beli barang emas.

Tapi u olls tanya ini untuk perkahwinan kan?  U olls suka suki tau.  Ini pendapat akak la.  U olls boleh amik sebagai panduan sahaja.  Jangan la u olls tiru sejibik-jibik.

I olls berpendapat,  cincin tunang biarlah grand u olls.  Bertatah belian yang sungguh cantek laksana.  Memang ada banyak jenis batu permata,  tapi yang paling cuns dan menunjukkan tanda kasih sayang si jantan yang bakal menjadi laki kita.  Baik u olls suruh dia beli berlian ok. 

Nak ikat dengan emas merah atau emas putih,  terpulang pada citarasa dan kesukaan u olls.  Yang penting designya meletops dan membuatkan u olls rasa happy tatkala memandangkannya.

Tapi bila akak kata grand tu tak bermakna u olls pilih cocktail ring untuk buat cincin kahwin!  Its a big no no ok!!!  Di sini akak tunjukkan contoh ok.


YES FOR ENGAGEMENT / WEDDING!!
Diamond with white gold.  Yang ini memang klasik.  Memang nampak cantek sangat.  Kalu u olls pakai simple dress pun.  Nampak kesempurnaan seorang wanita bila berdiamond begini.

Yellow gold with diamond.  This looks cantek and wallah gitu.  I olls suka yellow gold.
Ini latest trend in fashion,  rose gold. 


Kalau u olls nak,  boleh tempah tiga kaler terus cam ni!!
NO NO FOR ENGAGEMENT / WEDDING

Janganlah beli cincin besak gedongga macam Mami Jelutong ni for wedding.  Yes,  u olls anak orang kaya.  Tauke nasik kandak.  Tapi tolonglah,  kalau nak beli cincin besak.  Not for your wedding.  Dont choose cocktail ring for your THE RING on your wedding day. 




Kalau u olls nak bajet and dapat good pricing, ada dua tips untuk u olls. 
Pertama,  buatlah baik dengan satu kedai emas yang u olls buat lawatan tahunan setiap kali u olls nak membeli barang emas.  Pastinya tauke-tauke emas akan sayang.  Depa nanti bagi banyak diskaun kat u olls.  Tambah pulak kalau u olls rajin bawak kawan untuk rekemen kedai dia. 

Kedua,  u olls try la pi time  musim-musim Mega Sales,  time tu u olls boleh dapat murah sampai 70% okay!


Habib dan Poh Kong memang yang terbaik u olls.  Sebab depa adalah antara nama-nama empayar emas yang meletop di Melesia ini.  Tips akak,  kalau nak cari emas pergi kedai Cina.  Kalau nak beli batu permata,  pergi kedai mamak.  Akak suka design-design kat dua-dua kedai ini.  Memang kalau musim nak raya,  i olls dan kakak-kakak akak dan Kak Edeh ibu akak suka mengepi Habib untuk 'tukar rantai'.

Tradisi "tukar rantai" ini adalah di mana kami akan meng-trade in rantai kami beli raya tahun lepas dengan rantai yang lebih besak. 

SO,  berbalik pada soalan u olls.  I olls cadangkan,  u olls pergilah buat survey dulu kat semua kedai-kedai.  Dan,  kalau duk tengok ada satu cincin tu yang u olls duk teringat sajia.  Maka u olls amiklah ia.  Kerana cincin juga ada auranya. 

Mengapa u olls nak jual u olls!  Itu semua pendapat orang tua-tua kita,  kalau takdak duit pi jual cincin.  Aiyoo....zaman sekarang masyarakat dah maju.  Insya Allah,  u olls murah rezeki sampai tua.  Tak sampai kena paksa juai cincin sebab nak beli beras. 



ps/  I olls pun dah tempah cincin tunang.  Thanks En.  Khafi yang menempah awal untuk si bakal tunang yang berjari agam ini.  Akak teruja u olls.  Nanti dah siap dia pi amik. Cincin akak spesyel ok.  Kat Poh Kong atau Habib pun tarak ok.  Kelessssssssssssssssss

JAWAPAN SOALAN CEPU EMAS SEMPENA JUMIE SAMSUDIN 25TH BIRTHDAY

Hai u olls semua.  Sorry semalam i olls tak publish apa-apa kat belog akak ini.  Sorry tau.  Bukan sengaja,  last weekend i olls dan Cakcing dan para gerembolan telah mengepi ke KL untuk membeli barang-barang THO Red Gincu dan apabila balik ke Penang,  i olls mengalami migrain yang amat durjana sepanjang hari.  Alangkah sedihnya,  i olls duk verver nak duduk rumah,  lepak,  kemas rumah sambil online layan u olls semua.  Tapi,  hampeh kerana akak tersadai di atas sofa di rumah dengan kain yang diremdamkan dengan air sejuk ke atas dahi akak yang cantek macam Tyra Banks ini.

Oleh itu,  tampa membuang masa.  Marilah kita semua teruskan membaca sepuluh soalan yang i olls pilih dan i olls akan menjawabnya dengan seikhlasnya!!
Soalan Pertama :
Hi kak! Muka nampak bersih + suci + sweet je la nii. Apa rahsia? ** happy becoming birthday kak merr.. may allah bLess u :-)
Yang benar, Tidak dinyatakan












Jawapan  :

U olls.  Senang jer rahsia akak yang bukan rahsia ini.  Akak ini suka senyum dan tidak sombong.  Oleh itu,  u olls jangan la duk amalkan formula muka sombong itu membuatkan  u olls menjadi lebih hot.  Hakikatnya,  u olls tak akan jadi hot langsung kalau sombong ok.  Oleh itu,  senyumlah wahai cek mek molek.


Soalan Kedua :
Ehehehe.. Assalamualaikum Kak Jumie merr..
Soklan pertama: antara nasi lemak kafe bakti permai dgn nasi campuq kafe fajar harapan, yg mana 1 akak nk sebagai adiah besday anda??? ♥ ♥ ♥
Azlan Abdul Rahman













Jawapan :
Akak pilih Kotiau Sup Bakti.  Cabai lebih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Soalan Ketiga :
Bila cik jumie nak buat photoshoot dengan dress gold yang masih ada dalam simpanan kita tue???
Laleks Apaches


















Jawapan akak  :

Overla kau ini.  Suka nak interprem kan?  Sudah-sudah.  Sekarang akak tak mau jadi model lagi.  Akak nak jadi runway coach macam Miss Jay.  Keles.........

Soalan Keempat :
Jumieee...ppl say.."Laughter is The Best Medicine"..
U r my "Medicine"..Macam Antibiotik...kena ambik hari2..tanpa fail..

I think..more than antibiotik..
jadi drug d..alamakk..!!

How did i become soo addictive of u..?!
Wht r u made of..?
Wht kinda drugs r there in u...??
Newayz..my early burfday wishes..!!

:)
Doris Shantini


Jawapan :
Hey Doris.  Keles......suka suki kan kata akak ini macam ubat dadah dan sebagainya kan?  Akak ini adalah seorang yang sungguh suci murni diperbuat daripada tujuh jenis gula dan tujuh jenis bunga-bungaan.  Sebab itu i olls manis sentiasa dan tidak jemu dipandang seperti seorang bidadari.  Keles.....I think why u olls like to read me,  its because i write what comes out straight from my heart.  Keles....speaking London kan???  Thanks Doris.  Nanti kita pi tengok show Ramli Ibrahim lagi ok.


Soalan Kelima :
Okeh, sejak bila akak nie jadi orang yg ala2 ganaz n gelojoh cm skang?


















Jawapan  :
Sampai hati nok hang kata akak gelonjoh kan?  Akak terus sedih.  Tapi takpalah,  i olls nak jawab jugak soalan itu.  I olls memang seorang yang agresif dari kecik.  Sebab father akak,  iaitu Abang Manap selalu menjangkakan akak ini adalah anak lelaki.  Tetapi terkeluar dari perut mak i olls ialah seorang baby girl yang lebat rambutnya.  Sampai form 3 beliau masih tak boleh pergi menjala ikan tampa i olls.  Tetapi masa telah berubah,  i olls jadi suci sebentar setelah masuk alam remaja.  Tetapi penulisan dan cara akak yang stret forward ini adalah sebagai suatu kebangkitan akibat diDUMB oleh ex bf akak iaitu En.  Duda pada bulan September yang lalu.  Hingga kini,  akak berjanji akak tidak akan biarkan hati akak senang-senang dibuli oleh orang lain lagi.

Soalan Keenam :
Apakah perasaan anda setelah berumur 25 tahun?? (soklan cepu gangsa...)
Azura Jaapar














Jawapan  :

Terus terang saya tak berapa eksaited dengan menengok umur ini kerana i olls rasa i olls banyak temui kegagalan dari kejayaan.  Dan segala usaha yang akak baru nak buat ini belum menemui hasilnya.  Like mat saleh said "Im not there yet!!".

Soalan Tujuh  :
Happy Birthday!!! Semoga lebih verver lagiiii ... and semoga berjaya sign kontrak untuk membership kelab buat anak dalam tahun ini ... tapi jangan la sign kontract tu sekadar nak dapat lesen buat anak ... semoga objektif utama untuk lemayari kehidupan yang lebih kepada sharing of happiness ... urm nak share sikit .. almaklumla laru balik dari kursus seksualiti ... matlamat sex - #1, sex for making babies ... tak fokus kepada share, care, feelings for partner ... memang sekadar settlekan kerja untuk buat anak jer ... dalam 5 minit dah boleh settle dah and then tunggu period mai ke tak mai .. #2 - sex for love making ... ini ada step by stepnya ... ada intro, pas tu pertengahan, klimaks and penurunannya sebelum proses rumusan dan penilaian pada akhir sesi, ada grafnya ... sesi soal jawab selepas sesi ... perbincangan berkaitan belaian, teknik dan kepuasan dan muhasabah secara bersama untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan love-making tuuuu ... he he .. ini baru 2 objektif dan objektif of having sex antara couple adalah berbeza ... ada lagiks objektif lain tapi tak ingat ... urm .. nota teringgal dalam kereta .. nanti sharing lagi yek ... basically 2 ni la ...So ... i wish you all the nice-nice things in the world to you for this birthday yekkkk ...
Yang benar, 
PJ - tidak boleh dipaparkan












Jawapan :

Akak terkesima u olls.  Thanks PJ.


Soalan lapan  :
Salam, sempena besday u, ini soalannya, jika diberi pilihan. Anda mahu menetap di Kedah atau Penang. Sebabnya? p/s:- saya pon dilahirkan di Kedah & dibesarkan di penang.
Yang benar,  Sun Melon : sunmelon@yahoo.com


















Jawapan  :
Saya nak menetap di Penang.  Nak beli sebijik kondo di sini.  Beranak di sini.

Soalan sembilan  :
Soalan nie mungkin pelik..tp lepas balik gymming...sewiiiuuuusss ifa mmg terliuq tgk blog kak jumie tu ada aih kcg....nyuummm...yumi2... kat mana nak dpt aih kcg mcm tu..
Salam,hantu aih kcg :D

Thanks..
Ifa  :  hafifanasha85@gmail.com

Jawapan  : 
Chess...takdak soalan lain ka?  Akak pun memang hantu ais kacang jugak.  Tapi rahsia akak,  ais kacang tapi tak mau kacang merah. 

Soalan sepuluh  :
Assalamualaikum WBT,
Kepada Kak Mer, selamat menyambut ulangtahun yang ke 17, semoga panjang umur, murah rezeki dan mendapat jodoh yang baik adanya.

Soalan Mimi Mastora kepada Kak Mer:
  1. Kak Mer, kalau Kak Mer diberi peluang memerintah negara Malaysia nie selama seminggu ja, apakah perkara drastik yang Kak Mer nak lakukan?
  2. Kalau Kak Mer xmenjadik Sekreteri yang vogue seperti ini sekarang, pada pendapat Kak Mer, Kak Mer dok buat apa la nie selein daripada ver-ver n cikcur? hehe...(cita2 masa kecik ka, dsb
  3. Kak Mer punya future planning?
  4. Kak Mer boleh bagi tips sket nak cr jodoh / jejans mcm mana x? Mimi Mastora di sini dah xlarat dah nak mencikcur mencarik jantan dah, asyik kena tipu ja. hehehe....walaupun tengah berhubungan sekarang tp hati rasa xsedap kan....hehe. gitew

Timaseh kak mer, harap kak mer dapat menjawab dgn jujur k. thanks.
Name: Mimi Mastora Penang
Email Address: Dirahsiakan
















Jawapan:

Kelas!!!  Kak Mimi Mastora Karipap pun menyinggah belog akak dikala besde akak ini.  Thanks u olls.  Rasa cam nak gigit u olls ja.  Lama tak makan karipap ni.  Baiklah,  sebagai menepati impian u olls.  I olls akan menjawabnya dengan hati yang terbuka.

  1. Kalau diberi peluang untuk memerintah negara selama 1 minggu,  i olls suruh semua hakim hakim  jantan kat Malaysia ni turun takhta sebentar dan bagi hakim PEREMPUAN yang naik takhta!!  Pastu bagi setel semua sebut-sebut kes wanita-wanita teraniaya.  Terutamanya kes-kes wanita tak dapat hak tuntut nafkah,  kes wanita tuntut hara pencarian setelah kena cerai,  kes wanita dapat hak tunturan insurance selepas kematian suami dan seterusnya.  Pastu i olls nak bukak kaunter untuk semua wanita dan PLU untuk memberitahu semua masalah dorang!  Kes gangguan seksual,  boss yang sexist,  dan suruh kaji semula semua akta-akta perlindungan wanita.  U olls,  negara yang maju dapat dilihat pada wanitanya ok!!
  2. Keless.....akak suka soalan ini.  I olls rasa kalau tak menjadi sekretari sekarang, i olls menjadi penyanyi untuk private-private hotel di Melesia ini. Sebab masa i olls belajar kat POLISAS i olls banyak offer dari kawan-kawan i olls yang buat beribu-ribu ringgi dengan menyanyi.  Sebulan dua bulan masuk pulau,  nyanyi untuk family orang-orang kaya yang sewa private island.  Keluar duk ada ribu-riban dalam tangan. Tapi i olls macam tolak kannya sebab i olls nak sambung belajar.
  3. FUTURE planning?  Nak tengok The House of Red Gincu ada kedai tiga tingkat!!!!!!
  4. U olls.  Naper cakap cam ni.  Entahla,  masa i olls mencekcur sana sini ketiak di zaman janda.  I olls memang seronot u olls.  Tayang jantan kepada rakan-rakan dengan bangganya.  Siap pass number kepada rakan-rakan yang tersuka kat himpunan jantan-jantan akak.  Siries noks.  I olls memang rasa cam nak balas dendam kat diri sendiri sangat time tu.  I olls tak pernah cerita ni secara public,  tapi sebab dah janji i olls cerita jugak.  Marah jantan-jantan akak ini ketiak membacanya,  please jangan marah ya Abang Kudus,  En.  Dugong dan lain-lain.  U olls tak pernah rasa macam akak mainkan perasaan u olls kan?  Kita kawna-kawan mesra ja kan?
    So,  sampailah i olls terfikir dan berkata pada diri akak setiap hari tatkala melihat diri akak di dalam cermin "Sampai bila u olls nak cekcur?"  kata akak pada diri akak sendiri.
    So,  kesimpulannya,  semuanya bermula dengan hati.  Biarpun benda yang elok tu datang lambat,  tapi ingatlah,  kalau benda tu datang cepat dan senang,  maka cepat dan senanglah dia nak belah dan tinggal kita jugak.

Sekian sahaja.  Thanks untuk semua yang sudi memberikan akak ucapan dan soalan ini. I olls harap jawapan yang i olls bagi ini dapat memuaskan hati u olls semua.  Sorry i olls jawab lambat,  sebab sepatutnya semalam jugak i olls menulis jawapan ini dalam belog akak. Tapi akak mengalami migrain yang amat kritikal tatkala hari jadi akak yang ke doploh lima ini.  Thanks semua.   Akak dah penat.  Nanti minggu-minggu depan i olls akan tulih cerita - A story about my 25th Birthday | Two suprises,  a journey and a migrain!!

Thanks semua yang hantar ucapan kepada akak di Facebook,  HP,  YM dan email i olls.  Thanks semua.  Adalah dalam 200 mesej semuanya.  Ada yang i olls sempat balas.  Tapi yang i olls tak sempat balas tu.  Jangan risau,  i olls terima semuanya.  Thanks ya.

Sekian,  teruskan membaca belog Jumie Samsudin lagi 25 tahun lagi!!!

26.3.10

SOALAN CEPU EMAS UNTUK JUMIE SAMSUDIN SEMPENA 25 TAHUN BESDE!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera u olls,

Senayan, 29 Mac 2010 bersamaan 13 Rabiulakhir 1431 adalah jatuhnya besde akak. Di mana 25 tahun yang lampau, i olls telah dilahirkan sebagai Jumizah binti Samsudin di Hospital Bersalin Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Sorry u olls. Selama ini, akak tipu u olls kata akak asal Venezuela, tapi rupa-rupanya, akak ini dilahirkan di Kedah dan dibesarkan sahaja di Penang.

Mesti u olls terkejutkan.


Oleh itu, sepanajang hujung minggu ini, emaillah kepada akak seberapa soalan CEPU EMAS untuk Jumizah Samsudin.

U olls boleh email kat jumie_samsudin@yahoo.com, guna borang dalam belog ni, atau komen kat Facebook ni.

I olls akan menjawabnya dengan ikhlas dan tulus hati yang jujur. JANJI!!! I olls akan menjawabnya dengan jujur pada Senayan ini iaitu pada Besde Jumie Samsudin yang ke 25 tahun.

Sekian,

Memastikan Kelestarian Hari Esok
Jumizah binti Samsudin (Akak letak nama betui ni!!!!)

Dari Lensa Kak Berry - Februari and Mac 2010

U olls.  Ini adalah himpunan gambar yang i olls amik dari Kak Berry iaitu Blackberry kepunyaan ku yang sungguh cumels ini seperti tuannya.  So marilah kita tengok koleksi gambar yang ada.

Gambar ini ketika i olls tengah makan nasik kandar dengan Cakcing kat Kampung Melayu.  Kunon ver-ver makan di kala petang di bawah pokok...sekali.  TODIAAAAAAAAAAAA....celaka burung mana telah menerbang dan berak atas paha beta.  Siyeeeeeeeee betui!!!


Ini gambar school akak,  iaitu office akak,  iaitu School of Social Science.  Bangunan C06 yang sedang direnovate.  Kalau u olls nak tau,  di bangunan inilah Ali Setan berlakon jadi Dekan untuk pekena Asmida dalam citer Ali Setan.  Sampai lani tahun 2010 baru nak renovate.  Kelesssssssss!!!


Hari tu,  akak ke Rokwok a.k.a Lorong Kulit,  Penang.  Mak aii...tiba-tiba segerombolan lembu melalu tepi i olls ketika melintas titi lengkong.  I olls teringat masa verver kat New Zealand hari tu.



Masa jalan-jalan kat dalam Rokwok,  ada orang jual payung mak aiii besar dan berwarna-warni.  Memang besar.  U olls boleh duduk 4 orang bawah dia.  Tapi kalau akak and En.  Khafi...maknanya dua orang ja muat.  Harga dia RM10 sahaja.  I olss beli 1.


Hari tu,  mak i olls iaitu Kak Edeh telah membeli nasik lemak lauk huruf N.  I olls ingatkan berlauk NAGA.  Tetapi salah!!  Ianya berlauk NAGET.



 TONG SAMPAH JUMIE SAMSUDIN.  Kelesssssssss



Hari itu,  ketika i olls nak membalik kerja.  Tiba-tiba macam jem lagi.  I olls pun bosan.  Rupa-rupanya ada kereta lembu u olls. 



Ais kacang ini adalah sungguh berjasa di kala hari yang sungguh panas dan bijaksana itu.


Ini pulak gambar terbaru yang sungguh lawak.  Pokok pisang ini tumbuh ditepi parit,  maka si tuan pokok telah mengikat batang pokok itu dengan tali dan menghubungkand engan satu tiang ditepinya.  Supaya pokok itu tidak jatuh.  U olls kena click atas gambar ini baru mentengok dengan lebih clear.


Hari itu adalah orang mai pasang aircond kat rumah i olls ini sempena musim panas yang melampau.  Pastu i olls amik gambar ni.  Rasa-rasanya,  depa duk buat apa ni u olls?

Suvvi yang Comelwati

U olls.  Lama akak tak cerita pasai Suvvi kan?  Si cucunda i olls yang comelwati itu.  Dia kini sudah besar dan makin nakal hendaknya.  Tidak boleh tengok benda yang bergoncang dia pasti menganggapnya musuh dan mahu menangkapnya dengan cepat.

Setiap hari,  tatkala akak berehat di rumah.  Ada sahaja gelagat dia yang sungguh mencuitkan ketir akak ini.  Marilah kita mentengok koleksi gambar beliau.

Mengkacau akak ketika nak semayang.  Dia sungguh cumels.  Dia takkan naik atas kita.  Dia tau kita nak semayang.  Tapi bila kain kita bergerak-gerak dia pun cuba menangnkapkannya.









 "MOK....JOM LA MAIN DENGAN SUVVII..BORINGLAAAAAA"


Dia paling dengki kalau orang tak mau melayan dia.  Dia nanti gigit kita sampai kita main dengan dia sat.  Dah la main ganas.  Dia gigit betui-betui. 


Kalau u olls nak tau,  cucunda i olls ini.  Kalau dia penat bermain,  and we olls tak layan dia.  Dia suka mentengok TV.  Tak caya tengok la gambar ni.  Dia paling suka tengok Despereate Housewive.

Minuman kegemaran ialah ayak milo dan makanan kegemaran adalah kek cokelat.  Kalu dia bau cokelat,  dia pun akan mengeiau-iau dan suruh kita suap dia.  Pastu,  bila dia nak minum cokelat drink,  dia akan buat -buat mengantuk.  Bila main pun dia buleh duk -duk buat macam nak jatuh pengsan.


Suvvi lani dah masuk 4 bulan. Lani dia dah rapat dengan akak.  Dia tak rapat dengan mama dia dah,  si Lisa tu.  Sebab lani Lisa dah ngandung lagi.  Nah...inilah Lisa.  Terbongkak penat. 

ps/  Akak tak ajar dia tiru akak tidur ok!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE