23.3.10

Dear Kak Merr : Kutuk And Belah

U olls. Hari ini kita ada email yang meletop kepada akak. Akak nak share dengan u olls semua. Akak sedih baca surat dia ini. Sebab tersentuh di jiwa akak kerana akak jugak terasa macam akak ada kes yang sama macam beliau. Mari kita sama-sama membacakannya.

Name: Siti

Sila tuliskan persoalaan / luahan / komen anda di sini :

Dear Jumie,


Boleh tak tolong buat entry pasal kawan yang mulut macam longkang? Tak reti macam mana nak mula ni. Maybe I citer je dulu nanti jumie olah la balik kasi ok k. Sebenarnya, malas la nak gaduh-gaduh ni jumie, kita ni dah dewasa, dah nak tua dah pun. Kalau gaduh hari ni, rasanya sampai ke tua pun takkan bertegur. Betul tak?

Sebenarnya tadi dah type panjang2, tapi I delete semula. Taknak la citer terlalu detail n sampai mengaibkan orang. I bagi contoh je k. Contohnya, macam ni : Kawan lama kita bercerita yang tak betul pasal diri kite ni dan hebohkan kat kawan-kawan kite yang lain. One day kawan yang lain tu sampaikan balik kat kite. And bile dah rasa panas hati, I perli la dia, contohnya ko tahu tak ada orang cakap aku bla bla bla..and dia jawab "Ye ke,mana ko tahu?",

I jawab "Ada la orang smpaikan" and maybe dia terasa ape yang dia kutuk tu smpai ke telinga I. Tapi yang bestnye dia gi ngamuk cakap kawan dia tikam dia dari belakang, talam 2 muka la.

Hello, ko yang kutuk orang, pastu citer tu sampai kat tuan punya badan ko nak ngamuk plak? Sepatutnya ko kena malu pada diri sendiri sebab aku tahu ko kutuk aku. Betul tak? Ni dia nak marah kat orang yang menyampaikn berita plak.

Secara ringkas nye macam tu la Jumie..so sampai ari ni I dah lost contact ngan budak tu. I ni jenis tak reti nak bergaduh sampai tak bertegur, tapi kalau dia nak menghilangkn diri macam tu, tepuk dada tanye la selera. Maybe I nak lembut ati sangat ke jumie? Salah orang lain tapi I sendiri yang rasa tak sedap ati. So kalau I diberi peluang untuk tinggalkan pesanan kat kawan I tu "Berubahlah, kemudahan internet yang ada tu guna kan la untuk yang berfaedah, bukannya nak kumpul berita and jaja 1 Malaysia. Muhasabahlah diri,bukannye ngamuk benda yang berpunca dari mulut kita sendiri. semoga one day kite berbaik-baik semula. Aku ni jenis tak simpan dalam hati,so kalau ko rasa terbuka ati nak mintak maaf,sila2 kn la.


Thanks Jumie sebab sudi dengar luahan hati yang tak seberapa ni. Maybe orang lain tak heran hilang sorang kawan yang perangai macam tu, tapi bagi I tak..lastly, jaga la hal diri sndri,ambik tahu serba sikit hal orang lain taksalah,tapi jangan la reka benda yang buat. Kalau takde keje sangat,gi la sambung belajar ke.

Akak menjawabnya :
Dear Siti,

Baiknya hati hang. Siries. Akak rasa macam nak termenangis tatkala membaca email hang ini. Dah la akak baca betul-betul semula di waktu malam. Hang tau tak. Apa yang hang buat ni memang sangat betul. Hang tak salah. Kawan hang tu pergi menjauhkan diri sebab dia tau dia salah. Bagi aku, aku rasa itulah yang terbaik. Baik hang diam dan bagi dia masa dan tenangkan diri dia. Orang kata, kita takkan temui cinta dalam keadaan tak tenang. So hang biarkan sahaja dia pergi dan belajar dari kesilapan dia. And aku respek hang sebab hang sudi menerima dia kalau dia kembali. Noks, tipulah kita cakap kita tak sedih kan kalau kita kehilangan kawan cam ni. Dulu penah ada orang kata kat akak "Aku tak rugi apa pun tak kawan dengan hang," Kelesssssssssssssssssssssss……last sekali? Siapa yang tiba-tiba email akak nak cerita cerita pasai kisah dia. Akak jugak la yang terpaksa dengar ok.

Oohhhhhh!  SHADAPPPP!!!!


Anyway, I don't want to say much. But I learn something from your story. When its time tu diam, kita diam jer.

When our friend need her time, bagi dia time. Even dia tuduh kita macam – macam dan kutuk kita macam-macam. When our friends kutuk kita……what kita patut buat?

KUTUK DIA BALIK!!!! HAHAHAHAH Senang cerita u olls.

Sorry Siti u olls….akak tak berapa nak suci macma u ollls. Apa pun u olls jangan terpengaruh dengan akak. Sekian.

2 comments:

  1. owh ini pernah terjadik pada diri i.. i berkawan ngan dia lama la gak.. tp perangai dia makain x boleh blah, aku ni sabar je la ngan apa yang terjadik, yer la kawan kan.. tapi sampai 1 tahap sampai cik ki dia aku nak kene spedo lemak la kannnn.. tup tup dalam masa yg sama aku ada dgr dia ada burukan aku, kata aku ni mcm2, dan aku terus cakap ngan dia dan sampai ke hari ni aku tak bertego sapa dengan dia apatah lagi berjumpa dgn dia.. itu la yg terbaik sebab kita perlu carik kawan yang benar kawan...

    ReplyDelete
  2. uiks... same dengan je nagn kisah aku...dia salahkan aku plaks bile ape yang dia cerita pd aku y ak rs xbetul ttg org laen. last2 aku yang dikata "kawan tikam dr belakang la, aku belakon baek la.."dan mcm2 lagik makidia utk aku. xpaham kan org camtue. mmg mcm2 hal org kat dunia niey. huhu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...