31.3.10

JAWAPAN SOALAN CEPU EMAS SEMPENA JUMIE SAMSUDIN 25TH BIRTHDAY

Hai u olls semua.  Sorry semalam i olls tak publish apa-apa kat belog akak ini.  Sorry tau.  Bukan sengaja,  last weekend i olls dan Cakcing dan para gerembolan telah mengepi ke KL untuk membeli barang-barang THO Red Gincu dan apabila balik ke Penang,  i olls mengalami migrain yang amat durjana sepanjang hari.  Alangkah sedihnya,  i olls duk verver nak duduk rumah,  lepak,  kemas rumah sambil online layan u olls semua.  Tapi,  hampeh kerana akak tersadai di atas sofa di rumah dengan kain yang diremdamkan dengan air sejuk ke atas dahi akak yang cantek macam Tyra Banks ini.

Oleh itu,  tampa membuang masa.  Marilah kita semua teruskan membaca sepuluh soalan yang i olls pilih dan i olls akan menjawabnya dengan seikhlasnya!!
Soalan Pertama :
Hi kak! Muka nampak bersih + suci + sweet je la nii. Apa rahsia? ** happy becoming birthday kak merr.. may allah bLess u :-)
Yang benar, Tidak dinyatakan












Jawapan  :

U olls.  Senang jer rahsia akak yang bukan rahsia ini.  Akak ini suka senyum dan tidak sombong.  Oleh itu,  u olls jangan la duk amalkan formula muka sombong itu membuatkan  u olls menjadi lebih hot.  Hakikatnya,  u olls tak akan jadi hot langsung kalau sombong ok.  Oleh itu,  senyumlah wahai cek mek molek.


Soalan Kedua :
Ehehehe.. Assalamualaikum Kak Jumie merr..
Soklan pertama: antara nasi lemak kafe bakti permai dgn nasi campuq kafe fajar harapan, yg mana 1 akak nk sebagai adiah besday anda??? ♥ ♥ ♥
Azlan Abdul Rahman













Jawapan :
Akak pilih Kotiau Sup Bakti.  Cabai lebih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Soalan Ketiga :
Bila cik jumie nak buat photoshoot dengan dress gold yang masih ada dalam simpanan kita tue???
Laleks Apaches


















Jawapan akak  :

Overla kau ini.  Suka nak interprem kan?  Sudah-sudah.  Sekarang akak tak mau jadi model lagi.  Akak nak jadi runway coach macam Miss Jay.  Keles.........

Soalan Keempat :
Jumieee...ppl say.."Laughter is The Best Medicine"..
U r my "Medicine"..Macam Antibiotik...kena ambik hari2..tanpa fail..

I think..more than antibiotik..
jadi drug d..alamakk..!!

How did i become soo addictive of u..?!
Wht r u made of..?
Wht kinda drugs r there in u...??
Newayz..my early burfday wishes..!!

:)
Doris Shantini


Jawapan :
Hey Doris.  Keles......suka suki kan kata akak ini macam ubat dadah dan sebagainya kan?  Akak ini adalah seorang yang sungguh suci murni diperbuat daripada tujuh jenis gula dan tujuh jenis bunga-bungaan.  Sebab itu i olls manis sentiasa dan tidak jemu dipandang seperti seorang bidadari.  Keles.....I think why u olls like to read me,  its because i write what comes out straight from my heart.  Keles....speaking London kan???  Thanks Doris.  Nanti kita pi tengok show Ramli Ibrahim lagi ok.


Soalan Kelima :
Okeh, sejak bila akak nie jadi orang yg ala2 ganaz n gelojoh cm skang?


















Jawapan  :
Sampai hati nok hang kata akak gelonjoh kan?  Akak terus sedih.  Tapi takpalah,  i olls nak jawab jugak soalan itu.  I olls memang seorang yang agresif dari kecik.  Sebab father akak,  iaitu Abang Manap selalu menjangkakan akak ini adalah anak lelaki.  Tetapi terkeluar dari perut mak i olls ialah seorang baby girl yang lebat rambutnya.  Sampai form 3 beliau masih tak boleh pergi menjala ikan tampa i olls.  Tetapi masa telah berubah,  i olls jadi suci sebentar setelah masuk alam remaja.  Tetapi penulisan dan cara akak yang stret forward ini adalah sebagai suatu kebangkitan akibat diDUMB oleh ex bf akak iaitu En.  Duda pada bulan September yang lalu.  Hingga kini,  akak berjanji akak tidak akan biarkan hati akak senang-senang dibuli oleh orang lain lagi.

Soalan Keenam :
Apakah perasaan anda setelah berumur 25 tahun?? (soklan cepu gangsa...)
Azura Jaapar














Jawapan  :

Terus terang saya tak berapa eksaited dengan menengok umur ini kerana i olls rasa i olls banyak temui kegagalan dari kejayaan.  Dan segala usaha yang akak baru nak buat ini belum menemui hasilnya.  Like mat saleh said "Im not there yet!!".

Soalan Tujuh  :
Happy Birthday!!! Semoga lebih verver lagiiii ... and semoga berjaya sign kontrak untuk membership kelab buat anak dalam tahun ini ... tapi jangan la sign kontract tu sekadar nak dapat lesen buat anak ... semoga objektif utama untuk lemayari kehidupan yang lebih kepada sharing of happiness ... urm nak share sikit .. almaklumla laru balik dari kursus seksualiti ... matlamat sex - #1, sex for making babies ... tak fokus kepada share, care, feelings for partner ... memang sekadar settlekan kerja untuk buat anak jer ... dalam 5 minit dah boleh settle dah and then tunggu period mai ke tak mai .. #2 - sex for love making ... ini ada step by stepnya ... ada intro, pas tu pertengahan, klimaks and penurunannya sebelum proses rumusan dan penilaian pada akhir sesi, ada grafnya ... sesi soal jawab selepas sesi ... perbincangan berkaitan belaian, teknik dan kepuasan dan muhasabah secara bersama untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan love-making tuuuu ... he he .. ini baru 2 objektif dan objektif of having sex antara couple adalah berbeza ... ada lagiks objektif lain tapi tak ingat ... urm .. nota teringgal dalam kereta .. nanti sharing lagi yek ... basically 2 ni la ...So ... i wish you all the nice-nice things in the world to you for this birthday yekkkk ...
Yang benar, 
PJ - tidak boleh dipaparkan












Jawapan :

Akak terkesima u olls.  Thanks PJ.


Soalan lapan  :
Salam, sempena besday u, ini soalannya, jika diberi pilihan. Anda mahu menetap di Kedah atau Penang. Sebabnya? p/s:- saya pon dilahirkan di Kedah & dibesarkan di penang.
Yang benar,  Sun Melon : sunmelon@yahoo.com


















Jawapan  :
Saya nak menetap di Penang.  Nak beli sebijik kondo di sini.  Beranak di sini.

Soalan sembilan  :
Soalan nie mungkin pelik..tp lepas balik gymming...sewiiiuuuusss ifa mmg terliuq tgk blog kak jumie tu ada aih kcg....nyuummm...yumi2... kat mana nak dpt aih kcg mcm tu..
Salam,hantu aih kcg :D

Thanks..
Ifa  :  hafifanasha85@gmail.com

Jawapan  : 
Chess...takdak soalan lain ka?  Akak pun memang hantu ais kacang jugak.  Tapi rahsia akak,  ais kacang tapi tak mau kacang merah. 

Soalan sepuluh  :
Assalamualaikum WBT,
Kepada Kak Mer, selamat menyambut ulangtahun yang ke 17, semoga panjang umur, murah rezeki dan mendapat jodoh yang baik adanya.

Soalan Mimi Mastora kepada Kak Mer:
  1. Kak Mer, kalau Kak Mer diberi peluang memerintah negara Malaysia nie selama seminggu ja, apakah perkara drastik yang Kak Mer nak lakukan?
  2. Kalau Kak Mer xmenjadik Sekreteri yang vogue seperti ini sekarang, pada pendapat Kak Mer, Kak Mer dok buat apa la nie selein daripada ver-ver n cikcur? hehe...(cita2 masa kecik ka, dsb
  3. Kak Mer punya future planning?
  4. Kak Mer boleh bagi tips sket nak cr jodoh / jejans mcm mana x? Mimi Mastora di sini dah xlarat dah nak mencikcur mencarik jantan dah, asyik kena tipu ja. hehehe....walaupun tengah berhubungan sekarang tp hati rasa xsedap kan....hehe. gitew

Timaseh kak mer, harap kak mer dapat menjawab dgn jujur k. thanks.
Name: Mimi Mastora Penang
Email Address: Dirahsiakan
















Jawapan:

Kelas!!!  Kak Mimi Mastora Karipap pun menyinggah belog akak dikala besde akak ini.  Thanks u olls.  Rasa cam nak gigit u olls ja.  Lama tak makan karipap ni.  Baiklah,  sebagai menepati impian u olls.  I olls akan menjawabnya dengan hati yang terbuka.

  1. Kalau diberi peluang untuk memerintah negara selama 1 minggu,  i olls suruh semua hakim hakim  jantan kat Malaysia ni turun takhta sebentar dan bagi hakim PEREMPUAN yang naik takhta!!  Pastu bagi setel semua sebut-sebut kes wanita-wanita teraniaya.  Terutamanya kes-kes wanita tak dapat hak tuntut nafkah,  kes wanita tuntut hara pencarian setelah kena cerai,  kes wanita dapat hak tunturan insurance selepas kematian suami dan seterusnya.  Pastu i olls nak bukak kaunter untuk semua wanita dan PLU untuk memberitahu semua masalah dorang!  Kes gangguan seksual,  boss yang sexist,  dan suruh kaji semula semua akta-akta perlindungan wanita.  U olls,  negara yang maju dapat dilihat pada wanitanya ok!!
  2. Keless.....akak suka soalan ini.  I olls rasa kalau tak menjadi sekretari sekarang, i olls menjadi penyanyi untuk private-private hotel di Melesia ini. Sebab masa i olls belajar kat POLISAS i olls banyak offer dari kawan-kawan i olls yang buat beribu-ribu ringgi dengan menyanyi.  Sebulan dua bulan masuk pulau,  nyanyi untuk family orang-orang kaya yang sewa private island.  Keluar duk ada ribu-riban dalam tangan. Tapi i olls macam tolak kannya sebab i olls nak sambung belajar.
  3. FUTURE planning?  Nak tengok The House of Red Gincu ada kedai tiga tingkat!!!!!!
  4. U olls.  Naper cakap cam ni.  Entahla,  masa i olls mencekcur sana sini ketiak di zaman janda.  I olls memang seronot u olls.  Tayang jantan kepada rakan-rakan dengan bangganya.  Siap pass number kepada rakan-rakan yang tersuka kat himpunan jantan-jantan akak.  Siries noks.  I olls memang rasa cam nak balas dendam kat diri sendiri sangat time tu.  I olls tak pernah cerita ni secara public,  tapi sebab dah janji i olls cerita jugak.  Marah jantan-jantan akak ini ketiak membacanya,  please jangan marah ya Abang Kudus,  En.  Dugong dan lain-lain.  U olls tak pernah rasa macam akak mainkan perasaan u olls kan?  Kita kawna-kawan mesra ja kan?
    So,  sampailah i olls terfikir dan berkata pada diri akak setiap hari tatkala melihat diri akak di dalam cermin "Sampai bila u olls nak cekcur?"  kata akak pada diri akak sendiri.
    So,  kesimpulannya,  semuanya bermula dengan hati.  Biarpun benda yang elok tu datang lambat,  tapi ingatlah,  kalau benda tu datang cepat dan senang,  maka cepat dan senanglah dia nak belah dan tinggal kita jugak.

Sekian sahaja.  Thanks untuk semua yang sudi memberikan akak ucapan dan soalan ini. I olls harap jawapan yang i olls bagi ini dapat memuaskan hati u olls semua.  Sorry i olls jawab lambat,  sebab sepatutnya semalam jugak i olls menulis jawapan ini dalam belog akak. Tapi akak mengalami migrain yang amat kritikal tatkala hari jadi akak yang ke doploh lima ini.  Thanks semua.   Akak dah penat.  Nanti minggu-minggu depan i olls akan tulih cerita - A story about my 25th Birthday | Two suprises,  a journey and a migrain!!

Thanks semua yang hantar ucapan kepada akak di Facebook,  HP,  YM dan email i olls.  Thanks semua.  Adalah dalam 200 mesej semuanya.  Ada yang i olls sempat balas.  Tapi yang i olls tak sempat balas tu.  Jangan risau,  i olls terima semuanya.  Thanks ya.

Sekian,  teruskan membaca belog Jumie Samsudin lagi 25 tahun lagi!!!

3 comments:

  1. wahh best kan...hehe....mimi mastora kata timaseh uols. hehe.

    ReplyDelete
  2. PERMINTAAN ... BOLEH KALO TAK MO ALAMAT EMAIL KITA DIPAPARKAN??? TENGKEW ...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...