4.3.10

Kakak Halal vs Tok Haram

U olls.  Hari ini i olls nak ceritakan pengalaman mengepi mekap di musim mengawan yang berlaku baru-baru ini.  I olls merasa sungguh insap dengan perkara ini tetapi i olls mencerita sebagai suatu iktibar untuk kita semua.  Saya  tau semua pembaca belog i olls ini bijak-bijak orangnya,  cuma terkadang itu ada jugak HANJING yang suka mencemar maruah they olls kat sini.  Hai u olls,  selamat hari raya.

Bermulalah kisah,  i olls mengepi mekap serang customer yang sungguh cumels.  Dia nak menikah selepas Isya katanya.  So about 8.30 dah nak kena siap.  So i olls pun menjadualkan agar kita memekap di waktu pukul bermula 6.30pm.
Ketibaan i ollls dan Cakcing disambut dengan penuh kasih sayang,  so ketika pengantin tengah mengepi salin baju,  i olls dan Cakcing pun meng set up barang-barang make up i olls itu.  Tiba-tiba masuklah satu makcik yang bertudung labuh. 
"Memang nak kena mekap lani ka?  Lambat lagi nak nikah,"  kata makcik itu tampa salam sejahtera.

"Aha.  Kalau boleh nak siap kena 2 jam u olls.  Kalau tak,  muka tak jadi la macam Siti Nurhaliza,"  kata i olls dengan nada gurau-gurau manja gitu.

"Kalau macam tu,  tak semayang la?"  kata makcik itu.

PENAHAN PETIRRRRRRRRRRRRRRRRRRR menusuk tubuh akak.
Akak pun tak tau nak cakap apa.  Memang betul akak salah u olls.  Tapi nak buat macam mana kan?

"Dia boleh amik ayak semayang dulu,  nanti dah abih mekap,  boleh solat,"  kata i olls.

"Boleh ka?  Halalka barang mekap ni semua?"  kata makcik itu.

"Memang takdak cop Halal.  Sebab ini semua barang luak negara,"  kata i olls dengan vocabulary yang sungguh kampung.

"Kalau macam tu memang tak halal la.  Pasaipa kena mekap sampai 2 jam.  Lama sangat tu," kata makcik itu yang masih tak puas hati dengan i olls.  I olls memang tau memang i olls adalah BERDONSA!!!!  Tapi cara dia tu,  betul ikhlas ka? Atau nak menunjuk best dengan i olls.

"Memang kena 2 jam tau.  Nanti kalau nak tengok saya mekap 2 jam,  dipersilakan,  saya tak kisah.  Tapi dengan syarat kena tutup mulut sebab...................."

"Nanti kacau?"  sambung makcik itu dengan muka kekwat yang teramat sangat.

Tiba-tiba pengantin pun masuklah ke dalam bilik itu dengan baju pengantin yang cantik sekali.  Dia pun apabila mentengok sedaranya ada di dalam bilik pengantin itu tampa urusan yang penting terus berkata,

"Kak Hals,  silalah keluar.  Kami nak buat kerja dah ni,"

"Awat hang duk sibuk aku keluar.  Aku nak tengok la make up 2 jam lagu mana?  Awat tak buleh ka?"  kata makcik itu yang sah-sah menunjukkan dia adalah nak tengok sangat yang aku buat kerja dua jam.

"Saya tak kisah kalau nak tengok,  tapi kalau pengantin tak suka,  kena la ikut cakap pengantin,"  kata aku sambil mencekak pinggang!!!!  Masa ni aku dah standby dengan beberapa bahan api untuk memulakan aksi aksi power rangers.

"Oooo....hang tak suka kat aku!! Sat hang! Jagaaaa!!,"  kata kakak itu sambil mengangkat tangan-tangan jari semua macam nak carik gadoh.  Macam mami -mami jarung duk buat tu!!

Tiba-tiba sebelum keadaan menjadi tegang,  muncullah tok pengantin yang sungguh cool.  Dia dengan bongkok di belakang,  jalan menunduk di antara aku dan Kakak Halal itu.

"Hal...Hang keluarla.  Duk kacau orang buat kerja pasai pa.  Nak buat macam mana,  dah Siti (Pengantin) suka macam ni.  Yang hang duk sibuk haram haram dosa pasaipa,  hang pahala pun belum tentu cukup,"  kata tok itu dengan selamber dan terus menggeledah almari pakaian mencari cadar kain.

HAHAHAHAHA!  Aku sukaaaa stetment Tok Haram ini.  YESSS!!!!!! Memang best.  Aku nampak kakak itu kena PANAHAN PETIR pulak.  Pengantin dan aku pun duk tersenyum-senyum.  Dia minta maaf dengan i olls sebab kerenah sepupunya itu yang suka menyampuk -nyampuk.  I olls kata,  i olls tak kisah.  Memang betui apa yang dia nak kata itu.  I olls pun rasa bersalah pulaks.  Tapi kerja kena habiskan jugak kan? 

U olls,  kak tau akak berdosa,  terpulang la pada u olls nak menilai macam mana.  Tapi,  akak membuat tugasan akak seperti yang diminta. 


Bye semuaa...Tok nak belah dulu!!  Jangan lupa undi tok tau!!!!
Dan kepada kakak itu,  akak baru tau dari Pengantin.  Dia bukan makcik,  tapi kakak-kakak lagi.  Katanya dia belum kawen lagi.  So ada sapa-sapa nak buat menantu bagitau ok?  Akak teringin nak memekap 3 jam ke muka beliau.

ps/  Pasni nak kena make sure sembang habis dengan customer agar perkara macam ni tak berlaku lagi.

5 comments:

  1. BZ body punya spesis kakak tu...
    Poyo cam bagus je..
    Apapun Jumie make up cantik la...

    ReplyDelete
  2. Nok actually untuk lebih selesa pegantin perlu disiapkan 3 jam sebelum.. gila kalu lepas makeup terus2 nak keluar mcm tue.. bagi la pegantin rehat sekejap ke ape kan sesuaikan diri menjiwai watak raja sehari..

    kakak sepupu die tue mmg over taw.. ada hai pulak nak tgk sessi makeu[ sah2 sebenarnya dalam hati nak ditouchup jugak oleh kak merr kita yang tgh hot bagai pisang panas kan..

    ape2 pun nok.. kita ni as Mak/pak andam kene je la tahan telinga.. ada je cakap2 belakang cik ponen2 kurang beradap tu kan.. kalu pandai sangat suruh je si ponen2 tue makeupkan.. igt senang ke nak serikan wajah orang.. lain la kalu kaki mendremmm

    ReplyDelete
  3. haha typical kampung & joyah punya makcik! pemikiran lembap sangat sampai jadi camtu kot...! Boleh ja semayang masa mekap. Yang penting yakin benda mekap tu halal!

    ReplyDelete
  4. mekap2 skang kan banyak dari bahan2 organik...ehehhh...

    ReplyDelete
  5. eceh makcik tu..over nampak!btui cakap hang amik ayaq smayang dulu, lepas tu bleh smayang apa.. aku nak p mana2 mmg aku buat macam tu, mekap tebai2 pastu jumpak mesjid aku berenti smayang ja la. xpayah nak amik ayaq smayang lagi..

    duk sibuk nak tau barang mekap halal ka dak. hang mana tau kan, hang pakai tudung labuh, muka pun tak mekap, tah2 barang mekap pun xdak.. sebab tu la xkawin lagi padahal dah macam makcik.. hohohoho

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...