30.4.10

Check out Pakej dari The House of Red Gincu


For more information,  please contact us. 

Surianie Samsudin (019-5434377)
Jumie Samsudin (012-4130060)
Emel  :  redgincu@yahoo.com
Weblog  :  http://thehouseofredgincu.blogspot.com/

Bengkel Simple Basic Make Up by Jumie Samsudin [ The House of Red Gincu]



Perhatian buat semua pembaca,

Kini Red Gincu akan mengadakan Bengkel Simple Basic Make Up by Jumie Samsudin [ The House of Red Gincu] untuk sesi pertama bagi tahun 2010. Pada mereka yang berminat bolehlah berikan nama dan membuat bayaran kepada pihak kami dengan  kadar segera.

Lokasi dan waktu adalah seperti berikut :

Lokasi : Red Gincu Office ( Ayer Itam)
Tarikh : 3 Julai 2010 ( Kelas 1) & 4 Julai 2010 ( Kelas 2)
Bayaran : RM50 seorang Waktu : 11am-5pm






Info tambahan

  • Max 10 orang dalam 1 kelas
  • Bawa peralatan Make Up anda sendiri
  • Makanan ringan disediakan.
  • Nota asas make up disediakan.


Objektif 

  1. Memberikan keyakinan kepada semua bahawa semua orang boleh menjadi lebih menawan hanya dengan mendapatkan teknik solekan yang betul.
  2. Memberi peluang kepada peserta kursus untuk mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkan info yang betul mengenai solekan tanpa menggunakan modal yang besar.
  3. Memberi pengetahuan tentang cara untuk menutup kelemahan pada raut wajah disamping menonjolkan keistimewaan / tarikan pada penampilan wajah seseorang melalui solekan.
  4. Mempelajari pilihan-pilihan alat solek yang betul dan BUDGET FRIENDLY.
  5. Mempelajari cara penjagaan alat solek dengan betul.
  6. Mengetahui dan mengenalpasti kesalahan lazim yang sering dilakukan dalam solekan harian.
  7. Tips rahsia mendapatkan solekan kemas.


Kepada yang berminat sila berikan butiran peribadi anda seperti :

Nama / Ctc no / Email Add 
kepada kami di redgincu@yahoo.com 
atau hubungi kami ditalian:
019-5434377 ( sue)  @ 012-4130060 (jumie)
ps/  Tempahan dah banyak masuk!  So u olls semua.  Jangan lepaskan peluang ini!!

Touchberry pulakkk? Keleesssss

Noks.  Hari tu i olls jalang-jalang dengan En.  Khafi kat Steko.  Tau tak Steko tu apa?  Yes....TESCO. 

So,  tiba-tiba adalah orang bagi i olls iaitu sebuah pemplet yang menunjukkan tawaran hebat jualan telefon jenama baru.  I olls tak tengok sangat,  i olls bagi kat En.  Khafi.  Tiba-tiba i olls disindiak (sindir) oleh En.  Khafi itu. 

"Nyah....jangan over la nak tayang Blekberi u olls tu.  Tengok sekarang ada TOUCHBERRY!  RM299 jah!!"  kata BF akak yang suka mencaras akak dengan bahasa pondan.  Akak memang benci apabila dia berbuat demikian.  Tidak cukupkah ada GF yang wanita berjiwa pondan?  Hang pun nak pondan jugak?

I olls terus merampas pemplet itu dan mengamatinya!! 

Keleessss...TOUCHBERRRYYYYYYYY pullekkkkksssss!





ps/  Sapa berminat boleh la ke Steko Ekstra Sungai Dua,  Penang. 

29.4.10

Tak Kisah Sangat - Jenet Jeksen

U olls.  Tiba-tiba i olls suka balik lagu lama ini.  Released entah tahun bila.  Tapi dah agak lama dah. 
Tapi tiba-tiba macam suka balik dengar lagu ini.  Thanks to my Monyet Kecik yang memberikan lagu ini.

Kalau ampa terror,  tau tak ni lagu Jenet Jeksen yang mana satu?  Akak dah Penangkan liriknya?

"Tak Kisah Sangat"

Hmm, he-he
Uh, hey
Tak kisah sangat (Tak kisah sangat)
Tak kisah langsung..

Tak kisah apa kawan hang kata kat hang
Tak kisah apa family hang kata jugak
Just kisah yang aku love kat hang
Just kisah yang hang love aku jugak

Tak kesah kalau depa tak mau terima hang
Aku terima hang dan kerja halal yang hang buat
Yang penting,  hangg.....
Bukan orang lain tapi hang....baby, baby, baby...

Love aku,  kat hang,  cinta yang tiada syarat
So bangun, bangun, bangun dan tunjuk kat depa!!

Tak kesah apa yang orang nampak kat luak
Sebab aku jatuh cinta kat hati hang
Tak kesah apa depa nak percaya
Yang penting kat aku,  aku cinta kat hang

Tak kesah apa yang orang nampak kat luak
Sebab aku jatuh cinta kat hati hang
Tak kesah apa depa nak percaya
Yang penting kat aku,  hang gila gila gila gila kat aku!!

(Hang sangat baik)
Apa aku minta adalah kasih sayang dan kebaikan hang
(Hang milik aku)
Aku tak caya hang milik aku!!

Tak kesah kalau hang rasa tak yakin dengan diri hang
Tak kesah kalau hang rasa tak sure
Sebab aku akan tarik semua rasa syak wasangka dalam hati hang
Dan aku akan tunjuk yang cinta aku tak akan menyakitkan dan menumbuk hang (Mak aii..panjangnya)

Tak kesah sakitnya kita berdua akan tempuhi
Tak kesah kalau duit semua habih
Yang penting hang dengan aku
Bukan orang lain,  tapi hang hang hang...

Gila gila cinta kat hang
Aku tak caya mimpi menjadi kenyataan
Akhirnya aku jumpa orang yang hati dia betui
Dan yang paling best hang pun sayang kat aku

Whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa
Whoa, whoa, whoa, whoa
Whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa
Whoa, whoa, whoa, whoa

Whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa
Whoa, whoa, whoa, whoa
Whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa, whoa
Whoa, whoa, whoa, whoa
ps/  Kelesss Kak Jenett!!

Kenduri besar? Kenduri kecik?

U olls.  Hari ini akak nak mengupas satu isu yang dah lama diperkata-katakan oleh para pendengar Radio Jumie Samsudin yang meletop ini.  KELES...Nak bersiaran pulak.  Over kan aku ini?  Bukan happer u olls.  Sejak dua menjak i olls menceritakan tentang fengshui tahun 2010 adalah tahun yang ONG untuk kawen,  maka ramai pulak yang berlumba-lumba untuk mengahwinkan diri pada tahun ni. 


Alhamdulillah u olls.  Tapi kalau u olls nak kawen sebab Fengshui,  berdonsa ok!!!  Kita nak kawen sebab wajib untuk orang-orang yang dah tak boleh kawal napsu dia!! 

Tapi macam zaman sekarang ini,  sungguhlah susah nak kawen.  Sapa cakap senang.  Bukan soal komitmen,  tetapi soal belanja kawen itu sendiri.  Nak ikut pasal komitmen itu,  haruslah sekarang ini hidup berkapel pun dah macam berkawen kan.  Makan bersama,  keluar bersama,  shopping bersama,  nangis bersama,  happy bersama. 


So yang memberatkan wedding itu bagi i olls ialah kenduri kawen itu sendiri.  I olls tak kesahlah apa u olls nak kata,  tapi i olls nak tulis kat belog i olls sendiri punya suka lah.  I olls ada nak olah topik ini ikut cara yang paling mudah untuk u olls semua faham.  Harap kita semua renung bersama dan mana yang elok itu kita amik.  Kerana yang baik itu datanganya dari Dia yang Maha Esa dan yang tak elok itu datangnya dari Cakcing!! Adik i olls itu.  HAHAHAHA....Dia pun sebuk nak kawen dah u olls.

Kesahnya kenduri kecik ini senang nak plan.  Boleh guna bajet untuk buat benda-benda yang berfaedah lain seperti deposit beli rumah,  hanimun atau medical card. Buleh enjoi dengan ahli keluarga terdekat dan sahabat handai yang dijemput khas.  Rasa ekslusif u olls.  Cuma yang tak bestnya masyarakat kita ini,  kalau buat kenduri kecik dan tak jemput they olls,  mulalah keluar bunyi bunyi bising beransur fitnah yang mengatakan PEREMPUAN SUNDEL ITU MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH LA DEKNONNN!!! Keleess......


Kenduri besak ni memang payah nak plan.  Kalau boleh amik masa setahun.  Dari tempahan dewan kepada memilih the best wedding planner, bla bla bla bla sampai lah ke kisah memilih DJ untuk kenduri u olls.  Semua tu masuk dalam senarai.  Bukan masuk sajaaa...duit pun masuk jugak.  Makan saja kalau satu kepada RM10 kalau dua ribu jemputan?  Pikiak sendiri la.

Bab pelamin pulak...kalau boleh nak sebesak Mawi atau Dato Siti Nurhaliza?  Biar setinggi -tinggi dewan sebesar-besar pentas,  tapi besak nya pelamin hang sampai kawan-kawan pun takut dan segan nak naik untuk amik gambar buat apa kan?  Kalau boleh,  di hari yang berbahagia itu.  Kita nak bersama dengan semua yang datang ke kenduri kita kan?

Barang hantaran pun semua nak berlawan,  depa bagi Tudung Ariani ka Ratu?  Make up Lancome ka Simplysiti?  Beg Bonia ka Guess? Semua nya berlumba-lumba kan? 

Hantaran kawen pulak lani semua nak bertanding,  sepupu i olls setakat SPM RM8000.00.  Kerja pun tidak.  Harta keluarga apatah lagi.  Lain lah orang Kedah kan?  Banyak tanah sawah pagi.  Ini apa yang ada?  Ayam sabung bapak hang ja nak buat harta?  I olls paling suka Kak Umie Aida,  terus tak bagitau sapa-sapa berapa hantaran dia.  Senang u olls!!
Berhutang mutanglah kita semua semata-mata nak membuat kenduri yang THE VASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS.......pelamin + baju + make up + everything must be perfect!!!!!!!!!!!

Tapi kalaulah niat kita buat kenduri semata-mata nak menunjuk kat orang kampung,  u olls rasa berkatkah??

I olls selalu terpikir jugak nak buat kenduri kecik-kecik ni,  just sewa satu resort ka homestay ka.  Jemput parent kedua pihak, my closest friend and tok kadi.  Pastu akad nikah terus potong kek.  Setel u olls.  Malam buat small dinner for those yang ada.  Ada joget lambak dan karaoke sikit sikit.  Mesti best u olls.  Buleh la feeling-feeling macam Heidi Klum kan?  Keleess....Heidi Klum buat wedding dia dengan laki dia yang tak elok tu kat satu pulau terpencil kat Mexico.  Takdak sapa sapa cuma close friend. 

Tapi bila pikiak i olls ini adalah anak Bawean yang duduk kat Melesia ini,  maka i olls tertakluk kepada beberapa etika sosial yang ditetapkan oleh kita sendiri.  Mau tak mau kena la ikut kan?

So,  kepada semua pembaca Belog akak yang sedang berkira-kira nak bernikah dan bersanding itu.  Akak nasihatkan,  buatlah yang terbaik untuk diri u olls masa kini dan masa akan datang.  Senang jadi cam Kak Enjelin dengan Abang Brad...sampai lani tak gadoh nak kawen!!  Kelesssss..happy jah dek non!!!  So,  what say u olls?  I dont wanna get married,  i wanna be happy!  Keleeessss.....:)

28.4.10

Memori Sekolah Tadika

U olls.  Hari ini akak nak cerita memori I olls di sekolah tadika. I olls dulu tadika kat Tadika Kemas Kebun Lama,  Jalan Langkawi,  Pulau Pinang.  Inilah gambar akak masa mendapat segulung ijazah ketadikaan pada umur 6 tahun.  Keless....Atensyen kat kening itu.  Yes,  akak memang tak der kening dari kecik ok. 


Inilah gambar we olls satu kelas!!  Sekolah we olls tepi kawasan kubur Masjid Acheh Kebun Lama ok.  Takder horrornya...sebab itu akak dibesarkan tidak takut hantu.  Yo yo ja kan?  Nak sidai kain pun berteman.  HAHAHAHA.  Cuba u olls zoom dan tengok bekground gambar we olls itu.  Kat celah-celah pokok itu.  Ada batu nisan ok.  Kelessss



Okay.  Marilah kita bercerita tentang gambar ini.  Ikut number.

  1. Yang number satu itu adalah cikgu i olls iaitu Cikgu Liza. Cikgu Liza sangat cantek.  Dia rambut kepok-kepok.  Kulit hitam manis.  Dia suka pakai lipstick kaler merah.  Kelesss.......sebab dialah akak terus melekat The House of Red Gincu kan?  Tapi sebab kecantikannya itu,  dia telah difitnah skendel dengan suami Makcik Tera yang membekal makanan brekfes untuk kami budak-budak sekolah tadika.  Akak ingat lagi masa itu,  Makcik Tera mai serang Cikgu Liza kat sekolah.  Sadiiisss u olls. 
  2. Kawan baik lelaki pulak ada ramai.  Paling rapat budak Ciner.  Nama dia Tong Chow Wei.  Dia memang cumels.  Tapi akak tak tau dia pi mana dah.
  3. Liza pulak,  sekarang dia kerja kat Kedai Runcit Hospital Besar Pulau Pinang.  Akak tetap hai hai dengan dia bila pergi hospital gitu. 
  4. Ada satu budak kat sekolah akak itu,  nama dia Lee.  Akak tak suka kat dia.  Sebab dia jahat u olls.  Adakah patut masa first time akak masuk sekolah.  Dia tarik kerusi i olls,  belum sempat i olls duduk.  I olls pun jatoh tergolek okay.  Terpelanting ke belakang.  Terkejut i olls!!!  Pastu tau tak Lee tu buat apa?  Dia jerit sambil ketawa  "HAHAHAHAHAHAHHAHA...NAMPAK SPENDERRR!!"  Sedihnyaaaaa......
  5. Kawan baik i olls masa Tadika sampai la sekolah menengah ialah Zulia.  Dalam erti kata lain,  sampai sekarang stak jadi kawan akak sampai mati.  Sekarang Zulia dah mengandung anak dia yang pertama 5 bulan.  Kesahnya,  we olls target nak dapat anak before 30,  so nanti kalau we olls baru 45,  anak dah almost 20 buleh la tukar-tukar baju + make up gitu.
  6. Ada lagi sorang yang number 6 ini,   masa kat tadika i olls tak lah rapat dengan dia sangat.  Sebab dia tak cumels.  Akak kawan dengan yang cumels ja.  Sebab i olls pun ketegeri budak cute kan.  Tapi kawan i olls itu tak sangka now tengah buat Ph.D. kat school i olls ini.  Kalau lah i olls tau,  dari dulu i ollls suruh Kak Ede masuk meminang dia.  Keless............Matilah En.  Khafi kalau baca ni kan?  Oh ya...kawan i olls itu nama dia.  Azli Daud!!!


Kisah-kisah lain nya u olls,  i olls tak suka minum susu.  Apabila Cikgu Liza bagi we olls semua minum susu.  I olls akan bawak cawan ke tingkap.  Pastu buang susu kat tingkap.  Kelessssssssssssssssssss!!


Pastu I olls ada satu kawan nama dia Epit Kecik,  dia hitam dan gigi dia semua rongak.  Dia takdak dalam gambar ni akak tak tau naper.  Mungkin dia kena jangkitan cacing kerawit masa sesi fotografi ini.  Dia sampai lani jumpa akak dalam kampung suruh i olls belanja teh ais.  Benci gila!!! 


Sekian saja.  Memori sekolah tadika i olls.  Nanti i olls cerita lagi ok.  Bye u olls.

MISS ROSE EYESHADOW PROFESSIONAL MAKE UP KIT

Perhatian buat semua pembaca Blog Red Gincu. Terima Kasih kerana anda banyak memberikan sokongan kepada kami untuk meneruskan lagi hasil kerja kami untuk kepuasan anda semua.

Kini kami ingin memperkenalkan 1 jenama alat solek yang kami jual iaitu 


MISS ROSE EYESHADOW PROFESSIONAL MAKE UP KIT. 
  • 40 jenis pilihan warna kalis air
  • 2 jenis pilihan warna pemerah pipi
  • 2 jenis pilihan warna bedak asas
Harga RM100 untuk setiap satu.
Jika anda berminat sila hubungi kami dengan kadar segera.Stock adalah terhad.



Untuk sebarang maklumat sila hubungi kami di talian : 019-5434377 (Sue) atau 012-4130060 (jumie)..Cepat sementara stok masih ada.

"Ada REDGINCU ada segalanya"
 Surianie Samsudin
Creative Director
The House of Red Gincu
Contact No : 019-5434377
Email : redgincu@yahoo.com
Webpage : http://thehouseofredgincu.blogspot.com
Fotopages : www.redgincu.fotopages.com

Bengkel Make Up by Adnan Jaafar

Hai u olls semua,  kenal tak siapa Adnan Jaafar.  Kalau u olls nak tau,  Adnan Jaafar is my bapak ayam ok.  Boleh camtuhhh?  Abang Nan jangan marah i olls ok.  I olls sayang u olls. 

Untuk u olls yang tak tau,  Adnan Jaafar is a profesional make up artist who has been working with various local artist and giving his service for back stage preparation for magazine covers especially for Karangkraf.  The latest,  Abang Nan adalah orang yang bertanggungjawab make up tunang kepada Aziz M Osman ok. 

Dalam majalah pulak,  the latest Pengantin Issue April 2010 u olls boleh tengok page spread of himpunan ayahanda ayam ku ini.  These are the pictures.





So kepada we olls semua adalah amat beruntung kalau kita dapat menuntut ilmu mekap dengan dia.  Untuk we olls kat bahagian Utara ini,  I olls telah merisik khabar dengan Abang Nan untuk buat make up class di Penang.  Modul pengajaran dia adalah one to one learning process. 

Maknanya,  bila cikgu buat satu step.  Para murid-murid ikut satu satu step.  So,  kita semua ada lot more to learn.  So,  u olls semua tunggguuuuu!! Akak dan Cakcing akan anjurkan Bengkel Make Up with Adnan Jaafar brought you you live dari Studio The House Of Red Gincu gitu.  Tapi akak cakap awal-awal ya....we olls focus pada kak-kak andam yang dah ada basic make up ok.  Harga akan diberitahu kemudian. 



Sekian saja,  untuk u olls yang  nak direct contact dengan Adnan Jaafar untuk menghadiri bengkel ini,  u olls boleh hubungi beliau di sini  :

Facebook  :  Adnan Jaafar
Emel  :  adnanjaafar09@gmail.com
No  Tel  :  017-3782764

27.4.10

Dear Kak Merr : Petua Kentut

Dah lama u olls semua tak tulis surat kat I olls.  Tulis lah soalan,  i olls pun ada la jugak idea nak bagi kan.  Kat bawah tu I olls dah bagi borang kan?  Isi ja.  Kalau nak suruh rahsiakan identiti.  Bagitau jugak ok.

Name : Asmaa Al Tungka
Email Address : < tidak dinyatakan >
Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :
Hai Kak Merr.  Saya perluakan pertua dari Kak Merr.  Macam mana nak bagi kentot tak busuk? Atau pon, macam mana nak mengcover diri kalau kentot busuk?
--
Date/Time: 2010-03-26 02:07:36 PDT
Sender IP: 202.185.77.243 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Gambar hiasan  :  Kentot dalam ayak.



Jawapan Kak Merr :
Hai U olls, timer kasih bagi soalan yang mencabar ini. Sudi i olls menjawabnya.
Cara untuk kentot tak busuk :
  1. Jangan tahan berak. Makin lama hang tahan tahik hang itu dalam perut. Maka makin busukla bau kentukan itu.
  2. Makanlah benda yang berkhasiat seperti halia dan limau kasturi. Kulit limau kasturi sangat bagus. Halia makan dengan madu. Halia dipercayai membuang angin dan segala toksik dalam badan.
Cara cover diri dari kentot busuk :
Ini senang ja u olls. Tapi hanya boleh dibuat apabila kita berada dalam situasi lebih dari 3 orang sahaja!! Apabila kita terkentut dulu, pastikan kita orang pertama yang tanya dulu "Sapa kentut ni? Nak haram busuk betui!!"

Sekian, selamat mencuba.

Resepi Daging Masak Kicap Kak Merr

Hai u olls.  Ramai yang tanya i olls resepi Daging Masak Kicap Kak Merr yang istimewa tapi sungguh mudah u olls.  I olls letak pikcer itu di dalam FB pastu ramai yang mentanya.

Resepi ini mudah saja.  Inilah kali pertama i olls membuatnya setelah banyak kali mentengok mak i olls iaitu Kak Edeh tauke kantin sekolah St.  Xavier itu memasaknya di rumah.  Tak sangka menjadi ok.  Kalau pandai tanam pokok orang sebut,  GREEN FINGERS kan?  Oleh itu,  kalau hang pandai masak orang sebut...LADY FINGERSS!!  hahahaha....gituuu...jadi bendi la pulaks kan.

Oleh itu,  I olls ingin mengkongsi dengan u olls semua.  Selamat mencuba ok.


Bahan-bahan  :

Daging lembu tampa lemak dipotong kecik-kecik sekati (600gram)

Bahan A
1 camca jintan halus
1 camca jintan manis
1 bijik bawang besar
lada hitam (sesedap rasa)

Bahan B
Kicap pekat manis
Garam
Lada sulah

Bahan C
Bawang besar dihiris bulat
Cabai hidup (hijau/merah) dipotong

Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya :
  1. Tumbuk bahan A. Pastu gaul dengan daging dalam periuk. Masukkan bahan B. Gaul sampai sebati.  Senang ja u olls.  Tak payah tumis-tumis.  Gaul ja macam nak buat BBQ.  
  2. Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula untuk melemakkan lauk ini.  Akak tak pernah masak masuk AJINOMOTO ok. 
  3. Letak atas dapur. Bukak api super kecik. Dan biarkan daging masak. Lebih kurang 2 jam. Sampai daging dia betui-betui empuk.  Jangan bukak api besak-besak ok!  Nanti dagin masak,  tapi liat!!  Pastu u olls lawan kunyah chewing gam la dengan laki u olls itu!!!
  4. Tambah air kalau perlu dan u pandai-pandai la tambah kicap jika perlu.
  5. Bila daging dah nak masak, baru masuk bawang dan cabai untuk hiasan.  Kalau u olls nak tambah ubi kentang ke,  tomato ke,  suka suki hati u olls la ok!!

Sekian. Selamat mencuba :)

26.4.10

Penang Takdak Perempuan Cantek??

U olls.  Pada suatu hari i olls pergi potong rambut dengan En.  Khafi.  I olls pun amikla gambar mamak itu memotong rambut.  Yang lawaknya,  En.  Khafi kan seorang yang besar agam.  Tetapi mamak yang memotong rambut itu sangat lah rendah dan comels.  I ols rasa macam ada kat dalam Kilang Cokelat Wili Wongka dah.  Sebab tengok mamak pendek itu.  HAHAHAHA.  Nah..tengok gambak ni kalau tak caya.  Dia nak potong rambut pun kena ginjat sikit. 

Sudah...jangan gelak.  Hari ini i olls bukan nak cerita kisah En.  Khafi potong rambut dengan mamak umpa lumpa itu.  Tetapi,  ketika meneman En.  Khafi potong rambut di kedai mamak itu.  I olls terpandang satu sisipan surat khabar bahasa Cina yang menggamit perasaan i olls dan membuatkan i olls tercungap-cungap nak share dengan ammpa semua.  Ampa cuba baca ni?


Adakah patut Penang Has NO PRETTY WOMAN?  What say you?  Akak nak say apa nya?  I olls bukak kat dalam.  Semua tulisan Cina.  Akak tak faham.  Nak baca macam mana. Kalau lah i olle buleh baca kan best,  nak tau jugak apa pendapat penulis itu.

Pastu i olls tengok yang jadi model kat depan ni semua,  aiyooo!! Sah sah la tak cantek kan.  Sapa suruh ampa model model tua ni semua kan?  Kalau u olls tengok setakat model-model ini saja,  sah-sah la ampa buat kesimpulan wanita wanita kat Penang ni semua tak cantek ok!!!  I olls tengok pun macam nak tergelak jugak la.  Mana depa dapat gaun bentuk-bentuk 90an ini.  Paling tak tahan yang baju ungu tu,  muka kekwat tak tahan ok.



Untuk siapa yang menulis artikel ini,  kalau betui nak tengok perempuan cantek kat Penang,  silalah jumpa akak.  Tak payahla rujuk barisan celebriti yang asal Penang macam Nurul,  Fasha Sandha (akak terpaksa ngaku dia lawa ok),  dan banyak lagi i olls tak ingat nama.  Yang penting,  golongan bangsawan yang bukan artist like we olls pun antara yang terhot ok!!!!!!!!!!!!!!!!  Tak kisah la u olls nak kata apa,  tapi semua geng akak semuanya diimport untuk jadi isteri lelaki-lelaki dari negeri lain kat Melesia ini.  Bukan ja dalam Melesia,  yang luar negara pun ramai ok.

Ini adalah kerana,  Penang kan dulu adalah pusat perdangan yang meletop sejak zaman Francis Light lagi,  so kalau tengok marka Penang  ni,  sure muka macam-macam campuran duk ada.  Sebab itulah,  we olls cantek dan sangat exotic ok.

Mari kita tengok kawan-kawan akak yang cantek vas vassssss!!!! 

Tengok ini,  kawan akak nama dia Suhaila Hashim.  Akak tak tau dia ni mix apa.  Tapi memang muka dia tak macam Melayu sangat.  Sorry u olls,  dia dah berlaki ok.


Yang model pengantin perempuan itu,  nama dia Zulia.  Kawan akak jugak.  Ini masa dia buat shooting dia kawen.  Dengan marka KL.  Tengok tu,  orang KL pun pilih marka Penang ok.  Sekarang Zulia dah pun mengandung 5 bulan.  Dia mix Medan + Melayu. 

Ini janda haawttt bernama Faridah Abdullah.  Anak dua ok.  Yang pertama dah anak 4.  Bukan takdak orang nak kat dia.  Beraturrrrr panjang.  Tapi Mak Janz independent lady ok!!!  Dia jaga anak dia semau sendiri and the meletops.  Faridah ini adalah Melayu + Mamak!!



Haa....nampak macam Ella kan?  Ini kawan akak nama dia Ezrin Don.  Memang hawwwtttttt.  I olls lupa la dia ni signal ka tak?  Hahaha...Hang signal ka Ezrin?  Sila jawab!

Ini Nonie Suliaman.  Dah betunang,  tak sampai 2 bulan lagi dia nak nikah.  And again,  disunting orang KL jugak ok.  I olls tak ingat dia ni mix apa.  Tapi dia memang cantek.  Akak terpaksa akui sebab nak teguhkan pendirian akak.


Haaaaa...perempuan meletop ini nama dia Roselina Bullock now ada kat Austin,  US.  Dia menikah satu marka Emerika.  Lani duk sana,  duk post gambar hawt hawt ja kat sini.  Dia ni adalah mix apa aku tak tau.  Tapi akak bet Pakistan adalah salah satu darinya.


Ini Haleesa Mustapha,  kawan akak jugak ok.  Dia muka cam Mexico sikit,  tapi Bawean + Mamak.  Sebab itu dia hawwwttt!  Masih SIGNAL!!!!  Sila add FB dia kalau berminat.  Tapi sapa nak mengurat dia....kena la hati-hati ok.  Dia ini perempuan tough!!

Perempuan pendek yang comels ini nama dia Asmaa Aljuned.  Dia lekcerer kat UIA.  Dia tak singgel dah.  Dia nak kawen dah dengan orang German tapi tak tau bila.  Dia ini adalah sangat hawwwt sebab mak dia Medan dan bapak dia adalah Arab!!



Ini pulak kembak di Asmaa itu nama dia Jonet Aljuned.  Pose nampak ketiak ini adalah sangat menunjukkan betapa marka-marka Penang semua cun habis ok. 






Ini plaks sepupu i olls yang bernama Syaz Subhan.  Mix Bawean + Siam + Pakistan.  I think so!!! Apa lagi yang tambah i olls pun tak tau.  Tapi kini dah jadi milik orang jugak ok.  VIP from KL. 

So,  lani sapa yang berani kata Penang Tadak Perempuan Cantek?? Kalau tak caya,  tengok sapa dalam gambak ni.  Walaupun dia bukanlah paling cantek kat Penang ni,  tapi dia lah antara perempuan kat Penang ni yang memeriahkan Penang sebab dia perasan dia cantek gila!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ps/  Perempuan negeri lain pun cantek jugak.  :)  Tapi perempuan negeri Penang ni cantek lain,  depa cantek tapi mangkak!!!  HAHAHAHAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE