7.4.10

Cepren Luahan Hati Kak Andam melawan Kastemer Kekwat

U olls.  Pada suatu petang yang tenang dan bergumbira akak bersantai bersama kawan-kawan akak yang juga merupakan make up-make up aritist.  Tak perlula akak bagitau siapa mereka-mereka ini kerana kalau akak bagitau,  mesti u olls sure kenal lah!  They olls is the very popular ok. 

We olls pun bersembangla seronot,  sambil memerhatikan mergastua bergembira,  kami sama-sama meluahkan perasaan dan pengalaman we olls yang amat mendalam dalam bidang permekapan ini.  Sesungguhnya banyak sungguh yang telah menimpa kami ini,  dan ada kalanya sebab terlalu KEKWAT,  maka kami terpaksa mengambil tindakan yang drastik terhadap para kastemer ini.  Oleh itu,  akak telah mengumpul semua cerita cerita ini dan akak olahkan dalam bentuk CEPREN.  Bukan cerpen ok.  CEPREN!!!

Oleh itu,  kepada para pembaca yang akak kasihi semua.  Akak harap u olls semua membaca dengan hati yang terbuka dan penuh kerahmatan agar kita semua mendapat manfaaat dari membaca artikel ini.  Janganla ada yang marah-marah dengan akak ok.  Akak pun cuba membuat wajah-wajah suci ketika menulis belog ini supaya dapat mengurangkan kata-kata cercaan.

Selamat membaca cepren -cepren kami.


MAKE UP 20 RINGGIT
Pada suatu hari tatkala memandu di hari yang indah,  Kak Andam telah menerima sebuah panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

"Mesti kastemer ni,"  kata Kak Andam kepada dirinya sendiri.  Lantas,  panggilan itu dijawab dengan HALO yang paling meletop dan lunak seperti suara Kak Beyons menyanyi haloooo...halooo.

"Helo,  ini Kak Andam ka?"  tanya Kastemer itu.

"Ya saya,"  jawab Kak Andam.

"Esok free tak?  Saya nak  mintak akak mekap saya untuk dinner,"

"Boleh.  Akak amik RM120 sahaja.  Kalau boleh,  adik bank in kat akak RM80 before petang ini untuk confirmkan tempahan ini. Nanti akak SMS nombor account akak," 

"HAH!!! RM120!!,"  Kastemer itu menjerit di dalam telefon dengan kuatnya hingga tiup falopio Kak Andam berasa vaibresyen.

"Ya adik,  kenapa?,"  tanya Kak Andam.

"Bukan akak amik 20 Ringgit ja ka?"  tanya Kastemer itu.  Kak Andam tersentap,  pada masa yang sama dia macam hendak menggelakkan diri.  Tetapi dia menahan dirinya daripada berbuat demikian.

"Adik salah dapat information kot. Akak memang amik harga tu,"  jelas Kak Andam. 

"Yaka................(mendiam dengan lama).....takapala Kak Andam.  Nanti saya contact balik okay,"  kata Kastemer dengan nada suram dan terus menamatkan panggilan telefon itu.

Setelah 2 tahun berlalu,  Kastemer itu tidak pernah menelefon semula hingga ke hari ini.



MINTAK KURANG
Pada suatu hari yang indah permai,  Kak Andam sedang bekerja di Butik Pengantinnya,  sambil mengupdate account perniagaannya untuk semakan bulan ini.  Tiba-tiba dia menerima satu SMS daripada nombor yang tidak dikenali.  Mesti orang itu ialah Kastemer yang budiwati.  Kastemer suka mengontek Kak Andam dalam pelbagai cara,  SMS,  call,  YM,  Email,  FB dan pelbagai lagi.

Kastemer : Hi, i nk tmpah mke up 4 dnnr 10 Mac ni.  Hw mch u chrge?

Kak Andam  : Free eyelash + hair do = RM120

Kastemer : I hve my own eyelash and i do my own hair.  So hw much u charge?

Kak Andam  :  I can gve u RM100.

Kastemer  :  Can u go lower than that?

Kak Andam  : I am so sorry.  I cant go lower than the price i gve u.

Kastemer  :  Ok.  Last timer Kak Andam B bagi i olls RM80 saja untuk make up dinner.

Terus Kak Andam naik berang dan mengekol Kastemer itu,  dia pun memulakan HALOOnya seperti nyanyian Kak Beyons yang indah dan mendayu-dayu.  Dan sebelum Kastemer itu bertanya banyak mengapa Kak Andam itu mengekolnya,  terus Kak Andam mebuat pidato yang bertuli-tuli melalui telefon itu.


"Hello Nyah.  Sorry akak terpaksa kol u olls terus ni.  Thanks sebab sudi SMS akak tanya harga.  Akak memang letak harga cam tu u olls.  Sorry sebab i olls tak buleh nak kurang lagi dari harga tu sebab i kena be fair dengan semua customer i olls.  Tapi kalau u olls rasa make up Kak Andam B tu lebih murah,  kenapa u olls mai tanya i olls in the first place.  Sah-sah u olls anggap we olls yang buat make up-make up ni macam meniaga ikan kan?  Kalau u olls tak puas ati kat apek jual ikan tu,  terus tu caras apek ikan tu "Hey Apek....sana punya ikan lagi murah la.  Apa pasal?.  U olls tak patut buat cam ni.  Kalau u olls takdak bajet,  buat la cam takdak bajet u olls.  Sorry akak terpaksa cakap macam ni secara tak profesyenel,  sebab u olls treat akak secara tak profesyenel sangat.  Sekian,  bye.  Good luck ya untuk contact Kak Andam B itu,"

Kastemer itu dilaporkan terkena sawan kucing selama 20 minit dan kini dirawat di Unit Kawalan Rapi,  Hospital Besar Pulau Pinang.



TINGGALKAN BULU MATA
"Mana perginya Kastemer ni?"  bisik Kak Andam menanti dengan penuh sabar.  Dah hampir 1 jam 45 minit dia menunggu Kastemernya di lobi sebuah hotel di bandaraya yang indahwati ini.  Kegelisahan mula melanda Kak Andam kerana kalau terlewat nanti,  macam mana nak siapkan Kastemer ini right on time.

"Tapi aku tak salah,  aku dah datang on time.  Dia yang lambat,"  kata Kak Andam cuba menenangkan hatinya sendiri. 

Tiba-tiba dari kejauhan,  ternampak kelibat Kastemer itu dari jauh.  Datang dengan kecohnya dengan segala bala beg.  Dia datang bersalaman dengan Kak Andam dan memohon maaf atas keterlewatannya.  Dia mengakui kesalahannya kerana lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Selepas check in,  Kak Andam pun mengikut Kastemer itu ke bilik hotelnya.  Maka mereka pun terpaksa membuat sesi make up secepat mungkin memandangkan masa yang telah suntuk.

Tetapi nampaknya,  setelah selesai Kak Andam mengaplikasikan permukaan kulit Kastemer ini dengan fondesyen dan sebagainya,  Kastemer mula terkebil-kebil membelek-belek hasil make up yang belum sempurna itu di depan cermin.  Kak Andam masih cuba bersabar,  tetapi kesabaran Kak Andam dicabar digasak dengan pelbagai soalan-soalan dari Kastemer.

"Betul ke warna fondesyen u ni.  I rasa tak kena la,"

"Kenapa u buat shading cam ni.  I rasa macam pelik la.  Tak nampak jaw muka i," 


Kak Andam cuba melayan segala persoalaan ini.  Dia tau Kastemer ini agak stress sebab melihatkan masa yang telah suntuk itu.  Tatkala proses memake up mata,  Kastemer mula bertindak lebih ganas.  Baru secalit ai shedo dikenakan,  dia sudah sebuk mengebil-ngebilkan matanya di depan cermin untuk melihat apakah warna ai shedo yang diletakkan di matanya.

"U...i tak suka la warna ai shedo ni,"  kata Kastemer sambil mentenyeh-tenyeh warna ai shedow itu.  Dan menyuruh Kak Andam memadamnya.  Dia juga terus menjeling kekwat ke arah Kak Andam seolah-olah Kak Andam yang merupakan punca segala kesalahan yang berlaku pada hari itu.

Dia terus mengomel dan mengomel dan mengkata Kak Andam macam-macam,  seperti melepaskan kemarahannya kepada Kak Andam. 

"That it!!,"  tiba-tiba Kak Andam terus menempik. 

"Ini bulu mata pelasu i bagi kat u.  Ini duit deposit u.  Kalau u rasa u tak suka dengan teknik make up i.  Its ok.  I faham.  I bukan yang terbaik untuk u.  I buat make up bukan untuk duit,  tapi sebab i minat.  Takpala....Terima kasih ya," 

Kak Andam terus mengepek semua barang mekapnya dengan pantas dan beredar pergi.  Kastemer terdiam.



PENGANTIN DAH SIAP?
Pada suatu pagi yang indah itu,  maka tiba hari yang paling bermakna untuk Kastemer sebab itulah hari dia akan bergelar permaisuri sehari.  Segala persiapan telah pun disiapkan.  2 Ekor lembu,  5 ekor kambing,  dan beratus-ratus ayam-ayam habis tumbang bagi menyiap lauk pauk yang akan dihidangkan kepada para tetamu.  Memang satu kampung akan menyaksikan wedding of the year iaitu Kastemer dan tunangnya En. Kastemer.

Dia pun sungguh gembira,  selepas selesai bernikah semalam,  kini tiba hari persandingan.  Dia berasa sangat eksaited sebab dia tau,  dalam kampung ini,  dialah satu-satunya pengantin yang akan jadi paling cantek untuk tahun 2010 ini.  Kalau nak ikut-ikutkan,  pakej perkahwinan yang dia amik,  perhiasan khemah,  rumah,  dan segala benda kecil lain dipersiapkan dengan penuh teliti dan sempurna.  Dia dapat mengagak,  pasti ramai teman-teman sekilangnya yang akan jeles dengan kecantikannya pada hari ini.

Apabila Kak Andam sampai,  Kastemer mula mendabik dada.

"Kak Andam,  i nak u make up paling cantek sekali,"  kata Kastemer dengan begitu megah sekali. 

"Insya Allah,  akak akan buat terbaik,"  kata Kak Andam dengan ringkas kerana dia ingin menumpukan perhatiannya kepada kerjanya.  Dia tidak mahu konsentrasinya terganggu dengan cakap-cakap kosong ini.  Tetapi nampaknya,  Kastemer ini dari tadi tidak henti bercakap.

Seperti tidak senang duduk dengan sentuhan make up Kak Andam,  sekejab-kejab dia membuka mata untuk melihat warna yang dikenakan.  Dan setiap kali itu juga dia bertanya dengan dahi berkerut,

"Kak Andam,  tolong smoothkan fondesyen u kat sini.  I rasa macam tak rata la," kata Kastemer dengan sombongnya.

Kak Andam tersenyum sinis. 

"Celaka kastemer ni,  duk buat kekwat dengan aku ni.  Dia ingat dia cantek sangat.  Tengok ni apa aku nak ajar dia,"  bisik hati Kak Andam sambil tersenyum ke arah Kastemer.

"Kenapa u senyum i cam tu?"  tanya Kastemer.

"Takdak apa...saja.  U kena la senyum jugak.  U kan permaisuri.  I nak pi kencing sat buleh ka?"  tanya Kak Andam meminta kebenaran untuk membuang air kecil.

"Okay,  boleh.  Tapi kenapa u nak kena kemas beg make up u?"  tanya Kastemer itu.   Dia pelik kerana melihat gelagat Kak Andam sedang mengemas beg mekapnya.  Semua barang make upnya disusun semula ke dalam beg itu dan di tutup satu persatu.

"I memang kena tutup.  Sebab pantang i macam tu.  I tak buleh tinggal barang make up i terbuka kalau i tak guna,"  jelas Kak Andam dengan penuh senyuman yang manis.

"Yaka.....ish. I risau la.  U make up i pun tak habis lagi ni,"  kata Kastemer dengan  nada cemas.

Kak Andam terus mengangkat beg itu bersama-samanya dan ingin memula langkah untuk keluar bilik pengantin.

"Ehkk....U nak ke mana tu dengan beg beg make up u semua?"  tanya Kastemer apabila melihat Kak Andam mengangkut semua beg beg make up nya dengan penuh gaya seolah-olah ingin meninggalkan bilik pengantin.

"I kena bawak barang make up i semua.  Beg semua sekali.  Memang pantang i macam ni.  I tak buleh tinggai,"  kata Kak Andam dengan tegas.  Lantas dia pun pergi meninggalkan Kastemer itu di dalam biliknya sendirian.

Kak Andam pun apalagi, terus menuju ke muka pintu.  Dia memang nekad untuk balik dan meninggalkan Kastemer ini.  Di muka pintu,  Kak Andam terserempak dengan bapak pengantin.

"Ehh...Dah nak balik?  Pengantin dah siap ka?"  tanya bapak pengantin.

"Ya saya pakcik.  Dah siap.  Saya balik dulu ya,"  kata Kak Andam dan terus balik.  Kak Andam melangkah dengan pantas dan terus memandu balik ke butiknya.  Dalam perjalanan Kastemer menelefon dengan begitu gigih sekali.  Kak Andam dengan senyuman sengaja tidak mahu menjawab semua panggilan itu.

Setelah sampai di butiknya,  dia pun menjawab panggilan telefon Kastemer itu.

"Kak Andam!  U kat mana ni!!!,"  pekik Kastemer.

"Yes dear,  akak dah balik.  Sorry,  pantang akak memang cam ni.  Akak tak buleh make up kalau u tak henti duk komplen i,"  jawab Kak Andam.

5 comments:

  1. kellessssssss

    ini lah cerita ceriti hal kak andam..

    nampak senang.. tapi hakikatnya kita2 ni makan dalam...

    ReplyDelete
  2. wahahahahahaha....meletopss! kelassssss....suka aku baca! :)

    ReplyDelete
  3. hang memang kelas! aku suka cara hang menegakkan diri! go Jumie!

    ReplyDelete
  4. Saya sgt setuju dgn entry anda ni..Marvellous betollah...!!!

    ReplyDelete
  5. haha..
    sonok nye..
    2 baru betoi cara menghandle customer kekwat..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...