28.4.10

Memori Sekolah Tadika

U olls.  Hari ini akak nak cerita memori I olls di sekolah tadika. I olls dulu tadika kat Tadika Kemas Kebun Lama,  Jalan Langkawi,  Pulau Pinang.  Inilah gambar akak masa mendapat segulung ijazah ketadikaan pada umur 6 tahun.  Keless....Atensyen kat kening itu.  Yes,  akak memang tak der kening dari kecik ok. 


Inilah gambar we olls satu kelas!!  Sekolah we olls tepi kawasan kubur Masjid Acheh Kebun Lama ok.  Takder horrornya...sebab itu akak dibesarkan tidak takut hantu.  Yo yo ja kan?  Nak sidai kain pun berteman.  HAHAHAHA.  Cuba u olls zoom dan tengok bekground gambar we olls itu.  Kat celah-celah pokok itu.  Ada batu nisan ok.  Kelessss



Okay.  Marilah kita bercerita tentang gambar ini.  Ikut number.

  1. Yang number satu itu adalah cikgu i olls iaitu Cikgu Liza. Cikgu Liza sangat cantek.  Dia rambut kepok-kepok.  Kulit hitam manis.  Dia suka pakai lipstick kaler merah.  Kelesss.......sebab dialah akak terus melekat The House of Red Gincu kan?  Tapi sebab kecantikannya itu,  dia telah difitnah skendel dengan suami Makcik Tera yang membekal makanan brekfes untuk kami budak-budak sekolah tadika.  Akak ingat lagi masa itu,  Makcik Tera mai serang Cikgu Liza kat sekolah.  Sadiiisss u olls. 
  2. Kawan baik lelaki pulak ada ramai.  Paling rapat budak Ciner.  Nama dia Tong Chow Wei.  Dia memang cumels.  Tapi akak tak tau dia pi mana dah.
  3. Liza pulak,  sekarang dia kerja kat Kedai Runcit Hospital Besar Pulau Pinang.  Akak tetap hai hai dengan dia bila pergi hospital gitu. 
  4. Ada satu budak kat sekolah akak itu,  nama dia Lee.  Akak tak suka kat dia.  Sebab dia jahat u olls.  Adakah patut masa first time akak masuk sekolah.  Dia tarik kerusi i olls,  belum sempat i olls duduk.  I olls pun jatoh tergolek okay.  Terpelanting ke belakang.  Terkejut i olls!!!  Pastu tau tak Lee tu buat apa?  Dia jerit sambil ketawa  "HAHAHAHAHAHAHHAHA...NAMPAK SPENDERRR!!"  Sedihnyaaaaa......
  5. Kawan baik i olls masa Tadika sampai la sekolah menengah ialah Zulia.  Dalam erti kata lain,  sampai sekarang stak jadi kawan akak sampai mati.  Sekarang Zulia dah mengandung anak dia yang pertama 5 bulan.  Kesahnya,  we olls target nak dapat anak before 30,  so nanti kalau we olls baru 45,  anak dah almost 20 buleh la tukar-tukar baju + make up gitu.
  6. Ada lagi sorang yang number 6 ini,   masa kat tadika i olls tak lah rapat dengan dia sangat.  Sebab dia tak cumels.  Akak kawan dengan yang cumels ja.  Sebab i olls pun ketegeri budak cute kan.  Tapi kawan i olls itu tak sangka now tengah buat Ph.D. kat school i olls ini.  Kalau lah i olls tau,  dari dulu i ollls suruh Kak Ede masuk meminang dia.  Keless............Matilah En.  Khafi kalau baca ni kan?  Oh ya...kawan i olls itu nama dia.  Azli Daud!!!


Kisah-kisah lain nya u olls,  i olls tak suka minum susu.  Apabila Cikgu Liza bagi we olls semua minum susu.  I olls akan bawak cawan ke tingkap.  Pastu buang susu kat tingkap.  Kelessssssssssssssssssss!!


Pastu I olls ada satu kawan nama dia Epit Kecik,  dia hitam dan gigi dia semua rongak.  Dia takdak dalam gambar ni akak tak tau naper.  Mungkin dia kena jangkitan cacing kerawit masa sesi fotografi ini.  Dia sampai lani jumpa akak dalam kampung suruh i olls belanja teh ais.  Benci gila!!! 


Sekian saja.  Memori sekolah tadika i olls.  Nanti i olls cerita lagi ok.  Bye u olls.

2 comments:

  1. kelessss cerita u..

    gelak2 gigil2 i kat cni membacanye..

    salam kenal..

    ReplyDelete
  2. had muka yang kena pangkah tu pulak apa citer?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...