20.4.10

Pengalaman Kawan Saya Sebagai Cekgu English

U olls.  Akak punya kawan baik yang memiliki nama samaran paling pelik kat Fesbuk iaitu Api Menari Helang Gagah kini adalah seorang pensyarah Bahasa Inggeris di UIA.  Dia mengajar pelajar Bahasa Inggeris kat semua pelajar-pelajar antarabangsa di kampus itu.  Satu kelas yang beliau hendel adalah dari 5-15 orang.  Kebanyakan mereka terdiri daripada orang Arab.  Mereka tidak fasih berbahasa Inggeris.  Tapi mereka rajin belajar.  Mari kita membaca gelagat mereka di kelas.

WOSHER MISHIN KLOS
Para pelajar Arab tradisinya akan memakai dengan smart gila pada hari Jumaat kerana hari itu mereka akan menunaikan solat Jumaat di masjid.  Maka pada hari Jumaat memang kelas akan menjadi meriah kerana mereka akan berjubah,  serban siap dengan pedang kecik sebagai hiasan di tepi pinggang mereka.  Kelesssss....akak suka.

Tapi satu hari,  salah seorang daripada pelajar Cikgu Helang tidak memakai dengan smartnya seperti rakan-rakan sekelas yang lain.  Dia hanya berselipar,  ber T Shirt dan seluar pendek.

"What happen to you Ali?  Why u are not dressed up?"  tanya Cikgu Helang.

Muka Ali menjadi sebek dan berkata "Wosher mishin close,".

NAMA NEGERI
Pada suatu hari yang hening,  Cikgu Helang lupa untuk prepare material untuk kelasnya hari tu.  Maka,  ketika dia memasuk ke kelas dan mendapat satu idea.  Dia ke white board dan melukis satu carta dengan 5 barisan.  Setiap barisan dia tulis  Name,  State,  Fruits and Animals.

"Okay,  please divide yourself into 4 groups.  We are going to play a game.  I will give you a letter so each of the group will have to discuss and write down names,  states,  fruit and animals that spells starting with that letter.  Shall we start?"

Kelessss...ajak budak-budak Arab main nama negeri ok.  Meriah kelas Cikgu Helang hari itu.  Dia kata,  sampai satu jam 30 minit they olls main game itu,  sampai mintak tambahan huruf sebab ada yang tak puas hati.  Kita dulu kecik-kecik suka main game ni kan?  Kat Arab mana ada game ni.

NO SIGNAL
Pada suatu hari beberapa pelajar Cikgu Helang sedang membantu beliau memasang laptop dan jugak projector.  Oleh kerana satu cable belum disambungkan antara laptop dan juga projector maka di atas paparan skrin yang dipancarkan oleh projector tertulis "NO SIGNAL"

Pelajar itu membuat muka risau dan bingung.  Cikgu Helang pun bertanya "Why Ahmed.  Is there anything wrong?"


Dia pun menunjuk ke arah tulisan itu dan berkata "No Signal??? Not married??"

Kelesss.....dia confused u olls.  Dia confused antara SIGNAL and SINGLE.  Kelesss...pasni we olls kalau singgel macam akak (HAHAHHA) boleh la tulis "Im No Signal".

Sekian itu saja cerita yang akak rasa macam sesuai untuk dipertontonkan di khalayak ramai.  Semoga akak dapat berjumpa dengan sahabat akak yang selalu fly satu glob ini.  See u luezers!!! (Ini akak selalu panggel kat Cikgu Helang).

1 comment:

  1. hoiii... gila aku gelak guling-guling baca yang paling last tu...

    lepas ni bleh la nak guna : i am signal.

    confirm subjek signal & system aku dapat cemerlang.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...