16.4.10

Personaliti Bulan Ini - Shamsul Mad

U olls.  Hari ini akak nak cerita pasai PBI Belog Jumie Samsudin untuk bulan ini.  Orang ini akak dah kenal lama.  Tapi tak pernah la pulak macam over-over kan.  Sebab dia ni macam sopan-sopan orangnya.  Akak pun suka la jugak senyum-senyum kat dia.  I olls kan mesree-messre gitu.  Pastu entah macam mana,  akak macam teringin nak kenalkan dia dengan u olls semua.  Selepas proses merisik dia pun macam happy dan sudi u olls.  Kelesss....

Baiklah,  marilah kita semua mentengok rezeki kita bulan ini. 

Nama penuh  : Shamsul Mad   
Nama samaran  : Sam(bila kat ofis), Acu(bila kat rumah)
Ttarikh lahir  : 17 April
Tempat lahir  : Penang
Status  : Single
Soalan-soalan Meletopz :

1.  Mengapa u olls suka bersukan?
Sukan...memang saya suka sangat xtvt ni.Selain dapat menyihatkan badan ianya baik untuk minda dan yang paling-paling penting dapat menghilangkan stress.Almaklomlakan kerja sehari suntuk..macam-macam masalah yang datang.Pendek kata apa saja xtvt yang boleh mengeluarkan peluh dan dapat menyihatkan badan,memang saya sukalah.Selain dari tu bila kita rajin bersenam dan bersukan ni dapat juga ramai kawan....n awet muda..hehe..setuju x???..n bila balik rumah letih trussss bummmmm...lena.



2.  Sukan apa yang u paling suka?
Of koz la bola...orang laki kan.Orang laki ni kalau tak minat bola ada something tak betol la tu..hehe.(gurau je)..Tapi saya tak nafikan yang ada juga orang laki yang tak minat bola..bergantung pada individu la kan..

3.  U olls paling suka team bola apa?
Semua team saya suka "except" MU(sorry MU fan).hehe.Tapi itu kenyataannya.Entahlah nape saya tak suka saya pun tak tahu,tapi memang saya tak sukalah.

4.  U olls suka tak tengok perempuan yang masuk body building?  U rasa cantek tak?
Pada pendapat saya seelok-eloknya tak payahlah kaum hawa masuk pertandingan ni.Lagipun fitrah semulajadi kaum hawa ni lembut..kan? Tapi terserahlah,kalau dah minat tak ada sapa boleh larang,tepuk dada tanya selera. Tapi terus teranglah saya cakap yang saya memang tak nak pasangan saya dari kalangan orang bina badan..eeee keras uuuu..xnaklah!!!
    
5.  Naper u olls singgel lagi ni?  Jual mahal ke?Thanks sebab tahu saya masih single..hehe.Dalam hidup saya tak ada istilah jual mahal,kalau boleh dengan semua orang saya nak kawan dan saya amat berbangga dapat kawan seperti kak merr.Tapi dalam bab cari pasangan ni mesti la semua orang nak yang terbaikkan?saya akui memang saya ni pemilih orangnya(kalau untuk cari pasangan hidup la) tapi taklah sampai tahap cerewet.Cuma kita sebagai manusia biasa ni hanya mampu berusaha dan terus berusaha kerana jodoh,ajal,maut semuanya di tangan tuhan...kan?
 
6. U olls punya ciri-ciri wanita idaman?
  • Mestilah perempuan tulen..hehe 
  • Menerima saya seadanya. 
  • Ambil berat(sebab saya ni suka & perlukan perhatian) 
  • Manja 
  • Jujur & berterus terang
    
7.  Bila first time jatuh cinta dengan perempuan?
Seingat saya masa tu darjah 2.Indah sangat masa tu..tapi tu lah saya bertepuk sebelah tangan....waaaaaa..

Ucapan untuk pembaca Belog Jumie Samsudin  :
Firstly,  terima kasih kerana sudi menjadi pembaca dan pengikut setia Belog Jumie Samsudin a.k.a Kak Merr..Terus-teruslah menyokong akak kita yang sorang ni,dan saya harap selepas ni akan lebih ramai lagi yang berani tampil untuk menghiasi ruangan PBI ini..dan jutaan terima kasih kepada akak kita kerana sudi mengambil saya untuk menghiasi ruangan PBI untuk kali ini..u memang KELESSSSSSSSS....lah!!


Okay u olls, suka tak baca ni semua? So jangan malu-malu. Marilah mengadd dan berkenalan dengan anak ikan akak ini. Sempena besde dia iaitu esok,  17 April 2010.  Happy besde u olls.  Akak arap,  dia sudi terima artikel akak ini sebagai hadiah besde dia.  Dan didoakan bila ada ramai kawan nanti,  hidup lebih ceria dan happy selalu.

Emel : pria_matahari@yahoo.com
Facebook:Sam Akmal
YM : pria_matahari

1 comment:

  1. nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...