16.4.10

Rakyat Melesia Bersediakah Nak Tengok Film Gay Tempatan?

Pengenalan  :
Baru-baru ini i olls ada terbaca tentang artikel mengenai satu filem yang bakal ditayangkan kat Melesia ini dari seorang produser yang verver dan suka buat idea kontroversi kat Melesia ini.  Siapa lagi kalau bukan Raja Azmi Raja Sulaiman.  Kisahnya,  kali ini beliau nak keluarkan sebuah filem tentang kehidupan seorang lelaki homoseksual berjudul 'Dalam Botol'.   Tajuk asal filem ini adalah "Anu Dalam Botol' tetapi sebab nak masuk dalam Malesyen market so kena buang la perkataan Anu itu.  Kelessss.

Persoalannya  : 
Rakyat Melesia Bersediakah Nak Tengok Film Gay Tempatan?



Ulasan Akak :
U olls ready kah nak tengok tayangkan filem kehidupan gay/ homoseksual /transgender?  Memang u olls semua suka sangat nak tengok kan.  Tapi hakikatnya,  Senario  berlakon pakai bapok pun dah kena tegur sampai kena tukar format.  Blog kawan-kawan akak yang cita pasai kehidupan they olls as kak nam pun masuk Mastika kena kutuk habis sampai they olls kena tukar URL.  Ini kan pulak kisah PLU nak difilemkan?
Akak tak tau la apa niat Kak Raja nak buat kisah ini selain dari kontroversi semata-mata atau memang beliau nak sampaikan satu mesej yang signifikan untuk semua rakyat Melesia yang suka memandang rendah kepada golongan ini.  OOOpppsss sorry,  bukan dipandang rendah,  tapi kadang-kadang we olls yang kak nam ini bagai tiada tempat dalam kefungsian sosial masyarakat kita.  Tapi kalau Kak Raja berjaya mengupas isu ini sampai dapat menampar semua muka makcik-makcik yang suka mengutuk dan menghina golongan NYAH dan BAPOK akak memang salute Kak Raja!! 
I olls rasa kesah-kesah gay ini walaupun berlaku setiap hari dan disekeliling we olls semua,  tapi sorry to say,  kita semua still tak dapat terima hakikatnya dengan hati yang terbuka.

Maksud i olls. Memang orang Melesia suka tengok pondan.  Bila annual dinner /  private function dinner mesti nak panggil pondan menari tunjuk-tunjuk tetek duduk atas riba boss boss u olls kan.  Memang u olls suka tengok kan?  Tapi hakikat,  kalaulah anak-anak u olls sendiri atau adik u olls sendiri menjadi seorang ponen dan bapok.  Terus u olls melenting dan malu sampai u olls rasa macam malu nak keluar rumah dan bertemu dengan masyarakat.
HEY!!  Awat nak malu u olls?  Akak rasa lagi akak malu kalau anak u olls mencuri,  menyamun,  usung anak dara orang sana sini,  bagi mengandung,  pastu blah!!! 

Sebab itulah tok tok kita semua dah mengkata kat kita,  kata dulang paku serpih.  Kata orang dia yang lebih.  Jangan suka duk mengata anak orang pondan akak akak oiii!  Nanti akak sendiri pun ada anak cucu jantan semua entah apa nasibnya kan??

Akak tetap tak dapat nak bayangkan perasaan rakyat Melesia yang kebanyakannya ortodok ini hendak menerimanya dengan apa jugak cara sekalipun.  Tapi apa pun akak tetap nak nantikan apakah jalan cerita yang Kak Raja nak sampaikan nanti.  Kalau setakat dia nak citer,  jadi pondan,  suka laki.  Dan yang laki suka lelaki lain.  Tapi tak buleh kawen......bla bla bla....TAK PAYAHLAH!!! 
Akak rasa dia kena buat lebih banyak research dan belajar dengan the real life of PLU!!

Akak sebagai wanita yang telah dipondankan akan menantikan cerita ini.  HEBAT SANGAT KAH?  Atau sekadar kontroversi kosong.

5 comments:

  1. Aku dah tgk trailer and aku rasa macam tak best. Actually Raja Azmi patut buat banyak reference tgk cerita gay from other country yang target audience dia gay macam kat Filipina, Hong Kong, Thailand & USA. Apa yang boleh aku cakap, rakyat Malaysia memang dah bersedia tgk cerita ni sebab dah makin ramai dah golongan ni..

    ReplyDelete
  2. uhh...aku bace komen orang pertama tu... laju je aku pegi tengok trailer dia...

    cerita macam bosan je...actually gay2 ni kebanyakkan educated jugak... life dorang full dengan macam2 benda yang baik la jugak... cuma dorang punya orientation je menyimpang sikit...

    kadang2 kita takleh judge orang sangat...huuuu... nampak macho, baik pun bleh buntingkan anak dara orang...lepas tu lari...

    ReplyDelete
  3. x payah la nk underestimate kan golongan gay atau pondan2 ni. bukan diorg mintak jadi mcm tu. we as human yg ada otak n akal patutnya lebey baik berfikir dr byk berckp. kita yg straight ni pon bukan nya kita pilih untuk jadi straight. dah memang lahir naluri suka kan jantina yang berlainan. sama la diorg gak. cuma naluri diorg sukakan sesama jantina. kalau diorg lahir2 boleh tekan butang jadi straight, mesti diorang pon nak. Pembunuh pon x mintak untuk jadi pembunuh. jadi kita sbg org yg rasa diri sgt "perfect" ni jgn la terlalu menghina org2 mcm diorg. bygkan kalau kita ada kat tempat diorg, apa yg kiTa Rasa?

    ReplyDelete
  4. hmm ... bagi pj la kan ... golongan ini sebenarnya tak da masalah sangat ... teringat pj kata-kata kaunselor USM, en azmi ... orang dok komplen suruh i bagi kaunseling kat gang bapok di USM ... but tak ada apa yang nak dikaunselingkan ... pi bilik asrama depa ... tip top! kemas! nota? assignment? all tip top! research all done dengan setiptopnya ... so? apa masalah? it is the ppl watching them yang bermasalah melihat mereka ... cant ppl just let them be?

    ReplyDelete
  5. hmm ... bagi pj la kan ... golongan ini sebenarnya tak da masalah sangat ... teringat pj kata-kata kaunselor USM, en azmi ... orang dok komplen suruh i bagi kaunseling kat gang bapok di USM ... but tak ada apa yang nak dikaunselingkan ... pi bilik asrama depa ... tip top! kemas! nota? assignment? all tip top! research all done dengan setiptopnya ... so? apa masalah? it is the ppl watching them yang bermasalah melihat mereka ... cant ppl just let them be?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...