27.4.10

Resepi Daging Masak Kicap Kak Merr

Hai u olls.  Ramai yang tanya i olls resepi Daging Masak Kicap Kak Merr yang istimewa tapi sungguh mudah u olls.  I olls letak pikcer itu di dalam FB pastu ramai yang mentanya.

Resepi ini mudah saja.  Inilah kali pertama i olls membuatnya setelah banyak kali mentengok mak i olls iaitu Kak Edeh tauke kantin sekolah St.  Xavier itu memasaknya di rumah.  Tak sangka menjadi ok.  Kalau pandai tanam pokok orang sebut,  GREEN FINGERS kan?  Oleh itu,  kalau hang pandai masak orang sebut...LADY FINGERSS!!  hahahaha....gituuu...jadi bendi la pulaks kan.

Oleh itu,  I olls ingin mengkongsi dengan u olls semua.  Selamat mencuba ok.


Bahan-bahan  :

Daging lembu tampa lemak dipotong kecik-kecik sekati (600gram)

Bahan A
1 camca jintan halus
1 camca jintan manis
1 bijik bawang besar
lada hitam (sesedap rasa)

Bahan B
Kicap pekat manis
Garam
Lada sulah

Bahan C
Bawang besar dihiris bulat
Cabai hidup (hijau/merah) dipotong

Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya :
  1. Tumbuk bahan A. Pastu gaul dengan daging dalam periuk. Masukkan bahan B. Gaul sampai sebati.  Senang ja u olls.  Tak payah tumis-tumis.  Gaul ja macam nak buat BBQ.  
  2. Jangan lupa masukkan garam dan sedikit gula untuk melemakkan lauk ini.  Akak tak pernah masak masuk AJINOMOTO ok. 
  3. Letak atas dapur. Bukak api super kecik. Dan biarkan daging masak. Lebih kurang 2 jam. Sampai daging dia betui-betui empuk.  Jangan bukak api besak-besak ok!  Nanti dagin masak,  tapi liat!!  Pastu u olls lawan kunyah chewing gam la dengan laki u olls itu!!!
  4. Tambah air kalau perlu dan u pandai-pandai la tambah kicap jika perlu.
  5. Bila daging dah nak masak, baru masuk bawang dan cabai untuk hiasan.  Kalau u olls nak tambah ubi kentang ke,  tomato ke,  suka suki hati u olls la ok!!

Sekian. Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...