31.5.10

Bila malam aku menangis

Bila malam aku menangis
Bila malam aku menangis
Bila malam aku menangis
Bila malam aku menangis

Bila siang aku gelak
Bila siang aku makan
Bila siang aku bekerja
Bila siang aku menulis

Bila malam aku menangis
Bila malam aku menangis
Bila malam aku menangis

Biar apa berlaku
Aku teruskan juga
Ikut hati dan akal aku sendiri
Hendak mengalah tidak sekali

Bila malam aku menangis

Tunggu esok apa penyudahnya?

Jumie Samsudin 31 Mei 2010 | Lama pulak tak tulis sajak......teringat kat Ilangko.  Cikgu BM aku masa Form 5!!  Lanton tok kura lanton.


Kak Beyons,  sepupu aku kat Emerika.

27.5.10

Jom cuti ke Perhentian

Hai U olls.  Hari ini akak nak citer pasai percutian.  U olls tau kan akak ini suka berjalan jalan.  Walaupun dalam keadaan duit yang tak berapa nak mengada......akak tetap verver pasang niat dan list down senarai tempat yang akak nak mengepi.

Takpa u olls.  Kita kena kuat semangat dan sentiasa berusaha untuk mencari rezeki yang halal.  Buat business dan tidak hidup dalam angan-angan,  walaupun akak pakai kasut jenama Vincci jah ta[i yang penting akak hidup dengan duit hasil titik peluh akak sendiri.  Bukan di SPEDO okkkk!!


So,  u olls semua.  JOM LA KITA PI PERHENTIAN u ollls!!!

So marilah kita semua masuk weblog kawan akak,  TICKET TO PERHENTIAN ISLAND untuk tempahan hotel,  aktiviti,  pertanyaan pakej dan pelbagai lagi!!!


So cara-caranya mudah saja,  masuk blog ini.  Bacalah dan tengokla semua gambar-gambar yang ada.  And then u olls isi borang online yang ada dalam itu.  And then they olls akan call u olls,  tanya more details and then depa akan antar emel quotation,  so kalau setuju u olls bayarlah deposit to secure the booking.  SENANG KAN???

So,  jom la kita semua pi sanaaa!!!


Yang tengah-tengah itu,   yang hitam manis itu,  jejaka tough itu adalah kawan akak.  Nama dia Mark Yoe,  mak ayam besar kat Pulau Perhentian.  So u olls semua,  boleh add dia kat FB untuk dapat more information untuk tempahan ke Perhentian ok!!

Group Page Facebook  :  Perhentian Island - Pulau Perhentian

Baru Ada Akai kat Thalia Mentor

Hai u olls semua.  Jom kita ngumpat-ngumpat sikit di pagi hari ini.  OOOpppsss...satgi kena marah pulak kata ngumpat.  Okay-okay,  let me rephrase...Hai u ollls....hari ini marilah kita bergossip pasai Thalia Mentor u olls.

Sorrylah walaupun bagi u ollls topik ini telah pun basi tapi takpala,  nak cakap jugak pasai kesah Thalia dibuang oleh Kak Ziana.

Pada pendapat i olls,  let's keep it simple.  I olls bukanlah selalu tengok Mentor 4 sebab agak sibuk.  Tapi of course la akak pernah tengok Thalia ini masa prektis dengan Kak Ziana.  Tup-tup bila akak tengok ja kat konsert,  Thalia kena buang akak terus contact Cakcing dan menjerittt "BARU ADA AKAIII!!"



Obviously,  Thalia memang santek dan mempunyai pakej sebagai bakal superstar.  Banyak website hiburan yang puji dalam ramai-ramai protege kali ini,  paling they olls suka adalah Thalia sebab dia adalah vasss dan santek sekali.

Tapi....bila tengok attitude dia time prektis dengan Ziana Zain.  Aku yang kat luak TV pun dah macam terbakak.  Memang perempuan ini berani mampus,  Kak Ziana duk mengajak dengan penuh hati,  dia duk buat lembek-lembek,  takdak energy,  takdak suara dan takdak segala-galanya.  Gerammmm akak melihatnya. 

Kalau u olls nak tau,  adalah sorang hamba Allah ini,  akak takmau cerita dia sapa,  sebab dia suruh rahsiakan.  Dia cakap macam ini kat akak

"Kak Merr,  actually Thalia ini ada dengan i olls masa sesi latihan sebagai pegawai khidmat pelanggan kat Kedah dulu.  Dia ni sama jawatan dengan i olls.  Tapi masa latihan itu,  memang we olls semua tak sokaaaa kat dia.  Dah la mengada-ngada.  Perasan cantek.  Suka buat gedik.  Suka buat buat sakit masa penceramah bagi ceramah.  Nak buat buat bukak tudung..Kak merr dapat bayangkan tak?? Perangai budak-budak.  Yess......itulah kesahnya.  Tiba-tiba I olls nampak dia jadi macam protege Ziana Zain.  I olls nak la jugak dia nyanyi sedap ka tak?? Tapi masa first concert pun dah tarik diri tak buleh nyanyi sebab takdak suara........sangat DERAMA OKKK!!  Apa pun,  I olls macam suka bila dia kena buang,"

Yes,  u olls.  Memang i ollls setuju sangat dengan tindakan Kak Ziana Zain.  Biarpun pelbagai ulasan mengenainya selepas itu,  tapi apa pun,  tindakan Ziana Zain ini patutlah dijadikan iktibar untuk semua budak-budak Melayu yang verver sangat nak jadi artis tapi DONT HAVE WHAT TO IT TAKES TO BE A SUPERSTAR!!!

Bukan susah nak jadi paling popular kat Melesia ni kan???? Bukak la minda sikit.  Bukan kena jadi penyanyi ja boleh jadi popular.  Ada banyak cara yang lebih berfaedah dan dipandang tinggi lagi.  Macam akak.....akak tak gila glamer.  Akak gilaaaa......POPULARITIIIIII!

Larriiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! (Sama macam ayat En.  Mizi).

26.5.10

Petua Meletops untuk Kulit Santek Bangsawan

U olls.  Hari ini akak nak bawakan satu pesanan penaja daripada anak ayam i olls yang sungguh baikwati.  Tak lain tak bukan,  Tuan Mochtar Malek Al-Idrus yang vasssssssssss!!  U olls semua mesti tak sabar-sabar nak tau apa yang dia nak share dengan kita semua.  So,  u olls semua.  Bacalah petua yang dia emelkan khas untuk semua pembaca Belog Jumie Samsudin. 
Akak terus menggetis rasa nak menterai ok!!  Jom kita baca ok!!

Dear Kak Merr,


Ni special drink yang I create untuk kuruskan badan and kulit cantik, I selalu bagi resepi ni kt abg nan nye pengantin, sebulan sebelum, untk prepare kn body diorang untuk wedding nanti,


Resepinya


Vitamin C Cocktail


1 biji buah Lemon
2 biji buah Orange Sunkist
3 biji buah Limau Nipis
4 biji buah Limau Kasturi


1 botol kecik 100plus atau 500ml Air Masak.


Cara2 nya:


perah kan semua buah2 itu dalam gelas besar atau jug.


Pastu campur dengan 100 plus satu botol, atau air masak.




Khasiatnya:


Sebab kita guna 4 jenis buah citrus yang penuh dengan vit c, so secara automatik nye kulit kita akan jadi berseri2 mcm cucuk vitamin c, cuma bukan terus lah, selepas seminggu mcm tu akn start nmpk. Plus dia akan membakar lemak2 kita dlm bdn..buah citrus membantu membakar lemak.


Sy nye petua lah, sy syorkan pengantin tu minum segelas cocktail dia waktu pagi sebelum makan and malam sebelum tidur selama sebulan....

but ade org takut perut dia sensitip, so boleh juga minum seminggu 3 kali ( 3 hari seminggu, pagi malam)


atau kalau x nak minum one shot terus pagi dan mlm, bleh gak letak dlm botol pastu minum habis dlm masa sehari, kira minum skit2...bleh gak.


dari segi cost mmg lah agak mahal nk beli semua buah tu untuk sebulan.....bleh jugak buat untuk seminggu jer..


side effect dia x de sgt cuma akan kerap pegi toilet sbb nak buang kan toksin2 dari bdn kite.


tapi mmg berkesan gak lh, bnyk pengantin abg nan cuba petua ni and kulit diorang and body diorang jadi cun...


ikut org gak lah, mcm semua jenis diet ke ape, ade org ok, ade org x. Tapi, alhamdulilah Ioalls ikut petua ni so, far xde problem, lihat je lah kulit ioalllss......wakakakakakakak >:)

Sekian,

Your Mocky
 Jeles u olls...apa lagi!  Jomlah kita semua beramai-ramai memetik limau!!


25.5.10

Dear Kak Merr : Tempat Makan Best kat Penang

Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :

My Dior,

Adik Mer yang vouge ge de vazz, Akak LaLa ingin bertanya..


Ampaaa... kat Penang kan.. kat mana tpt best yang utk dilawati dan tpt makan² yang sempoi!... Kwn2 kami nak mai dari KL, kami bukan tau sgt jln2 kat penang... takat p pekena rojak tekno boleh laa.. Kami nak la jugak memanshyur kan negeri penang darul tanjung ni, walopon kami bukan org Penang.. Tapi, kami suka ajak kwn2 kami mai bercuti kat Penang!! heheheh!


Blh dak ampa senaraikan tpt yang best utk dilawati dan tpt makan selama 3 hari 2 malam? can my dior??


Ai lebiyuuu berrii maccc!!!
muaacchhhh!!!


Yang Bener;
CekLaLa Pom Pom!

JAWAPAN I OLLS!!

Dear CekLALA Pompom!  Apa habak.  Rindu la u olls.  Thanks bagi soklan ini.  Kmai semangat gila membuat research.  Google gambak sana sini.  Mana yang ada kami masuk ja untuk tatapan ampa.  Mula mula kami buat list dulu,  tapi kami punya penyelidikan ni semua dalam kawasan PULAU PINANG sahaja.  Tak mau area main land.  Mula-mula nak kira 10 ja.  Tapi bila duk makin kira ikut lokasi.  Makin bertambah pulak.

Oleh itu.  Marilah tengok TOP 16 tempat makan yang WAJIB u olls try bila mai Penang mengikut saranan Jumie Samsudin a.k.a Kak Merr | Mak Ayam YU ES EM yang disegani.  Gituuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!
  1. Roti Canai Transfer Road
    Sumpah dengan nama Allah akak tak pernah mai makan kat sini sebab akak bukan morning person.  Kalau bangun pagi-pagi pun akak mesti ada job make up.  Tapi satu Penang tau,  roti canai transfer road is the best.  Silalah pergi try makan kat sini.




  2. Nasik Padang Transfer Road
    Terletak berhadapan dengan tempat roti canai Transfer Road,  kat sinilah Nasik Padang paling best kat Penang ini.  Akak suka mai sini sejak dulu lagi.  Akak pernah jumpa dengan Ziana Zain kat sini u olls.  Dulu,  Duda akak suka mai makan sini.  Kalau tak caya,  tanyalah Shikin Marzuki mama ayam Alor Star itu.  Sampailah akak kena cirit birit sebab terlalu makan pedas lauknya,  akak terus tak pergi sampai sekarang ok.  Akak pun dah cerai dengan En.  Duda kan?  Tak mau la pergi...menggamit kesah tak menyeronotkan dan meloyakan tekak.





  3. Padang Brom
    Kat sini memang kelasik sangat.  Akak suka Padang Brom sebab suasananya kat sini tak pernah berubah walaupun telah 20 tahun lalu.  Kerusi yang sama,  lantai berlubang yang sama,  dan Apek Cina Ais Kacang takdak gigi yang sama ja dari dulu sampai lani.  Kat sini seronot sebab ada macam-macam pilihan makanan Penang seperti laksa,  pasembor,  bubur chacha,  ais kacang,  mee mamak semuanya ada.  So mai la sini u olls.



    MACAM MACAM ADA U OLLS!!




    I olls suka makan kat sini.  Sangat family environment!!

  4. Ikan Bakak Telok Tempoyak


    Tempat ni memang lama akak tak pergi.  The best ikan bakar in Penang i shall say sebab ikan dia semua fresh.  The best kat sini orang suka order ialah udang bakarnya itu.  Rasa maneh macam rendam dengan ayak gula.  Tapi bukan maneh gula,  maneh sifud?  Boleh tak nak citer cam na ni kat u olls.  Pergi la sendiri ok.  Kalau nak pergi,  kena ajak orang Penang takut sesat.




  5. Laksa Jangguih Balik Pulau


    Peminat laksa Penang buatan Melayu wajib kena try Laksa Janngguih.  Actually,  dalam bahasa baku ialah janggus.  Sebab depan kedai laksa ni,  ada sebatang pokok janggus yang telah kertu.  Memang sedap u olls.  U should try.  Lagipun,  bila bawak pelancong luar mai makan laksa jangguih kat Balik Pulau ni,  menyaksikan keindahan perkampungan Balik Pulau,  rasa macam bangga ok sebab kat dalam Penang Darul Hotness yang meletops ini,  masih ada rumah-rumah kampung,  sawah padi dan pantai yang meletops.




  6. Laksa Air Itam
    Kalau tadi tu laksa Melayu,  ini pulak laksa Cina.  Nak sampai kat Laksa Air Itam ni memang susah.  Sebab lokasi gerai ni kat tepi pasar,  dengan bas yang lalu lalang,  banyak kereta sebab situ adalah kawasan pelancongan (Bukit Bendera dan Kek Lok Si Temple) membuatkan sungguh susah untuk mendapatkan tempat parking.  Tapi u olls redahjaaa......rugi kalau tak cuba sekali laksa ini.


  7. Nasik Kandar Berator
    Dalam banyak-banyak nasik kandar kat Melesia ini,  i olls rekemen Nasik Kandar Berator ok.  Sebab walaupun kena berator panjang tapi i olls suka.  Nasik dia sentiasa panas,  pilihan kuah karinya meletops,  dan membuatkan ianya lebih menarik ialah kalau nak makan kena berator dulu.  So,  sapa yang kenyang,  boleh lapak balik.  HAHAHAH...gitu.



  8. Tandoori Kapitan
    Ada banyak mamak dan mapeley yang menawarkan cuisine tandoori ini,  tapi the TOP and the BEST is Tandoori Kapitan.  Sebab akak suka ialah dia akan hidang dengan satu sos cili dia masam-masam manis,  dan u olls boleh pilih nak roti nan kosong,  ada cheese atau sebagainya.  Memang rasanya meletops.


  9. Serabai Taman Tun Sardon
    Kalau ampa bukan orang Pineng ampa mesti tak tau apa itu serabai.  Serabai ni dia kueh buat dari tepong apa akak tak tau,  pastu kukus.  Nak makan dia cicah dengan sos sekaya.  Sekali kena,  muka terus jadi cam ustazah,  suciiiiiii jaa!!!.  Sebab sedappppppppppppppppp.



  10. Ais Kacang Lorong Slamat (New World Park)


    Actually kat Penang ada banyak Ais Kacang yang sendap.  Kalau kira satu Melesia mestilah lagi banyak.  Tapi bagi i olls ais kacang Penang yang paling best ialah Ais Kacang New World Park.  Dengan harga yang amat berpatotan ampa boleh makan ais kacang yang paling meriah di dunia ini.  Dah la isi dia banyak,  sirap dia merahhhhh dan manis dan lemak,  susu dia banyak,  pastu dia boleh buh macam macam buah-buah. 
  11. Durian Balik Pulau
    Untuk u olls yang minat durian.  Mai la ke Penang sebab durian Penang adalah durian paling sedap di Melesia ini.  YESSS!!  Kalau selama ini u olls duk rasa durian kampung,  tapi sekali ampa mai Penang ampa kena durian ganja,  durian 808,  ampa nanti jadi macam serr 44 hari!!  Durian Penang memang sedap gila.  Kalau mai musim durian,  pi la ronda area Balik Pulau.  Tu memang area dia la tu.





  12. Mee Sotong Padang Kota
    Mee sotong ni bukan mee goreng yang dimasak oleh sotong.  HEHEHE...Ajeet jangan mara ye.  Sotong yang akak rujuk adalah sotong yang betui betui sotong la...bukan sotong jelmaan maknusia.  Mee sotong ini adalah dipanggil sedemikian sebab mee goreng itu ada banyak sotong!! Sedap u olls.


  13. Rojak Buah 101
    Rojak buah paling sedap of coz kat Padang Kota Lama (Esplened).  Kuah dia tak pekat sangat.  Tak cayak sangat.  Manis,  lemak semua ada.  Memang sampai 2 pagi pun duk jual lagi.

  14. Balitong Padang Kota
    Untuk u olls yang layan Seafood Ciner....wajib untuk pergi makan Ba Li Tong Special kat Padang Kota Lama.  Ba Li Tong dalam bahasa Melayu ialah siput sedut.  Memang best u olls.  Selamat menyedut semua orang ya!!






  15. Pasembor Techno Gurney Drive
    Pasembor ini memang nostalgia kat Penang ni.  Kalau tak pernah rasa memang tipu la dan jangan duk  Penang.  Kenapa panggil Pasembor Techno?  Wahahaha.. Yes!! Sebab mamak ni bila dia nak potong kueh dan cucur pasembor ni dia nanti menari dan menyanyi lagu lagu Techno "rojal-rojak-rojak-rojak"  Memang melepssssssssss!  Mamak ni pernah keluar dalam rancangan ala JJCM kat Australia ok.


  16. Cendol Penang Road
    Cendol Penang Road adalah dibuat oleh orang Ciner.  So sapa Melayu yang pantang pantang sikit,  tak buleh makan makanan Ciner,  i olls tak sarankan lah.  Tapi kalau u olls kena sekali Cendol ini time matahari terbit di atas kepala u olls.  Betapa nikmatnya menghirup ayak santan itu secara pelahan-lahan sambil berdiri melihat apek itu membuat cendul kepada orang lain!!  Memang melepss u ollls!  Santan dia lemak berkrim,  tak manis sangat.  So,  i olls amat sarankan u olls try!
    Sekian saja u olls.  Ini lah sedikit tunjuk ajar yang i olls boleh kongsikan bersama-sama u olls ini.  Bukan senang nak buat pemilihan ni u olls.  Seminggu i olls buat research.  HAHAHA.  Apa pun,  nak makan baca lah bismillah dan ingatkan orang orang yang memerlukan. 

    Amin.

    Rohani's Home Made Cookies

    Hai u olls.  Baru-baru ini akak dapat sedekah dari seorang teman yang membagi rasa kueh kueh ala kueh raya buatan makciknya yang meletops. I olls pun menerima dengan hati terbuka.  Thanks En. Amran.

    Memang sendap u olls.  Akak makan sambil tutup tutup mata gitu.  Feeling ok!!

    Tiba-tiba muncul satu raksasa jelmaan Cocorina Natasha Nabila Naslam.  Akak terpaksa lawan-lawan tarik dengan dia!!!  Bulu Ayam itu adalah daripada pembantu raksasa!!

    Last last sekali,  kami berdamai dan kami pun makan kueh yang sedap ini sama-sama

    Oleh itu,   kepada u olls semua.  Marilah kita tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kueh kueh yang ada ini.  Memang meletopssss u olls.  Tapi akak nak ingatkan, pesanan dari penaja ok.  Kueh ini bukan KUEH RAYA ok.  Tapi ini biskut makan hari-hari!!


    Rohani's Home Made Cookies @ Home Made Biscuits
    (mendapat Bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Perak)

    • SME based in Ipoh, Perak.
    • Available all year long
    • Suitable for any event, be it Hari Raya, Birthdays, Weddings, Engagement or simply as Gifts.
    • made fresh everyday
    • no artificial flavours
    • made with love. (AKAK SUKA NIIII!!)



    Tart Jem Nenas
    Tart lembut dengan inti parutan nenas yang halus. Sangat popular. (The one that started it all)

    Cherry Almond (also know as Almond Cherry)
    Bite size cookies with almond strips and pieces of sweet cherries.


    Kurai
    Choco taste that goes with your favourite tea for that evening snack.

    Chocolate Barley
    Hazel nut, encased in sesame and oat for that crunchy taste.
    Makmor
    With a hint of ghee, a sure favourite for crunchy peanuts lovers.

    Almond Choc Bar
    With chocolate goodness and slices of almond. Perfect for that freshly brewed coffee.

    Samprit
    Made with premium quality corn flour and carry a design for that nostalgic taste.

    Nilam Sari

    Crunchy with crush almond and Nestum flakes, topped with more Nestum flakes, that goes awesome with your cup of coffee.

    (words and pics by Amran Abd Samad)

    Look for our best five this month.

    MURAH JER U OLLLSSS!!!    RM23.00 for a jar of 50 pieces of cookies.

    Untuk tempahan,  please contact  :

    No.  Tel  : 019-474 3290
    Emel :  amran@notes.usm.my
    Facebook  :  http://www.facebook.com/amran.abd.samad

    24.5.10

    Happy Birthday Taq Rafael

    U olls.  Pada 17 Mei yang lalu maka PA angkat akak iaitu Taq Rafael telah menjangkau 24 tahun.  Aiyooo!  Sudah tua kau itu.  Walau pun akak outstation dan tak sempat nak pi celebrate bday u olls itu,  tapi i olls tak pernah lupa untuk belikan hadiah untuk u olls.

    Kepada Taq Rafael,  ini nota untuk u olls.



    Inilah hadiahnya untuk Taq yang berupa sebuah TANGGOK (net tangkap ikan) berwarna pink!! 



    Seronot Taq tatkala mendapat hadiah ini.  Keleesss....Akak pun suruh dia pose pose manja untuk u olls semua.


    Semoga u olls dan akak dapat bersama-sama menangkap lebih banyak anak ikan suatu hari nanti.  Keleessss!!

    Happy Besde Taq!!!  Tak mau tulih banyak-banyak dan panjang panjang kat sini.  Hang suka verver menang OSCAR!

    Peristiwa Makan Rojak

    Hai u olls semua.  Minggu lepas akak telah menerima sedikit sedekah buah mamplam daripada mak Jengka i olls.  Buah mamplam itu atau orang KL pangge mangge itu,  i olls pun menjemput rakan-rakan datang ke rumah untuk sesi menyicah yang amat meletops.

    Inilah buah yang kami maksudkan itu.  Mamplam apel ok.  Untuk u olls yang sedang mengandung di luar sana tatkala membaca belog akak ini,  harap ampunkan donsa donsa i olls itu ok.


    Ini pulak tukang tumbuk kuah rojak yang melepsss.  Aksi-aksi beliau ini sungguh fierce dan hanya boleh ditonton oleh orang dewasa 15 tahun ke atas. 


    Inilah kuah rojak yang terhasil karya tumbukan Danny Harmizi.  Dia memang pandai menumbuk.  Haluihhhhhhhh elokkkkkkkk macam orangnya.  Bahan-bahannya macam biasala,  cabai burung,  gula,  tokyu,  cabai belacam.  Ampa semua mesti duk rasa meleleh ayak hidung semua kan.


    Inilah gambar i olls.  Saja gatai nak pakai tudung Cakcing nya dia sepuk kat tepi sofa.  Lepas tak tahan pedaih,  ayak hidung semua keluak.  Akak pun tak sedar cam na tudung itu boleh tercabout. 

    I olls memang suka makan pedas.  Tapi amatlah tak tahan orangnya.  Baru makan pedas sikit,  berpeluh satu badan,  berpeluh kat kepala dan jugak ketir dan jugak hidung akan mengeluarkan cecair hingus malah sedikit bahan bahan seperti air mata dara.  Kelesssss

    Apa pun.....untuk my friend kat autstasyen sana...Jangan mara u olllsss!!!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Featured Post

    Makan Malam bersama Founder SchocoLITE